PkpYr2D30...

 *PkpYr2D30* *•Amalan bermanafaat di akhirat* (PART 1)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Setiap hari putaran hidup, kita akan jalani perkara sama. Tidur, bangun tidur, berkerja mencari rezeki, lalu tidur semula. Namun, adakah kita nak biar kan hidup kita berlalu tanpa amalan yang boleh berikan keberkatan dan juga bekal untuk dibawa bertemu Allah SWT kelak? Sama sama kita renung kan seawal pagi ini, Mak ayah, ahli ahli, adiberadik, iparduai, juga sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.


Malam tadi, malam kedua berterawikh di Alfatonah. Syukur kerana sudah pulih tenaga, selepas lemah di hentam food poisoning. Berbuka bersama ahli keluarga di IGC, penuh sederhana tapi cukup untuk berbuka. Secara peribadi, saya lebih menyukai gaya “ala cart menu” daripada buffett. Personally, buffet bercanggah dengan amalan islam yang bersederhana. Apatah lagi ketika berbuka. Harganya pun hanya rm120 untuk lima dewasa. Semoga ada redha Allah saat berbuka kerana bersederhana, pada masa yang sama menjaga silaturahim serta belanja ahli keluarga sendiri. Belanja ahli keluarga adalah sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan keluarga kita.


Saya mencari satu hadis yang related dengan perkara diatas. Sabda Nabi SAW: “Pertama tama barang yang dihantarkan pada tangan hamba itu nafkahnya atas ahlinya (keluarganya)”


Berterawikh di Al fatonah, walaupun tidak ramai lebih kurang 12 orang satu saff dan ada 5 saff, akan tapi keadaannya lebih damai dan tenang. Anakda imam juga kelihatan lebih relaks dan yakin. Di tambah meriah, bila wirid terawikh, selawat nab idan zikir, semuanya akan

disahut oleh para jemaah. Barangkali ada barokah Allah disitu.


Berbalik kepada persoalan yang saya ajukan diawal penulsan ini, itulah isu yang saya nak sharekan disini, sudah tentu tak bertangguh lagi, inilah yang di kongsikan oleh Ustaz Ahmad Nazri. 

Terimalah. BAHAGIAN 1.


*Ustaz Ahmad Nazri*

*•Amalan bermanafaat di akhirat*


Matlamat puasa adalah taqwa. Ayat 183 Al baqarah. Setengah ulamak tafsirkan bukan mudah2an tapi pasti akan bertaqwa. 


Skop taqwa adalah luas, perbuatan2 baik yang disukai diredhai Allah. Dalam satu hadis: di kiamat kelak, semua kita akan di panggil untuk di hisab, bila di check, kerja kebajikannya didunia kurang, lalu dia dibawa ke neraka. Dalam perjalananan ke neraka, dia ternampak seorang yang telah banyak buat kebajikan yang soleh. Lalu, dia menegur orang solih itu, “aku lah yang pernah bagi minum pada mu didunia dulu, tolong lah aku hari ini kerana aku dalam perjalanan ke neraka” Orang solih itu mengenalinya, lalu memohon pada Allah untuk membawa si fulan itu  ke syurga. Atas kehendak Allah, sifulan dibawa ke syurga kerana telah lama Allah izinkan orang solih itu membawa sahabatnya itu ke syurga.


Inilah yang baiknya ketika didunia kita berkawan hamba yang soleh dan mohon dia berdoa untuk kita. Maka, juga jangan sangka nilai kecil yang kita dah tolong orang kerana akan ada kira kira disisi Allah. Ini hanyalah seteguk air belum lagi bagi makan kepada orang yang lapar.


JUMPA ESOK.


*Akhir kalam..*


Siapalah kita, nak tentukan takdir diri sendiri. Semoga kita sentiasa rapatnkn diri denganNya, dan mohonlah pada Nya. Semoga kita akan diberi taufik dan hidayah.. 


Sebelum pulang, seusai saja terawikh, ketika di kaki lima surau, terserempak dengan bekas “tok ketua” suakasih,  dari percakapannya dapat dirasaikan ada taufik hidayah Allah. Dengan penuh sayu kami berpelukan dan dia berpesan sebelum berpisah, “Kita ingat Dia, Dia ingat kita”, banyak kan sedekah, ada salah silap kita, kita akan menerima bahagian kita sebelum kita bertemuNya assebab Dia nak bersih kan diri sebelum bertemu Nya. Satu peranjakan yang hebat Tok Ketua. Syabas... 


Pujuklah diri berbuat baik, kerana ia mengundang barokah Allah. Rukun Islam dan Rukun Iman adalah wajib untuk kita, ini tanggunjawab. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Ilham Rasa dan Kongsi nota oleh:*NCS@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S