PkpYr2D27
*PkpYr2D27*
Bahagian 1/ Nota Tazkirah Ramadhan Ustaz Zulkifli Salleh.*Ramadhan Bulan Orang Islam Hebat Berjihad*
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Ya Allah, berkatilah Mak ayah, ahli ahli, adi beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua pada waktu pagi begini. Ini semua adalah assebab mereka bangun seawal pagi dan tidak meremehkan pagi. Apatah lagi dengan ada makan sahur sebegini.
Kalau mereka yang tidak beriman pun yakin dengan acara bangun seawal pagi sebagai sesuatu yang baik dan bermanafaat, apatah lagi kita yang diseru oleh Nabi saw dan ada disebut dalam untuk bangun solat dinihari. Patutnya kita lebih yakin. Antara yang pernah saya baca, Presiden Starbucks, Michelle Gaas sentiasa setkan jam tepat jam 4.30 pagi untuk bangun dan berjogging. Penulis bidang pengurusan masa, Laura Vanderkam yang menulis buku ““What The Most Successful People Do Before Breakfast” juga ada menekankan kelebihan bangun awal pagi dan bagaimana memanfaatkan waktu pagi secara lebih cekap.
Selain keberkatan hidup dan juga kemurahan rezeki, tabiat bangun awal pagi banyak kebaikan dari sudut kesihatan. Di kawasan perumahan saya, ada jiran berbangsa china yang dilanda stroke, bangun seawal jam 5 pagi dan berjalan kaki untuk rawatan stroke nya. Saya lihat dia dah lakukan ini selama 4 tahun, dari terdengkut dengkut sehingga kini dia dah boleh berjalan elok walaupun masih bertongkat.
Hence, jika kita belum mengamalkan kebiasaan bangun awal pagi, sebaik baiknya jam 4 atau 5.pagi, mulakanlah sekarang. By the way, sempena Ramadhan ini, selamat bersahur. Saya kali ini kena bersahur agak lewat membenteras gejala gastrik dan tanda2 awal dibetic.
Semoga Alllah rahmati kita semua.
Pagi ini, nak share nota dari kuliah Ustaz Zulkifli Salleh. Kuliah ramadhan pertama saya.
Ustaz Zulkifli Salleh
*Bahagian 1. Ramadhan Bulan Orang Islam Hebat Berjihad*
Dua amalan kita biasa setiap hari sedar atau tak sedar:
•Amal melangkaui orang lain hanya pada diri kita
•Amal boleh melangkaui orang lain
(Mutaadih)
Dalam bulan Ramadhan, yang khusus untuk diri kita, selain dari puasa, kita baca quran, terawikh, Qiam. In shaa Allah di ampunkan dosa kita oleh Allah. Amalan2 ini di buat nabi saw juga. Nak nak kalau pada 10 malam terakhir.
Ada juga amalan nabi saw yang melangkaui orang lain, ianya kena ada kesusahan. Memang puasa pun ada juga kesusahan pada orang lain. Kita tengok nabi saw lakukan di bulan Ramadha untuk orang lain. Iaitu Jihad yang menatijahkan tersebarnya islam seluruh dunia sehingga ke hari ini. Nabi saw dan sahabat berjihad berperang sebarkan islam dalam keadaan berpuasa. Kalau pada masa itu semua sahabat tidak berjihad hanya berpuasa saja, nescaya islam tidak akan tersebar spt yang ada sekarang.
Perang badar berlaku ketika Ramadhan, ketentuan sebelum berlaku perang, nabi saw pergi ke tempa itu dan sudah kenal pasti siapa kah dan dimanakah musuh musuh islam, Allah wahyukan pada nabi saw. Perang badar berlaku pada 2 H.
Pembukaan kota Mekah juga berlaku di bulan Ramadhan. Berlaku Pada 8H.
Zaman salafusoleh juga, zaman sahabat juga, ada berlaku pembukaan kota kota di bulan ramadhan. Pembukaan andulsia/spain oleh tariq bin Ziad juga berlaku ketika Ramadhan
Ini memberi tamadun islam yang hebat sehinggakan para yahudi dan kristian menyuruh anak anak mereka belajar arab untuk kutip ilmu. Inilah hasil jihad oleh para sahabat.
Begitu juga 584H, salahudin al ayubi berjaya ambik balik baitulMaqdis dari pihak kristian. Ianya juga berlaku di bulan ramadhan. Kehebatan salahudin adalah telah berjaya satukan raja raja islam.
See you tomorrow utk sambungannya.
*Akhir kalam..*
Memangpun kita akan merasa letih dan lesu ketika berpuasa dek pengambilan makanan yang kurang. Ini membolehkan merasa letih di siang hari. Tapi adakah hal ini boleh dijadi kan alasan untuk bermalas malasan di rumah? Pastinya tidak. Walau sedang berpuasa, kita perlu aktiviti fizikal dan bersenam. Saya ada baca beberapa kajian menyatakan bahawa tidak melakukan senaman selama sebulan penuh, boleh menurunkan kekuatan otot, membuat seseorang tidak cergas. Tapi perhati kan lah senaman yang dibenarkan.
Kalau zaman nabi saw dan para sahabat berjihad, kita pun kena lakukan sesuatu...
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Dari penulis pagi,
*Ncs@ SeriMinang*
Comments
Post a Comment