Pkp.Yr2.D14...

 *Pkp.Yr2.D14* *Hari khamis tiba lagi dan malam jumaat menyusul. Pesan pada diri *


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah. Jangan lupa berselawat pada Nabi saw dan ahli baginda sebagai pemacu menuju rahmat Allah kerana: 


“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang orang yang beriman berselawatlah kamu padanya  dan ucaplah salam sejahtera dgn penghormatan yang sepenuhnya” - Surah Al Ahzab (56).


Salam khamis buat Mak Ayah, ahli2ku, adik beradik, ipar duai, saudara Mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan, semuanya saya doa kan dalam rahmat dan redha Allah. 


In shaa Allah. Hari khamis tiba lagi, panjang umur kita, akan kita tempuhi lagi pula malam ini, malam jumaat. Untuk pagi, saja saya nak ingatkan diri tentang aktiviti yang terbaik yang boleh kita sama sama lakukan pada malam, dinihari dan subuh pagi Jumaat, semoga ada kelebihan kita sama sama raih disisi Allah. Jadi sama sama kita set minda pagi ini untuk bertemu malam jumaat malam ini. 


*... MALAM JUMAAT*


Peluang berada di malam Jumaat, mesti kita gunakan  dalam usaha melebihkan  amal ibadah selepas enam hari kita berlalu sepi demi untuk Allah SWT, pada masa yang sama, janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata mata sehingga kita lupa sebenarnya semuanya itu tanggungjawab kita. Ingat

pesan nabi saw, “ perbanyak kanlah selawat kepadaku, ini kerana selawatmu disampai kan kepadaku”


Luangkanlah, paksa dan cari masa, untuk baca surah Al Kahfi. Jadikanlah ini satu agenda  keluarga. Kita pun tahu, sesiapa membaca surah alkahfii pada malam Jumaat itu, Allah ampunkan  dosanya dari jumaat ke jumaat, diberi pula cahaya kesucian antara jumaat ke jumaat. Diriwayatkan oleh Baihaqi. 


Kalau tak pun, baca yassin, lebih baik dari tak baca apa apa pun. Moga pagi pagi nanti kita akan mendapat pengampunan Allah swt.


Nak hebat lagi disisi Allah swt,  didirikan solat di antara Maghrib dan Ishak 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam. Kalau tak nak pergi ke majlis ilmu, buatlah yang ini kat rumah. 


Selain dari itu pada yang sudah berkahwin, cari carilah keutamaan dan kelebihan bersama pasangan pada malam malam jumaat ini. Untuk raih pahala maksima di sisi Allah, jangan lupa adab adab dan doa bila “bersama”ye. Moga dijauhi dari ditemani si laknatullah. Moga terhasil zuriat yang di rahmati Allah swt.


Amalan yang terakhir yang saya nak ingatkan diri saya ialah Qiyamulail  yakni solat malam -  bangun pada waktu dinihari hari mengerjakan ibadah bermunajat pada Nya mohon keampunan dengan solat seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir dan solat sunat lain. Pilihlah salah satu. Kemudian banya kkan zikir, tasbih, tahmid dan bertakbir dan banyakkan permohonan dan doa pada Allah. “Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullail atau solat di tengah malam” (Muttafaqun Alaih). Semoga terhindar diri dari gangguan syaitan dan juga dapat nikmat hebat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT. 

Ini sepatutnya seminggu sekali kita kena usahakan paling tidak, kalaupun tidak setiap hari. Pilihlah malam ini sebagai saat nya. 


*Akhir kalam*


Sesungguh banyak lagi aktiviti lain yang menjemput rahmat Allah, setiap kali kita bertemu malam jumaat. Tapi cukuplah itu dulu, untuk saya dan kita semua renungkan bersama. Dimana kita? Buat ke atau buat buat tak tahu? 


Sama sama kita terus buat kebaikan dan ajaklah orang lain juga untuk itu. 


Pada hari Jumaat Allah telah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga, gunakanlah peluang ini...


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Pesanan Untuk Diri Dari, 

*Ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S