Pkp.yr2.D3...

 *[Pkp.yr2.D3]*

*RAHSIA TUJUH*


Assalamu’alaikum 


Di doakan kebahagian zahir dan batin dunia dan akhirat buat mak ayah, ahli2 ku, adik beradik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan. 


Di awal pagi ahad, satu hari lagi yang sentiasa hebat disisi Allah. Allah jadi kan seminggu ada tujuh hari. Dan di dalam hari hari itu ada terkandung pula peristiwa peristiwa tertentu yang menjadi rahsia keutamaan dari hari hari itu. Demikianlah Allah SWT jadikan sesuatu di alam ini ada rahsianya yang tersendiri perlu dikaji dan di ketahui umat manusia


Nanti, setelah manusia tinggalkan  dunia ini, salah satu proses kehidupan yang  kekal sekali roh memasuki jasad, di akhirat nanti, di sediakan tujuh tinggkat neraka pada  yang ingkar. Neraka itu pula disediakan dengan tujuh pintu.


Indeed, by right, segala kekuasaan yang ditunjukkan Allah SWT itu kepada kita; by right, kenalah kita jadikan ia nya bahan meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya.


Dalam satu bacaan saya, sempena hari Ahad yang barokah ini, saya terjumpa satu tulisan mengenai hebat nya hari ahad.


*RAHSIA HARI AHAD*

•Nota Ustaz Abd Aziz bin Harjin


“katakanlah dialah, Allah Yang Maha Esa. ”(al-ikhlas)


Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. mengatakan: “bahawa Rasulullah SAW ditanyakan tentang hari Ahad, baginda menjawab: hari Ahad adalah hari menciptakan dan memakmurkan. Para sahabat bertanya: mengapa demikia nya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: kerana pada hari itulah Allah mula menciptakan dan memakmurkannya.


Sebahagian ulama berkata,  Yang Maha Kuasa telah menciptakan tujuh macam benda diantara makhluk makhluk, setiap satu dipecah menjadi tujuh. Tujuh benda itu adalah:


1. tempat jalan bintang bintang

2. bintang bintang yang bergerak

3. neraka yang bertingkat

4. bumi yang berlapis

5. lautan yang besar

6. anggota tubuh manusia

7. hari hari dalam seminggu


Bab 1. Pada mulanya langit langit masih berbentuk asap. Dikisahkan, Allah jadikan dari asap itu pula tujuh bahagian. Iaitu satu berupa air, kedua embun, ketiga perak, keempat emas, kelima mutiara, keenam mira delima dan ketujuh besi. Kemudian Allah swt ciptakan dari satu asap, tujuh lapis langit yang satu dengan yang lain berbeza. Tetapi yang lebih unik lagi air diturunkan Allah dari langit berfungsi hidupkan bumi yang tandus.


Bab2. Allah jadikan bintang bintang itu dalam tiga bentuk. Pertama, bintang yang dinamakan bintang tetap, iaitu bintang yang tidak bergerak dan tidak terbenam. Kedua, bintang yang terbit dan terbenam. Ketiga, bintang yang beredar di tempat edarannya.


Bab3.  Neraka jahanam, neraka sa’ir, neraka saqor, neraka jahim, neraka huthamh, neraka lazo dan neraka hawiyah. Pada tingkatan dari neraka itu di isi oleh golongan tertentu; tingkat pertama golongan pendusta, kedua golongan lalai dalam solat, ketiga golongan pengumpat dan pencela, keempat golongan pendusta, kelima golongan mempersekutukan Allah, keenam golongan keras hati dan last, ketujuh golongan yang curang dalam menimbang.


Bab4. Penciptaan tujuh lapis bumi. “Allah menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, Ilmunya benar benar meliputi segala sesuatu. ” (Ath Thalaq:12)


Bab 5.  Allah menegaskan: aku kumpulkan dalam lautan itu dua macam air berbeza. Yang satu tawar, segar dan sedap diminun dan yang satu lagi masin dan pahit. Dan aku jadikan suatu dinding di antara keduanya, sehingga tidak dapat bercampur yang satu dengan yang lainnya.


Bab6. sebahagian ulama menyatakan bahawa tujuh anggota tubuh manusia itu adalah otak, urat saraf, tulang belulang, daging, darah dan kulit. Ada juga yang kata bahawa kebaikan itu dibagi kepada tujuh bahagian iaitu kehalusan, keelokan, sinar, cahaya terang, kegelapan, kelembutan dan kebersihan.


Bab7.  Allah menciptakan tujuh hari dalam seminggu iaitu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.


Semoga kita bermula hari ini dengan satu fikrah bahawa semuanya dari Allah dan tiada satu milik kita. 


*Akhir kalam*


Semangat pagi. Perkara yang patut disyukuri di pagi Ahad yang indah ini adalah menikmati kebahagian hari bercuti di rumah bagi yang bercuti. 


Apa pun harinya, kekallah bersama Allah - Baqa bi Allah di sepanjang masa. Jangan lalai bersamaNya bila lupa bersama Allah lagi. 


Kekallah dengan Allah itu makrifat dan keyakinan. Bila dah capai tahap Haqul yakin, maka ia merasakan Allah itu bersamanya, ia lebih senang untuk mengerti maksud kata kata: “Di mana saja kamu ada Allah bersamamu”


Cubalah renung renungkan…

MasyaAllah.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Written&Edited: *NCS@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S