PkpYr2D28...

 *PkpYr2D28* Bahagian 2: Nota Tazkirah Ustaz Zulkifli Salleh.*Ramadhan Bulan Orang Islam Hebat Berjihad*


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Dengan nama Allah Tuhan yang menciptakan, mohon dihindarkan dari musibah, kesusahan, penyakit dan bebal, aman dan bebas daripada syaitan, diberkati dan dapat kebahgiaan dalam rumahtangga, terhindar juga daripada sebarang niat jahat 

buat Mak ayah, ahli ahli, adi beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.


Seawal pagi begini, carilah sesuatu yang memberi manfaat kepada kita dunia dan akhirat, apatah lagi kita ini umat akhir zaman, yang bermacam fitnah datang melanda. Antara yang mampu membantu kita nanti adalah Sabda Nabi saw, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan jika ada orang mengamalkannya, maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada...." 


Berusahalah kita sampaikan walau satu ayat. 


Malam tadi, malam kelima Ramadhan, sudah pasti ramai yang mula merasa perubahan berlaku dalam tubuh kita. Dalam satu bacaan saya dapati yang 

pada Lima hari pertama (setiap hari):


“Berat badan menurun 0.5 sehingga satu kilogram hasil kehilangan air. Penurunan insulin memberikan kesan pada air dan garam tubuh. Air serta garam berlebihan akan dibuang kerana penurunan insulin akan menyebabkan diuresis. Oleh itu, biasanya berpuasa memberi kesan penurunan tekanan darah” 


Bangun awal pagi bersahur dengan pengambilan makanan seimbang ( 1/4 kabo, 1/4 protein, 1/2 buah dan sayur) adalah permulaan yang baik berpuasa bagi merangsang metabolisme pada hari itu. Bagi yang nakkan kesan baik Ramadan ini, amalkan diet makanan sihat, Ramadan bukan tiket makan berlebihan ketika berbuka! Kata kata ini saya ambil dari Pensyarah Fisiologi Manusia (Pemakanan) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM.


Malam tadi juga, saya dalam keadaan badan yang tiba tiba sepertinya demam, tapi gagahkan juga habiskan 20 rakaat terawikh dan juga 3 rakaat witir. Pada mulanya, seusai berbuka terasa tiba tiba badan makin panas, tangguh perjalanan ke surau, hinggakan hampir tak dapat masuk ke Al amin, akibat SOP. Tapi bila dah bermula terawikh badan kembali bersemangat. Benarlah rehat kita yang sebenarnya ketika ramadhan adalah dengan berterawikh. Percayalah! 


Seusai 23 rakaat, yang sebahagiannya diimamkan anakda ND AL hafiz, ada pula Ustaz Ahmad Nazri yang sampai tazkirah 20 minit. Saya cukup terkesan dengan kuliah ustaz kali ini, dengan tajuk : amalan yang membantu kita di akhirat - TAQWA. Saya bercadang untuk sharekan pagi esok.


Untuk pagi ini, saya habiskan sharing nota ustaz Zulkifli Salleh dulu. 


Sambungan Bahagian 2 Ustaz Zulkifli Salleh. *Ramadhan Bulan Orang Islam Hebat Berjihad*


“.. kamu jangan jadi sptmana orang yang berpecah belah”


Kalau kita muslim berpecahbelah di bulan ramadhan maka kita tidak ikut sifat sifat sahabat dan ini akan hilang kekuatan islam. 


Kekuatan salahudin menyatukan islam membuatkan islam dimercu kejayaan. Lihatlah zaman sekarang betapa islam tidak bersatu, sekecil israel sebelah palestine pun tidak mampu di tangani. Inilah keperluan untuk beramal dengan amal amal yang melangkaui orang lain. 


Dalam sejarah, islam bersatu di syria menentang israel. Selain dari itu, bersedekah, berinfaq, beri kefahaman pada orang orang yang tidak faham islam juga adalah merupakan jihad fisabilillah.


Ini amalan amalan nabi yang digelar paling pemurah di bulan ramadhan. Manafaat pada orang lain memberi kebaikan kepada semua. Berilah faham islam pada semua, moga ia menjadi amalan yang melangkaui pada orang lain.


Spt juga hadis ttg memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, kita akan mendapat pahala tanpa mengurangi pahala mereka yang berpuasa. 


Aaaminnn...



*Akhir kalam*


Semua acara di surau Al amin semalam tamat jam hampir 11 malam. Mungkin selepas lima hari, saya yang mengambil ubat diabetic, di tambah tahap insulin yang semakin menurun, maka demam panas badan mula terasa. Kena banyak minum air sejuk. 


In shaa Allah, Selepas ini bila sudah berpuasa hingga tujuh hari, semoga peningkatan menjangkau dua kali ganda berbanding hari biasa yang membuatkan proses pemecahan lemak sebagai sumber tenaga tubuh menjadi lebih berkesan. Semoga bantu kurangkan calestrol pula. Aaaminn.


Selamat berpuasa semua.


Jumpa pagi esok dengan nota dari kuliah ustaz Nazri.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Penulisan Oleh, 

*Ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S