Pkp.yr2.D8...
*[Pkp.yr2.D8]• RAHSIA TUJUH (Pt 6)* KENANGAN Di HARI JUMAAT. DALAM KENANGAN.
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH....
Salam pagi jumaat buat mak ayah, ahli2ku, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.
Pagi pagi Jumaat begini, macam macam perkara datang ke benak fikiran. Apa lagi hidup kita ini penuh kenangan, penuh “gambar” lama. Ada masa ketika, saya masuk ke ruang FB Peminat Gambar Gambar Lama. Dan Laman ini cukup nostalgia dan cukup mengingatkan saya pada kematian. Banyak gambar gambar di situ adalah gambar gambar mereka yang telah tiada di muka bumi ini. Begitulah juga suatu hari nanti, gambar kenangan kita akan di post semula sebagai usaha mengingati saat ketika kita hidup. Antara kata kata yang ditulis adalah:
“Saya tak ingat tahun bila, mungkin tahun 1989 ketika usia saya dua tahun. Tapi setahu saya ini satu2nya gambar saya (sedang bersimpuh) dengan arwah abang (hujung sekali), mak kata abg meninggal kerana demam panas. Mungkin saat ini, emak dah pun bersama dengan abang nun di sana. Alfatihah untuk emak dan abang”
Kisah kita semua akan di tayangkan di pawagam hari pembalasan nanti, untuk dipertontonkan dikhalayak apa yang telah kita buat selama kita ada di muka bumi. Sama sama lah kita jaga aib kita dan aib orang lain. Semoga Allah tutupkan aib kita di akhirat nanti.
Janganlah ambil mudah bab mati ini kerana ianya berlaku pada bila bila masa sahaja dan sewajibnya kita kenalah mencuba sedaya upaya bersedia menghadapi nya. Buatlah amal kebaikan sebanyak yang mungkin sementara kita mampu dan elaklah sedaya mungkin dari bermaksiat mendatangkan murka Allah swt kepada kita.
Bukan bermakna tinggalkan kehidupan kita di dunia ini, tetapi jadikan hidup kita ini sebagai jalan menuju Allah swt.
Pagi ini, ada sedikit lagi sharing dari nota ustaz Abdul Aziz berkaitan kenangan di hari Jumaat.
*KENANGAN HARI JUMAAT*
“Hai orang’orang beriman, apabila diseru menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingat Allah tinggalkan lah jual beli, yang demikian lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” (Aljummu’ah:9)
Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra: “Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari Jumaat. Nabi saw menjawab: Hari Jumaat adalah hari siraturrahim dan pernikahan! Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari inii” Sebahagian ulama ada juga menyatakan: Telah terjadi tujuh pernikahan antara para anbiya’ dan para aulia’ pada hari Jumaat:
1. Pernikahan antara nabi Adam dan Siti Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusuf dan Nabi Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa dan Shafrawa.
4. Pernikahan antara Nabi Sulaiman as dengan Balqis.
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah.
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aisyah.
7. Pernikahan antara Sayyidina Ali Abi Thalib dengan Fatimah.
*Akhir kalam...*
Sebelum tu, saya nak ambil kesempatan hari semalam sempena hari polis. Selamat hari Polis ke 214. Ini satu lagi kenangan penuh nostalgic, antaranya adalah kisah Bukit Kepong. Ramai polis yang dah pergi selamanya, sama sama baca Al fatihah buat mereka. Selamat bertugas penuh jaya untuk yang masih hidup. Semoga ada dalam lindungan Allah selalu.
Akhir kalam daripada saya, semoga Allah jadikan kita daripada kalangan hamba hamba Nya yang bersegera berbuat kebaikan dan amal soleh serta ikhlas di dalam perbuatan itu. Di ampunkan dosa dosa kita dan dijadikan kita hamba yang bertakwa serta dimasukkan kita ke dalam syurga dan bertemu dengan kekasih dan rasul kita nabi Muhammad SAW.
Mintalah pada Allah swt bersungguh sungguh agar Allah memberikan kita ikhlas yang sebenarnya agar tidak sia sia amalan kita. Siapapun kita.
Apa yang baik itu datangnya dari Allah swt dan apa yang lemah dan kurang itu saya memohon ampun pada Allah Swt.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Sepicis dari, *NCS@SERIminang*
Comments
Post a Comment