Pkp.yr2.D13...

 *[Pkp.yr2.D13]* *Sempat 10 Minit bersama Ustaz Anuar Ramli*


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw dan ahli ahli baginda. Salam pagi Rabu, Mak ayah, ahli2ku, adik beradik, ipar duai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan. Rahmat Allah untuk kalian semua. Aaminn. 


Menyelusuri pagi sebelum menyingkap hari, terasa bening di hati. Tenang hadir menemani jiwa selepas doa dan munajat pada Nya Yang Esa. Semoga Allah kekalkan aktiviti ini hingga akhir hayat. 


Jadikan sifat suka mengadiu pada Allah walaupun sekecik mana masaalah kita sebagai satu kelaziman. Terkadang mungkin bila kita bercerita masaalah kepada orang lain, kita berasa lega. Namun, ia tak memberi kan apa yang kita nak. Allah mengetahui segala galanya. Maka, elok nya ceritakanlah kepada Nya terlebih dahulu. Walaupun kita tidak dapat melihat Nya, kita tetap akan merasakan ketenangan kurniaanNya  setelah kita mengadu kepada Nya. 


Ayat yang biasa kita temui dalam bacaan terjemahan berkaitan hal ini adalah: 


“Maka ingatlah pada Ku, Aku pun akan ingat kepada mu. Bersyukurlah kepada Ku, dan janganlah kamu ingkar pada Ku. Wahai orang2  beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dgn  orang2  yang sabar.”[AlBaqarah : 152-153]


Alhamdulillah. Walaupun masih dalam pkp, kuliah kuliah sudah pun bermula. Dan ada dua nota kuliah yang masih belum sempat saya betul betul edit. Kedua dua nya menarik. Satunya oleh Ustaz Dr Mat Rofa yang bercerita tentang “Qalbu” dan Ustaz Abdul Jabbar Abdul Salam yang bercerita perihal rintangan dalam beribadat.  Ada masa, ada peluang, saya share nanti. 


Malam tadi, agak lewat ke surau untuk kuliah selepas tiba dirumah dari pejabat agak lewat. Sekian lama, selepas peristiwa 19 Feb lalu, saya tidak “melepak” lama di pejabat, semalam, saya lepak dengan staff saya di Kina Cafe Taman Melewati hingga lewat senja.


Walaupun hanya sempat 10

minit bersama Ustaz Anuar Ramli, SOP Kuliah maghrib: penceramah kena berhenti sebaik isya’ masuk, saya sempat mencatat nota pendek untuk di kongsikan bersama, moga ada sesuatu yang menjentik hati kita pagi ini. 


*Kuliah Maghrib 10 Minit bersama Ustaz Anuar Ramli*


Nabi saw kerap berdoa. Nabi yang lebih tinggi darjat dari kita tapi cara memintanya Baginda kepada Allah swt, membuat kan kita rasa malu.


Jangan lah berdoa dan hendakkan hajat kita itu segera ditunaikan. Minta lah dengan Allah kerap kali yang mungkin jangan berhenti dan tinggallah semua pada Allah menentukan segala. Mudah mudahan perbuatan kita dgn berdoa bersungguh sungguh dan kerap kali ini walaupun belum ditunai Allah tapi ianya jadi amalan mulia dan dikira berpahala oleh Allah kerana kita melakukanya kerana nabi saw melakukannya. Jangan lupa adab kita bila meminta dengan Allah yang Maha Mulia.


“Tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah”


Kita yang nakkan Allah tapi kita yang tidak bersungguh sungguh meminta dengan Nya. 


Wallahu’alam.


*Akhir kalam*


Tiada jalan pintas menaiki tangga kejayaan dengan mudah. Usaha berkekalan diperlukan bagi menjamin kejayaan. Doa mengiringi. 


Tuhan itu Maha Adil maka jangan sesekali kita berputus asa. Kita sebagai insan yang sentiasa memburu kejayaan mestilah yakin dengan apa apa yang telah kita lakukan.


“Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal berlayar di daratan”


Konklusinya, berusahalah bersungguh sungguh dalam apa yang kita buat. Jangan lupa iringi dengan doa. 


Namun ingatalah ketika usaha dan doa kita tidak dikabulkan Allah Swt, itu bermaksud Allah mempunyai rancangan lain yang jauh lebih indah daripada perancangan kita.


Selamat berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah Swt. Dia sayangkan hambanya maka pasti ada sesuatu di sebalik apa yang kita alami.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Pagi bersama, 

*NCS @ SERIMINANG *

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S