Pkp.yr2.D9...
*[Pkp.yr2.D9]•RAHSIA TUJUH (Pt 7 Terakhir) *KENANGAN Di HARI SABTU*
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH...
Yang di rahmati Allah, ayah ibu, ahli ahli ku, adik beradik, iparduai, sahabat sahabiah dan rakan taulan semuanya, didoakan semua berada dalam lindungan Allah sepanjang masa.
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا
“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak perlu segala sesuatu, dengan rahmat Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserah kan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dari Mu selamanya”
Alhamdulillah. Hari Jumaat sekarang makin terbuka solatnya seperti biasa, cuma kita kena berusaha sedikit. Pergilah dulu ke mana mana masjid walaupun dah lewat. Pastikan kita tidak dibenar kan masuk. Allah lihat pada usaha.
Tiba di perkarangan masjid lama Hidayah Tmn Melawati 1:20 tengah hari, azan belum di kumandang, dari kejauhan ketika berjalan menuju pintu masuk, saya menggayakan bahasa isyarat untuk masuk berjemaah, “ Boleh lagi bang, tapi sejadah mana?” Kata Ajk yang berdiri di depan pintu masuk. Saya tunjukkan kain rida’ besar saya. “Oh, yang ini tidak di kira sejadah tapi tak apa, ambik sejadah masjid” Selesai daftar diri MySejahtera dan sukat suhu, tiba tiba “ ini Hj Naza ke? Macam mana kesihatan sekarang? Kawe ada follow haji dalam FB, orang rumah pun ada bercerita” tegur salah seorang dari Ajk lain pula. Saya tersengih dan menjawap “baik baik” walau pun tidak cam lagi siapakah gerangannya. Tapi selepas melihat wajahnya, rupa rupa nya suami rakan sepejabat zaujah saya di UIA.
Alhamdulillah. Dapatlah juga solat jumaat semalam dan pada masa yang sama juga berukhuwahfillah dengan sahabat lama.
Jazakallahukhoir tuan Syed atas layanan istimewa seusai solat. Kami habiskan 10 minit berborak seusai solat ba’diyyah. Itulah bahagian saya yang Allah dah susun semalam, walaupun kondisi badan semalam agak kurang sihat. Jangan berkecil hati, jangan putus asa jika tidak dibenarkan masuk walau sudah di depan masjid. Yang penting kita sudah berusaha...
Sempena hari sabtu hari ini, saya serta kan bahagian akhir nota Ustaz Abdul Aziz, mengkisahkan kenangan di hari Sabtu.
*KENANGAN DI HARI SABTU*
“Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, pada waktu datang pada mereka ikan ikan yang berada di sekitar mereka terapung apung dipermukaan air, dan di hari hari Sabtu, ikan ikan itu tak datang pada mereka. Demikian lah Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasiq. ”
Dari Muslim bin Abdullah daripada Said bin Jubair daripada Anas bin Malik ra. “Rasulullah SAW ditanya para sahabat tentang hari Sabtu. Maka nabi menjawab: Hari Sabtu adalah hari tipu daya, kerana bangsa Quraisy telah melakukan tipu daya di Darunnadwah.
“Dan ingatlah, ketika orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan juga memasukkan kamu ke dalam penjara atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik baik Pembalas tipudaya. ”
Ketahuilah sesungguhnya Nabi tidaklah menamakan hari Sabtu itu sebagai hari tipu daya, melainkan pada hariitu terjadi tujuh peristiwa tipu daya pada tujuh orang oleh tujuh kaum.
Di antara tipu daya yang terjdi pada hari Sabtu itu antara lain:
1. Kaum Nuh melakukan tipu daya terhadap Nabi Nuh
2. Kaum Saleh melakukan tipu daya terhadap Nabi Saleh.
3. Saudara saudara Yusuf melakukan tipu daya terhadap Nabi Yusuf.
4. Kaum Musa melakukan tipu daya terhadap Nabi Musa as.
5. Kaum Quraisy melakukan tipu daya terhadap Nabi Muhammad SAW.
6. Kaum Bani Israil melakukan tipu daya atas larangan Allah SWT.
Wallahu’alam
Moga bermanafaat..
*Akhir kalam..*
Semoga kita terlindung dari tipu daya syaitan dan nafsu kita sendiri. Apa lagi ketika
SOP zaman covid 19 ini, banyak kelonggaran dari sudut ibadah berjemaah sehinggakan kalau tidak berhati hati, ianya akan melonggarkan iman kita pula. Kekal berusaha jaga iman jaga taqwa.
Takut kita, kalau kita beriman tapi tidak bertaqwa. Ibadat akan seiring dengan maksiat kerana kita tidak takut pada hukum Allah tapi beriman. Akhir nya, di sana nanti kita terkontang kanting sendirian d suatu sudut menunggu di adili.
Semoga kita mencari posisi Beriman dan Bertaqwa dengan penuh usaha dan amal.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Pagi Sabtu dari,
*Ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment