PkpYr2D26

 *PkpYr2D26*

-Momentum Ramadhan : puasa dan ibadah, bawalah selama lamanya bukan d Ramadhan saja. Diikuti nota ustaz Aiman: dua ahli neraka dari surah al fatihah.

.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Doa keselamatan, sebuah doa agar diberi rahmat dan berkat oleh Allah pada Mak ayah, ahli ahli, adi beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. 


Alhamdulillah. Memasuki hari ke tiga berpuasa momentum puasa dan ibadah semakin bergerak seiring, terimakasih ya Allah memagari syaitan dari menyogok kita manusia, sehingga terlimpahnya surau masjid seawal subuh dan solat empat waktu yang lain, juga rajinnya kita membaca Quran setiap hari dengan tekad mengkhatam kanya dalam tempoh Ramadhan ini. 

Juga mudahnya kita semua bersedekah.


Semoga SYAWAL, bukanlah alasan untuk meninggalkan amalan ibadat sepanjang Ramadan, sebaliknya moga momentum solat berjemaah, sedekah dan tadarus al Quran diteruskan, sekali gus dijadikan amalan harian. Mungkin terlalu awal nak di difikirkan tapi dah mula kena renungkan kemana nak di bawa momentum ini. Moga Ramadan dijadikan titik permulaan berubah jadi  Muslim terbaik dengan istiqamah amal ibadat, bukannya bulan amal ibadat semusim.


Malam tadi juga malam ketiga berterawikh. Alhamdulilah. Malam tadi, pertama kali lah juga dapat mendengar tazkirah dari  Ustaz Zulkifli Salleh walau hanya 20 minit, itupun seusai solat isya’. Ianya mencerita kan tentang pengorbanan yang dilakukan Nabi saw dan para sahabat sehingga terpacaknya Islam seperti yang ada sekarang. Sesuatu yang menarik, SOP - solat dalam penjarakkan sosial, tidak berpusu pusu ketika pulang, membawa sejadah, daftar My Sejahtera, sukat suhu badan - semuanya di patuhi. Semoga dalam keadaan pendemic Covid 19 yang makin tiba tiba mencengkam semula, momentum puasa dan ibadah tahun ini tidak terganggu lagi. Aaaminn. 


Pagi ini, untuk momentum puasa dan ibadah kita semua, saya sertakan samhungan nota dari ustaz aiman berkenaan Dua Ahli neraka dalam ayat surah Al Baqarah. Ianya adalah rentetan dari ayat terakhir surah al fatihah: 


‎غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ


“...bukan (jalan) *orang orang yang Engkau telah murkai* dan bukan pula (jalan) *orang orang yang sesat*”


•Ayat 6-7  perincian tentang golongan yang dimurkai. 


Ada dosa mereka lakukan hingga di murkai Allah. Mesti banyak dosa yang mereka lakukan. Tapi dalam ayat ini hanya ada satu dosa yang mereka lalukan tapi layak di murkai Allah kerana ianya terlalu besar disisi Allah. Inilah dosa kekufuran hingga di humban ke neraka. Mereka ini tak akui Allah yang ciptakan mereka hingga meraka kata ada tuhan lain, dan apa apa kehebatan kebaikan mereka adalah disebabkan mereka bukan kerana Allah. Ini ingatkan kita syurga dan neraka bukan dikira dari segi quantiti. Amalan akan dikira diletak atas al mizan kerana nak kira berat dan qualiti, bukan kira banyak tapi kira qualiti. Iblis di laknat masuk ke neraka hanya kerana sombong dan takabbur didepan Allah saja satu dosa saja. Mereka ini Allah kunci pendengaran dan penglihatan mereka di tutup dari kebenaran yang Allah hingga hati tersumbat terkunci, hingga tak sempat bertaubat dan mati dalam keadaan kufur. Balasan ini didunia dan di akhirat pula mereka akan disiksa dgn api neraka. 


Ayat 8-20 perincian tentang golongan yang sesat


Nak ke syurga tapi salah pilih jalan. Nak ke syurga salah pilih agama. Mereka tak pilih islam. Allah susun ayat ayat ini dengan Allah mulakan dengan definisi dan ciri ciri orang sesat dan Allah tutup dengan perumpamaan

Kalau yang dimurkai itu adalah yang kufur.


Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!!!


Moga ada kesan di jiwa kita.


*Akhir kalam..*


Pesan Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi dalam bukunya, Rabbaniyyin Laisa Ramadhaniyyin,: Jadilah hamba yang taat sepanjang masa kerana Allah dan jangan hanya menjadi ahli ibadat selama sebulan Ramadan sahaja.


Bayangkan dalam setahun, Allah swt memilih satu bulan mengumpulkan kita semua hamba yang merindui dan harapkan rahmat, juga keberkatan & pengampunan dari segala dosa, dengan mengerjakan ibadah dan adakah kita nak lepaskan peluang ini begitu saja? Malah, bila sudah tersangkut dengan segala kebaikan kita nak tinggalkan pula? 


Tambahlah tarbiah diri dan pengukuhan iman dengan menghadiri majlis ilmu, moga dapatlah kita mengejar redha dan kasih sayang Allah. 


Aaaminn.


Pesanan untuk diri sendiri, moga juga tertarbiahlah untuk semua. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Sepagi bersama, 

*NCS @ SERIminang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S