Pkp.Yr2.D5...
*[Pkp.Yr2.D5]• RAHSIA TUJUH (Pt 3)* KENANGAN DI HARI SELASA.
Assalamu’alaikum ...
Salam hari selasa, kita kini di pertengahan minggu. Salam dunia akhirat buat semua mak ayah, ahli2 ku, adik beradik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.
Mungkin hari selasa ini membuatkan kita merasa masih jauh untuk menuju cuti jumaat atau weekend, pekerja pejabat mahupun persendirian, para para suri rumah, anak anak sekolah dan siswa siawazah tentu akan merasakan hari hari pertengahan begini agak berat jika tidak dinikmati, tapi ianya akan tenang saja andai kita terus berdoa bermunajat padaNya seperti selalunya; siapapun siapa kita. Semoga Allah akan bekalkan kita satu motivasi hari selasa hingga membuatkan kita kembali bangkit percaya pada diri untuk memulai hari hari. aaminn..
Ada seorang berkata kepada Nabi saw, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya si fulan tidak pernah meninggalkan solat malam, tetapi pada pagi harinya dia mencuri." Mendengar itu, baginda bersabda, "Apa yang kamu katakan itu (solat malamnya) akan mencegahnya mencuri” Di dalam riwayat lain, Nabi saw bersabda dengan lafaz berbeza, "(Suatu saat nanti), solat (yang dia lakukan) akan mencegahnya mencuri."
(Ahmad ; hadis SAHIH)
Sebagai generasi akhir zaman, dengan pelbagai sosial media - DP BBM, Line, WA, Facebook, instagram, Twitter dan lain lainnya, gunakalah ini untuk kita meraih segala kebaikan bukannya keburukan. Kita kata kita tidak perlukanya tapi sekarang bukan suatu hari nanti ketika hari agama tiba. Ini boleh jadi hal yang baik untuk kita kembali menemukan semangat jiwa berjuang didunia demi untuk kebaikan keduanya.
Pagi ini masih lagi ada sedikit nota dari bacaan saya dari nota Ustaz Abd Aziz Harjin. Walaupun pendek tapi cukup untuk kita maklum sebagai ilmu:
*KENANGAN Di HARI SELASA*
“Dari Anas bin Malik berkata: “Nabi SAW ditanya tentang hari Selasa, jawab baginda: Hari Selasa adalah hari yang berdarah. Sahabat bertanya: mengapa demikian ya Nabi?Baginda menjawab: kerana pada hari itu Siti Hawa haid dan Putera Nabi Adam as membunuh saudara sendiri. Kata Sebahagian ulama pula, pada hari Selasa ada terjadi peristiwa tujuh jiwa dibunuh, pertama Jurjais as, kedua Yahya as, ketiga Zakaria as, keempat tukang sihir Fir’un, kelima Asiah Muzahim (isteri Fir’un), keenam Sahib Sapi Bani Israil dan ketujuh Habil, putera Adam as”
Semoga kita dihindari dari salah laku yang mematikan jiwa jiwa kita dari jalan jalan Allah.
AAMINN.
*Akhir kalam*
Memang dalam hidup ini banyak lika liku, memang nak kena berjuang, kenalah cari kekuatan untuk kesegaran hidup yang penuh inspirasi bagi meraih masa depan dunia dan akhirat. Carilah!
Bertemu pula dengan satu pantun, sama sama kita jadikan ianya sesuatu yang menceriakan kita pagi ini.
“Hari Selasa, hari ketiga:
malam nanti makan capati:
Ilmu bermanfaat bekal dewasa, Untuk taat perintah Illahi..
Semoga menceriakan dan juga memberi kekuatan pada diri..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Ole ole pagi dari,
*NCS@SeriMinang*
Comments
Post a Comment