Pkp.yr2.D4..

 *[Pkp.yr2.D4]• RAHSIA TUJUH (Part 2)* Kenangan di Hari Isnin.


Assalamu’alaikum...


Salam pagi isnin. Salam kebahagian zahir, batin, dunia dan akhirat buat mak ayah, ahli2 ku, adik beradik, iparduai, saudara mara, para sahabat sahabiah dan rakan taulan. 


Bermacam macam hal yang dilakukan manusia untuk memulakan kehidupan di sebuah pagi di suatu hari, tak kira pun di benua mana. Tapi yang pasti, personally, kalau kita dapat mulakannya dengan doa dan munajat kepada Allah terlebih dahulu adalah terbaik bagi seorang muslim. Kadang kadang kita merumitkan diri dengan fikir nak kena bangkit didinihari, berwudhu lagi bersolat dan berzikir. Memang itu ialah yang lebih baik; namun, andai kita jaga pada waktu waktu sebelum azan subuh pun sudah memadai untuk bangun berlunjur kaki duduk diatas tilam, walaupun tidak berwudhu tapi bertafakur sebentar, berzikir sedikit pun tidak apa, tapi berbahasalah dengan Allah, ceritakanlah takdir diri. Semoga ini akan menjadi titik mula pada suatu amalan yang lebih baik. Walaupun kurang afdhalnya tapi kita mulakan pagi dengan bermunajat pada Allah. In shaa Allah, Dia Maha Mendengar. 


Pagi pagi isnin begini, demi untuk mulakan hari dengan menambahkan ingatan kita pada Allah, Rasul dan Islam, sama sama kita throwback apa yang ada pada hari isnin. Ini hasil satu bacaan saya dari tulisan Ustaz Abd Aziz bin Harjin juga  Pensyarah Tamadun Islam di Universiti Teknologi MARA Arau, Perlis. 


*Part 2: KENANGAN DI  HARI ISNIN. Nota Ustaz Abd Aziz bin Harjin*


Pertama: Nabi Idris AS naik ke langit pada hari isnin. Ini dijelaskan dalam Al Quran surah Maryam ayat 56-57 yang  bermaksud:“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Idris yang tersebut di dalam AlQuran. Sesungguhnya ia adalah seseorang yg sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan kami telah angkat nya ke martabat yang tinggi”


Kedua : Nabi Musa as ke Bkt Thursina sebanyak tujuh kali perjalanan, semuanya pada hari Isnin. Safarul Ghazab; perjalanan tika dihanyutkan ibunya di sungai, kerna takut kemurkaan Fir’aun. Safarul Harab; perjalanan melarikan diri dari mesir ke Madyan. Safarul Thalab; perjalanan ketika pulang dari Madyan dan memerlukan api; lalu dihampirinya. Safarul Sabab pula, keluar dari mesir ke Nil dikejar Fir’un dan tenteranya. Safarul ujub,  Musa as dan kaumnya ketika tersesat 40 tahun. Safarul Adab adalah perjalanan ke tepi sungai temui Khaidir as. Last swkali, Safarut Tharbi; Musa as ke Bukit Thursina bermunajat pada Allah SWT.


Ketiga: turunnya dalil dalil tentang keEsaan Allah SWT juga terjadi pada hari Isnin. surah AnNahl: ayat 51 adalah antaranya:  “Janganlah kamu menyembah dua tuhan, sesungguhnya dialah yang Maha Esa, maka hendaklah kepada Ku saja kamu takut. ”


Keempat: Rasulullah telah dilahirkan pada hari Isnin. Pada hari ini telah timbul tujuh mukjizat. Pertama, bonda Rasulullah SAW tak rasa sukar dan susah. Kedua, bonda Rasulullah SAW tak rasa sakit. Ketiga, setelah dilahirkan dan dipisahkan dari ibu, baginda terus sujud ke hadrat Allah SWT sambil berkata: “umatku, umatku”. Keempat, Rasulullah Saw lahir dalam keadaan sudah dikhatan. Kelima, syaitan dilarang naik ke langit, ketika Nabi saw dilahirkan. Keenam, saat lahir Nabi saw, bintang bergerak dan pindah dari tempat asalnya. Ketujuh, tanaman menjadi subur.


Kelima. Pertama kalinya Jibrail turun menemui Nabi SAW terjadi pada hari Isnin. Sebab turun adalah kerana Nabi telah banyak beribadah pada Allah.


Keenam. Semua amalan umat ditunjukkan kepada Nabi SAW pada hari Isnin.


Ketujuh, Nabi SAW wafat pada hari Isnin:


*Akhir kalam*


Semoga kita tergolong ke dalam golongan yang menyedari akan hakikat kehidupan ini. Selalu ingat kepada Allah dan selalu bertaubat kepadaNya.


Sebuah renungan pagi kembali hadir, moga kita selalu ingat akan kematian, jaga pola makan dan juga kesihatan serta tidak lupa  bersosial dengan lingkungan sekitar. Ini juga usaha usaha selalu kekal sehat selain yang utama : INGAT PADA ALLAH. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Picisan pagi dari, 

*NCS@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S