Pkp.yr2.D2...
*Pkp.yr2.D2.* •TRIBUTE TO ALLAHYARHAM USTAZ ABDULLAH ISA. Koleksi Nota nota dari pengajian bersama Arwah. Dari Kitab Riyadius Sholihin.
Assalamu’alaikum...
Salam pagi sabtu.
Yang di rahmati Allah mak ayah, ahli2 ku, adik beradik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.
Jumaat pertama dalam sya’ban berlalu. Semakin menuju ke Ramadhan kita semua. Semoga berjayalah kita berada di Ramadhan kali ini. Dengan berita terkini, terawikh sedang dirancang dilaksanakan seperti kebiasaan bukan seperti setahun lalu. Moga hadirnya kita ke Ramadhan kali ini, bakal mengubah haluan kita ke arah yang lebih baik.
Yang pasti, para para arwah Allahyarham Allahyarhamah yang kembali ke rahmatullah sepanjang Rejab Sya’ban ini, tidak akan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan di dunia fana’ ini. Tiada lagi peluang untuk bertemu dengan malam disediakan oleh Allah untuk beribadah di malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Begitulah dengan arwah Ustaz Abdullab Isa yang telah kembali ke rahmatullah malam jumaat semalam. Allahuakbar. satu lagi pemergian yang sangat dicemburui. Pemergian penuh tenang dalam usia yang begitu muda di ketika kedamaian malam Jumaat. Penuh dgn bayangan husnul khatimah. Kami di surau al amin BRHO terkesan dengan pemergian beliau kerana arwah cukup istiqamah mengajar kitab riyadhus shalihin di surau walaupun arwah menetap di Kedah. Dan Malam tadi, seusai solat isya’, kami para jemaah telah selamat tunai kan satu solat jenazah ghaib, semoga roh arwah Ustaz Abdullah Isa berada bersama roh roh para solihin. Aaminn. AL FATIHAH.
Untuk itu pagi ini, saya sertakan koleksi nota lama dari siri siri pengajian saya bersama arwah ustaz. Moga setiap pahala atas bait bait ayat yang saya sertakan disini akan terus mengalir berterusan menjadi pahala disisi arwah walaupun arwah berada sudah pun di alam barzakh. Sama sama kita pakat pakat panjangkan nota ini:
[Koleksi Nota Ustaz Abdullah Isa] Kitab Riadhus Solihin.
KULIAH PADA 22 FEBRUARI 2020
“Wa bihi nastain.. ala umuri duniya Dapat kekal solat dan beruntung dapat solat berjemaah pula”
[Hadis 23 - Bab Jihad]
Dari Abi Umanah ru, sabda Nabi saw: “sedakah yang paling afdhal ialah menyedia kan tempat berteduh untuk mereka yang berperang jalan Allah dan sediakan khadam untuk mereka yg berperang di jalan Allah dan sediakan kenderaan untuk mereka yang berperang di jalan Allah” - (Tirmizi)
Perkara diatas ianya Nampak kecil tapi berharga di akhirat nanti. Hatta membantu untuk menyediakannya pun sahaja.
Dalam kita bermasyarakat, Jangan tengok pada kelemahan tengok pada kelebihan. Allah bagi pada manusia ada yang lebih dan ada yang kurang. Umpama seikat lidi ada yang pendek dan ada yang panjang, yang panjang menyapu yang pendek ketatkan ikatan. Masing2 ada tugas dan masing2 ada kerja.
Jangan pandang orang lain tidak ada harga. Dikalangan sahabat mereka merasakan nabi saw ambil berat tentang mereka. Nabi tidak pernah melihat pada kelemahan para sahabat.
Inilah yang menyatukan hati dan ini yang akan membuatkan islam kukuh dan di takuti musuh.
•KULIAH PADA 28 SEPTEMBER 2020
Kenapa keutamaan mak ada tiga? Kerana mengandung kan, melahirkan dan juga menyusukan.
Tidak ada pahala yang lebih besar dari berbakti pada Mak Ayah. Inilah perkara kedua selepas tidak sekutu kan Allah. Inilah pesan Nabi saw.
Perhatikan diri kita, banyak kah kita luang akan masa kita dengan mak. Dengan kawan kawan anytime, tapi dengan makayah selalu bizi dan no time. Tiada galang yang boleh ganti mak dan ayah nih..
Pesan nabi saw juga: jagalah ahli ahli keluarga dan anak yatim - anak anak yang tiada mak atau ayah. Kata nabi saw - aku dengan orang yang menjaga anak yatim seperti ini, (nabi tunjuk dua jari). Ertinya rapat. Kata nabi juga, Allah makbulkan doa mereka yang menjaga anak yatim. Ada ulamak meletak kan kadarnya adalah 1:10.
Juga buat baik kepada orang orang miskin (masakin). Orang memberi hutang lebih besar pahalanya dari yang bersedekah. Kerana Orang yang nak berhutang ini menang berhajat sungguh.
Berbuat baik kepada jiran sebelah rumah dan ahli keluarga, ini ertinya jiran yang dekat dengan kita dan juga ahli keluarga kita. Begitu juga dengan jiran yang jauh dan bukan ahli.
SEMOGA BERMANAFAAT
*Akhir kalam... *
Benarlah kata hadis nabi saw, bila kita sudah tiada di muka bumi ini, maka pasti kita akan mengharapkan agar pahala pahala kita masih berterusan masuk bersama kita dalam kubur.
Untuk kita, lekatkanlah hadis ini dalam hati :
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat pada orang lain anak yang soleh yg berdoa untuknya."
Hadis ini Sahih dan dari Riwayat Muslim.
Bayangkan betapa banyaknya pahalanya yang telah dan akan diterima oleh para ulamak dan assatizah yang telah sebelum ini menyampaikan ilmu ilmu ini semua wlaaupu mereka sekarang ada yang sudah pun berada di alam kubur.
Sebab tu, kata nabi SAW: “Sampaikan lah dari aku walaupun satu ayat.” Sesungguhnya jika dengan satu ayat tu orang berubah dan melakukan ketaaatan kepada Allah boleh tak kita bayangkan betapa banyaknya pahala yang bakal di terima.
Oleh itu mula merancang persediaan untuk hidup selepas kematian kita. Sebarkan ilmu moga ianya menjadi sebahagian dari ilmu bermanfaat. InsyaAllah.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Penulisan *Ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment