Pkp.yr2.D11
[Pkp.yr2.D11]
Usrah Family NCS: PERSEDIAAN UNTUK RAMADHAN. Tafsir Surah Al Waqiah Ayat 56 -62 . Part 2.
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH...
Salam di pertengahan Sya’ban.
Sama sama mulakan awal pagi ini dengan berselawat pada Nabi saw dan ahli keluarga baginda. Sambil kita iringkan doa sejahtera buat Mak Ayah, ahli, adik beradik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua anya.
Tinggal hanya kurang 15 hari lagi kita akan sama sama memasuki bulan mulia bulan Ramadhan al Mubarak. Hari ini sudah “nisfu” syaaban. Malam tadi, sebaik azan maghrib di alunkan, maka bermulalah malam separuh bulan Syaaban. Inilah hari dimana buku catatan amalan Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti buku catatan baru. Catatan pertama dicatatkan dibuku baru bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib semalam. Indeed, kita
digalakkan bangun malam berjaga beriktikaf sebahagian malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Alhamdulillah. Kami sekeluarga malam tadi dipilih Allah untuk berkumpul beramai ramai mengadakan majlis usrah buat ke 32 ( berdasarkan pada jumlah hadis matan arbain - yang telah kami sama sama bacakan malam tadi). Bersyukur sangat pada Allah, dalam keadaan bermacam macam mehnah perasaan serta susah nya nak adakan majlis ilmu sekecil ini tapi kami tetap dipilih Allah untuk terus juga istiqamah ber”usrah” atas tajuk simple saja : PERSEDIAAN MEMASUKI RAMADHAN.
IN SYAA ALLAH, Kami sempat juga THROWBACK Ramadhan yang lalu. Sama samalah kita muhasabah atas diri kita adakah selepas 11 bulan berlalu Ramadhan adakah kita temasuk dalam golongan mereka yang masih bertaqwa selari dengan apa yang telah Allah firmankan dalam ayat 193 Al Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagai mana diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”
Tepuk tanya dada, tanya jiwa, di mana kita, selepas 11 bulan berlalu, hanya kita dan Allah yang tahu siapa kita. Maka, jangan lepaskan peluang hadir nya kita ke dalam Ramadhan kali ini dengan teruskan persiapan bersama Al Quran, solat solat sunat dan banyak lagi. Jangan tunggu Ramadhan tiba baru nak mulakan semua.
Wallahu’alam.
Pagi ini sambut sedikit lagi nota kuliah bersama ustaz Syukri Omar berkenaan tafsir surah al Waqiah ayat 58 -73.
*Sambungan Nota Tafsir AlWaqiah Ayat 58 -62 Ustaz Syukri . Part 2*
alWaqiah:58
أَفَرَأَيْتُم مَّا تُمْنُونَ
“(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?”
alwaqiah:59
أَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ
“Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?”
•Disini Allah ajak manusia berfikir, moga bertambahlah iman manusia. Orang yang beragama kena berfikir supaya mereka lebih beriman pada Allah.
Alwaqiah:60
نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ
“Kamilah menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali kali dapat dikalahkan atau dilemahkan”
Alwaqiah :61
عَلَىٰ أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَالَكُمْ وَنُنشِئَكُمْ فِي مَا لَا تَعْلَمُونَ
“(Bahkan Kami berkuasa) mengganti kan (kamu dengan) orang orang yang serupa kamu (tetapi tak spt bawaan kamu), berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya”
•Hari akhirat kelak, kita yang dah mati Allah akan jadikan semula dengan sifat yang sempurna semula. Tidak kita jangka kan semua ini.
Alwaqiah:62
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ
“Dan demi sesungguhnya, kamu sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (yang bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
•Manusia tahu Allah ciptakan kita dan tidak mustahil Allah boleh ciptakan semula selepas kematian. Allah mampu buat semua ini tanpa ada sedikit pun keberakatan. Boleh juga rujuk pada surah Hud ayat 27. Bagi Allah sangat mudah. Tapi kenapa manusia tak nak beriman?
Semoga bermanafaat
Jumpa esok pagi untuk sambungan nya.
*AKHIR KALAM*
Kami tamatkan usrah kami malam tadi jam 940 malam dengan isya’ berjemaah. Semoga ada kira kira di sisi Allah untuk kami. Semoga ada juga kalangan sahabat sahabiah di sini akan ikut apa yang telah kami lakukan bersama ini. Bukan kita seorang yang hendak kan kebaikan, semua hendak kan kebaikan, maka bawalah bersama sama ahli keluarga sekalian.
“Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.” (atTahrim, 6)
Iman perlu dipelihara, dirapat dipupuk dengan cara menjaga keselamatan diri dan keluarga dari api neraka. Kata Saidina Ali kalimat ‘peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka’ bermaksud anak perlu diberi didikan yang sempurna. Ibnu Abbas pula berkata: “Taatlah pada Allah, jauhilah maksiat, perintah kanlah keluargamu untuk selalu zikir (ingat kepada Allah), maka Allah akan menyelamatkanmu dari api neraka.”
Sayyid Sabiq: memelihara diri dan keluarga termasuk anak dari neraka adalah dengan pendidikan dan pengajaran.
Selamat bersedia untuk RAMDHAN AL
ALMUBARAK.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Insan Miskin,
*NCS@SERIMINANG*
Comments
Post a Comment