Pkp.yr2.D6]•RAHSIA...
*[Pkp.yr2.D6]•RAHSIA TUJUH (Pt 4)* KENANGAN DI HARI RABU. (ADA QUOTE DARI “MAT SALLEH”)
Assalamu’alaikum...
Salam sejahtera Salam hari Rabu, buat mak ayah, ahli2 ku, adik beradik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.
Do not spoil your day and other’s qs well.
“Don’t let one bad moment ruin your day. Think of it as a bad minute, not a bad day, and you’ll be OK. Stress begins when your worry list is longer than your gratitude list. Happiness begins when your gratitude list is longer than your worry list. So find something to be thankful for today. Be sure to appreciate what you’ve got. Be thankful for the little things in life that mean a lot”
Take care everybody.
Saja saya nak quote kata kata dalam bahasa “mat salleh” ni. Ramai yang rasa macam WOW. Walau ayat ayat panjang kat atas tu, alQiran dah lama sebut malah lebih ringkas dan mudah, tapi kita kurang cuba nak fahami nya. Antaranya:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat Ku kepada kamu dan sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab Ku amatlah pedih." (Ibrahim, ayat 7)
Mungkin selama ini kita menjalani kehidupan tanpa rasa syukur atau bersyukur tapi sedikit sahaja. Manusia selalu “perasan”, apa yang ada pada nya kerana hasil usaha dan hak mutlak nya, sebab tu jika ada sesuatu yang diigini tak diperolehi, kita mudah rasa kesal. Lalu kecewa menyalahkan takdir dan orang lain. Itu akibat kurangnya rasa syukur dalam diri.
Pada masa yang sama, sama2 observe ayat di bawah ini:
وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
“dan janganlah campakkan diri ke dalam kebinasaan”
(Al Baqarah : 195)
Dari satu bacaan singkat saya dari alQurthubi ada mengatakan bahwa yang dimaksud kebinasaan adalah bila kita tinggalkan infaq, dan keluar berpergian atau hidup tanpa bekal atau ilmu ( kena renung yang ini lebih dalam), tinggalkan jihad dan lebih pedulikan keluarga, harta benda, sertai pasukan yang tidak mampu dihadapi, akhir sekali berputus asa dengan keampunan maghfirah Allah. Perlukan detail lagi namun cukup untuk sedarkan kita supaya jaga diri kita dari kebinasaan.
Sempena hari Rabu, saya “culk” lagi sedikit dari nota ustaz Abdul Aziz utk tatapan dan throwback bersama. Moga ada manafaatnya...
*KENANGAN DI HARI RABU*
“sesungguhnya kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang sangat kencang pada hari nahas yang terus menerus. ”(Alqomar: 19)
Dari Anas bin Malik, Nabi SAW telah ditanya tentang hari Rabu. Lalu Baginda menjawab: Hari Rabu adalah hari yang banyak terjadi nahas”’ “Mengapa?” Nabi saw menjawab: Kerana pada hari itu Allah menenggelam kan Fir’un dan kaumnya, juga memusnahkan kaum Aad & Tsamud serta kaum Saleh. ”
Dari sesetengah ulama, Allah SWT telah membinasakan tujuh kaum yang kafir pada hari ini dengan tujuh macam azab. Antaranya:
1. Auj dan Unuq dibinasakan dengan burung Hud hud.
2. Qarun dimusnahkan dengan dibenamkan ke dalam tanah.
3. Fir’un dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam sungai Nil.
4. Namruz dibinasakan dengan nyamuk.
5. kehancuran kaum Saleh
6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail as.
7. Kaum Hud dibinasakan dengan angin taufan.
*Akhir kalam..*
Ambillah kenangan ini jadi satu ibrah semoga kita semua tidak akan di timpa kebinasaan seperti kaum kaum yang terdahulu.
Realisasikan ucapan syukur kita dengan mentaati Nya secara seluruh nya, kerana dari situlah akan hadir rasa syukur yang benarnya. In shaa Allah, akan bertambah lah akan nikmat Nya. Jaga yang asas, akan kukuh lah Islam dalam diri kita.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Hanya Picisan dari,
*NCS@SeriMinang*
Comments
Post a Comment