Pkp.yr2.d8* •Ujian...
*Pkp.yr2.d8* •Ujian dan stress. Jaga Jantung.
Assalamu’alaikum..
Salam kesejahteraan buat ibuayah, ahli ahliku, adik beradik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah rakan taulan sekalian.
Masih Dalam tempoh merawat jantung, masih berhati hati dengan aktiviti aktiviti. Secara fizikalnya selepas masuk hari ke 24 hari ini, dah mula rasa akan kekuatannya. Tinggal sahaja pesan doktor dan mereka yang “concerned” , serta kekuatan mental yang menghalang saya dari melaku kan aktiviti seperti dulu semula.
Seperkara yang saya juga concern dalam hidup adalah Stress. Pada saya, ia sesuatu yang susah diukur. Rata rata kalangan kita tidak sedar yang kita kadang kadang berada dalam stress. Dalam satu bacaan di tegaskan Stres jika tidak ditangani dengan betul boleh sebab kan macam macam jenis penyakit dan kesan buruk pada tubuh badan kita. Tapi kita sering memandang ringan tentang stress. Antaranya adalah sakit jantung.
Hormon berperanan penting untuk memastikan kualiti kesihatan. Hormon adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh kalenjar endokrin yang ada kesan kepada aktiviti organ lain dalam tubuh.
Ada kajian menunjukkan kaitan ketidakseimbangan hormon dan juga kesihatan. Walaubagaimanapun, hal ketidakseimbangan hormon boleh diatasi dengan jaga pemakanan. Hidangan makanan perlu diiringi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang. Yang paling penting adalah dalam satu hidangan kena sentiasa ada 1/4 karbo, 1/4 protein, dan separuh lagi adalah buah buahan dan sayur.
Kita berusaha merancang, Allah menentukan. In shaa Allah datang alan bantuan Nya.
Dalam Islam, stres adalah salah satu bentuk cubaan yang diberikan Allah untuk menguatkan iman hamba Nya. Agak relevan kalau kita rujuk kepada Al Baqarah ayat 155, "dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan, dan berikanlah harga gembira kepada orang orang yang sabar"
Memang susah nak ukur stress ini, tapi minggu lepas saya dapat rasakan ukuran stress ini, ketikamana saya sedang dipandu oleh anak saya, tiba2 ada perselisihan dengan pemandu motor foodfanda menyaksi kan saya menyuruh pemuda itu “pull over”. Bukanlah saya nak bergaduh tapi nak menasihatinya bersabar kerana dia sedang dalam fasa mencari rezeki. Alhamdulillah. Allah menakdirkan dia tidak berhenti. Tetapi saya terasa akan senaknya di jantung baru saya akibat mild stress sebegitu. Begitulah apa yang berlaku pada jantung kita setiap kali kita “absorb” sesuatu ujian. Kita jarang merasakannya. Tapi ianya berlaku di dalam.
Ada beberapa cara yang dianjurkan Islam dalam memenangi stress atau ujian ini:
•solat
“Hai orang orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah : 153)
•berdoa
Kita berdoa, berkomunikasi kepada Allah; dengan harapan kita diberi kemudahan, kekuatan, dan ketabahan menghadapi segala macam cubaan hidup yang di berikan. In shaa Allah, kita akan lebih optimis.
•Ikhlaskan hati, lillahitaala.
Ikhlas menghadirkan ketenangan jiwa di dalam diri kita dan menyelamatkan kita dari azab Allah SWT. Jika semua perbuatan diniatkan mengharap redha Allah, Insya Allah apapun hasil yang diperoleh tidak akan membuat kita stress.
•Berzikir
Ingat Allah; tidak hanya dalam lisan tapi juga untuk setiap perbuatan yang kita lakukan. Hadirkan Allah disetiap hela nafas dengan berzikir, in shaa Alalh kita akan menjadi tenang.
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d).
•Bersyukur dan Berserah Diri (Tawakal)
Selalu bersyukur menerima segala pemberian Allah SWT. Hal ini telah diajarkan di dalam Al-Qur'an surat Al Fatihah ayat 2 dan Al Baqarah ayat 156. orang orang yang apabila ditimpa musibah, mengucapkan "Inna lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun".
Kedua ucapan di atas sangat familiar di lidah kita dan bila kita fahami maknanya setiap kali mengucapkan nya ketika menghadapi ujian, nescaya akan muncul kekuatan yang mampu menghadapi musibah itu.
SEMOGA ADA MANAFAAT NYA
*AKHIR KALAM*
Walaupun kita rasa diri kita tak buat sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri. Terutamanya apabila merasa putus asa atau tekanan yang sangat teruk. Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian kita, adalah berbaloi untuk ingatkan diri kita kerja hebat yang dah kita lakukan pada hari ini.
Selamat menguruskan ujian dan stress dalam hidup. Jaga jantung kita..
"Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti. Orang yang kuat adalah yang boleh menahan dirinya di saat marah." (Al Bukhari).
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Penulis,
*NCS@SeriMinang*
Comments
Post a Comment