Pkp.yr2.D7

 *[Pkp.yr2.D7]•RAHSIA TUJUH (Pt5)* KENANGAN HARI KHAMIS. •Ubah masa depan dengan belajar dari yang berlalu, bukan diam dan terpaku. 


ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH...


Buat mak ayah, ahli2ku, adikberadik iparduai, saudaramara, sahabat dan sahabiah dan juga rakan taulan yang sentiasa dirahmati Allah. Salam khamis....


Alhamdulillah. Mubarak’alaikum tahniah pada yang berpuasa di hari khamis 11 Sya’ban. Semoga semua nya Ikhlas hinggalah diterima Allah jadi assebab beratnya timbangan sebelah kebaikan di hari mizan nanti. Buat saya yang sedang dan masih strugggle dengan hal Gastrik, sedang berkira kira strategi berpuasa Ramadhan kali ini. Jika ada yang sudah berpengalaman, bolehlah kongsi pendapat. 


Apa apa pun seawal pagi begini, apa yang nak dicari adalah, semangat dan jati diri Islam, melewati sebuah hari lagi dalam menuju sebuah “kematian” menbolehkan “dibangkitkan” lagi nanti. Terlebih lagi, semua tingkah laku yang dilakukan di sini dipertanggungjawabkan kelak. Itulah sebab mengapa betapa penting bagi semua muslim untuk berbuat baik sesuai seperti yang diajarkan dalam Islam. Dengan taat pada agama, membuatkan kita ingat  kebesaran Allah. Mengingati Allah akan lebih membuatkan hati kita akan  tenang dan mampu melewati sehari harian hidup dengan lebih mudah. In shaa Allah, Tak hanya itu, hidup kita juga bertambah semangat...


KEEP IT UP 


Majlis majlis ilmu dah mula di buka di surau surau seusai solat maghrib cari lah ruang dan masa jangan culas, nanti kalau wave Covid berulang, kita tetap dikira berkuliah ilmu kerana sikap istiqamah..


Lanjutan dari nota ustaz Abdul Aziz, bersama ini disertakan kenangan di hari khamis. Semoga kita simpan jadi kenangan untuk bantu menyemarakkan semangat bersama Islam mengingati kisah kisah dalam kalendar islam. 


*KENANGAN DI HARI KHAMIS*


Dari Anas bin Malik: “ Nabi  SAW telah ditanya sahabat tentang hari Khamis,  Nabi SAW bersabda: Hari Khamis adalah hari tercapainya hajat. Kerana Nabi Ibrahim as masuk menghadap raja Mesir pada hari ini, dan dia mendapatkan  hajatnya dan Nabi Ibrahim diberi Siti Hajar. ”


Para ulama mengisahkan bahawa ada tujuh Nabi dan wali memperoleh sesuatu pada hari Khamis.


1. Nabi Ibrahim as menemui raja Mesir pada hari Khamis, maka beliau mendapat Siti Hajar.

2. Tukang memberi minum Raja Mesir keluar pada hari Khamis, maka ia mendapat kebebasan dari penjara.

3. Saudara saudara Yusuf menemui Yusuf pada hari Khamis, maka mereka mendapat kenikmatan.

4. Bunyamin masuk ke Mesir pada hari Khamis, maka ia berjumpa dengan abangnya Yusuf.

5. Yaakob as masuk ke Mesir pada hari Khamis, maka dia 

mendapat keamanan.

6. Musa as masuk ke Mesir pada hari Khamis, bertemu dengan Qibti.

7. Nabi Muhammad SAW memasuki Kota Mekah pada hari Khamis, maka beliau mendapat kemenangan.


Moga bermanafaat..


*AKHIR KALAM*


Barakallahufikum, semoga kita terus  bersemangat dlm meneruskan sisa sisa hidup.

Mati adalah sesuatu yang pasti, hidup pula in syaa Allah. 


Tengoklah ke depan, toleh ke belakang sesekali, bukit 50 an yang sedang di daki ini, kadang kadang rakan sudah ada yang tiada bersama lagi mendaki. 


Jika kita mash mendaki, eloknya tengok kebelakang sesekali juga supaya kita tidak melakukan silap yang sama berulang ulang. Ubah masa depan dengan belajar dari yang berlalu, tapi jangan terpaku terdiam dek kisah yang lalu. 


Semuanya Biiznillah, jangan lupa minta dengan Dia..


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Hanya Secebis dari, 

*NCS @ SERIMINANG*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S