PkpYr2D29...

 *PkpYr2D29* •TEMPAT SOLAT YANG TERBAIK BAGI WANITA. Tangguh dulu nota kuliah Ustaz Ahmad Nazri


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Semoga “baaraka” berkah Allah tetap tidak berubah, malah akan bertambah lagi 

kemanfaatan dan  kebaikan. Semoga Allah memberkati Mak ayah, ahli ahli ku, adik beradikku, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua seawal pagi Ramadhan ini. 


Buat pertama kali, malam tadi terpaksa bersolat isya’, berterawikh dirumah sahaja, selepas di takdirkan “food poisoning “ sejak maghrib hari sebelumnya. Tapi Takdir Allah juga, Alhamdulillah, dpt mampu bertahan berpuasa pada hari kelima. Tapi gusar dengan keadaan badan yang berbisa dan kepala pusing, seusai berbuka, jam 8 malam tadi, berkunjung klinik Annur Btho untuk rawatan. Dan sahlah, food poisoning. 


Alhamdulillah. Masih dapat istiqamah kerja kan amalan sunat terawikh, yang ada hanya di bulan Ramadan. Sayangnya, kalau “Miss”. Umumnya sunat terawikh ini dilakukan berjamaah di masjid. Tapi ianya boleh didirikan sendiri di rumah dalam situasi tertentu. Nak nak untuk kaum hawa yang banyak terbatas dgn macam macam hal. Lagipun, tempat terbaik untuk wanita bersolat adalah di rumah. 


Dalam satu ruangan, ALKAFI #936: laman web rasmi Mufti WP, ada disebut tentang dua hadis: 


•“Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di halaman rumahnya dan solat di bilik tidur / bilik persendirian adalah lebih baik daripada solat di rumahnya”. (Hadis riwayat Sunan Abi Daud, 570) (Imam Nawawi menilai sanad hadis ini adalah sahih mengikut syarat imam Muslim)


•’Ya Rasulullah, sesungguh nya aku suka solat bersama mu. Lalu, Baginda menjawab: “Sungguh aku tahu bahawa engkau suka menunaikan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di bilik tidurmu adalah lebih baik dibanding kan solatmu di bilikmu, dan solatmu di bilikmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di rumahmu, dan solatmu di rumahmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaum mu lebih baik dibandingkan solatmu di masjidku” Lalu Ummu Humaid meminta didirikan masjid (tempat solat) di tempat paling tersorok dan paling gelap di bilik tidurnya. Maka, beliau solat di sana sehingga bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla". (Hadis riwayat Imam Ahmad, 26550) (Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Ibnu Hibban)


Tulisan di ruangan itu juga mencatat kan bahawa kedua dua hadis diatas menunjuk kan bahawa tempat yang terbaik bagi seorang wanita untuk menunaikan solat adalah di rumah. Jelaslah, tidak berdosa jika wanita tersebut memilih untuk solat di rumah sahaja. Ini soal solat wajib apa lagi kalau hal solat sunat. Kita yang lelaki ini pun di anjurkan untuk qabliyyah dan ba’diyyah di rumah. 


Berkenaan pahala solat di masjid dan surau mendapat 27 kali ganda lebih daripada mereka yang solat dirumah pula. Tulisan diruangan itu menjelaskan, ganjaran itu  dikurniakan kepada mereka yang tunaikan solat secara berjemaah walaupun bukan di masjid atau di surau. Dari Ibnu Umar, Nabi SAW telah bersabda: Solat berjemaah itu lebih baik (afdhal) dari solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda" (Bukhari, 645)


Tapi dalam ruangan itu juga ada di bicarakan, adakah berdosa seorang wanita atau isteri keluar dari rumah berjemaah di masjid tanpa meminta izin suaminya? Isu ini ada dinukilkan dalam kitab Mausuah Fiqhiyah Kuwaitiyah.


“Walaubagaimanapun, adalah makruh bagi seorang wanita solat berjemaah di masjid jika meninggalkan rumah dan solat jemaah itu  menimbulkan fitnah dan suami berhak melarang isteri solat jemaah / keluar rumah dan perbuatan suami itu tidak dikira berdosa. Perihal Larangan ini yang terdapat di dalam hadis adalah bersifat makruh tanzih. Ini kerana hak bagi seorang isteri untuk berada di rumah adalah sesuatu yang wajib. Maka tidak boleh meninggalkan rumah dengan tujuan mencari fadhilat”


Yang paling jelas, berdosa seorang isteri yang keluar daripada rumah tanpa izin suaminya.



*Akhir kalam*


Maafkan saya tak jadi nak share nota kuliah Ustaz Ahmad Nazri. Pengisian pagi ini tercetus selepas saya tunaikan solat terawikh sendirian. Sudah tentu nya, untuk mereka, para lelaki, yang tidak lakukan di surau kenalah lalukan nga di rumah TAPI untuk solat isya’ kena lah berusaha berjemaah di surau atau masjid, paling tidak. 

 

Kesimpulan isu diatas yang di tulis di ruang mufti adalah: rumah adalah tempat terbaik bagi wanita untuk bersolat. Akan tetapi tak salah untuk mereka solat berjemaah di masjid. Kami berpandangan bahawa sunat dan digalak kan bagi wanita atau isteri menunaikan solat di masjid atau surau. Namun begitu, perlu diingatkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh wanita atau isteri. Antaranya adalah mendapat izn suami, menjaga aurat, tidak berhias hias (tabarruj) dan memelihara pandangan, tak memakai wangian dan tiada bercampur lelaki dan perempuan. Dan segera pulang ke rumah setelah selesai solat”


Sila ambil nota ini wahai suri dan wanita ...



Semoga ada manafaat dari cetusan pagi ini. Yang baik dari Allah swt. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Yang iklhas,

*Ncs@SeriMinang*

#penulis tetap pagi

#Biiznillah.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S