PkpYr2D31...
*PkpYr2D31* *•Amalan manafaat di akhirat*
(PART 2)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Ya Mak ayah, ahli ahli, adi beradik, iparduai, juga sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan dan taulan semua, berbanggalah islam agama kita, dan Bersyukurlah lahir sebagai muslim :
رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَ رَسُولًا
“Saya redha Allah sebagai Rabb Tuhan kami, Islam sebagai agama kami dan Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul kami”
Sunnah Alquran tetapkan jadi panduan, beramallah esok kita tiada, bekerjalah seolah kita hidup selamanya.
Jangan lupa jaga hubungan kita dengan manusia ketika kita menjaga hubungan kita dengan Allah swt.
Alhamdulillah. Sekian lama sejak first Ramadhan, belum sempat keluar bertemu kawan kawan. Malam tadi, atas urusan kerja, saya keluar ke Warung Simple BTHO(banyak colek colek kat sini) seusai terawikh dan Tazkirah di surau Al Amin bertemu kawan yang juga berpengalaman sama dalam hal hampir mati disebabkan sakit jantung.
Selesai bab kerja, kami sambung pula bersembang sambil pekena rojak buah tapi teo o “kosong” saja. Masing masing tahu had. Masa inilah kami share macam macam petua dan kisah. Kawan saya ni, dia kena jantung tahap severe sebab jantung dia dah tunjuk line “flat” di screen masa tiba di Emergency HUKM enam tahun lepas. Katanya, Theori nya, Kencing manis menutup tanda2 tak boleh bernafas ketika hearattack. Sebab nya masa dia kena attack tu, dia bukan macam saya yang “choking” tak boleh bernafas dan dok intai kehadiran izrail, tapi dia berpeluh “jeruk” dlm bilik beraircond yang suhu 18 degree. Tiada choking langsung. Disebabkan 2 bulan sebelum, dah ada kawan yang dapat symptom yang sama tapi tak pergi jumpa doktor, yang akhirnya didatangi Izrail ketika tidur; maka, dia bersegera ke klinik yang mengdiagnosekan dia kena heart attack. Terus saja, dia ke HUKM. Satu perkara terjadi, ketika di emergency, dia terdengar pihak hukm membuat announcement:
“ keluarga si fulan bin si fulan, sila masuk”. Hakikat sebenarnya, ketika itu jantungnya sudah berhenti dari berdenyut seketika, dan matanya pun dah tertutup. Selepas dua kali doktor buat “Defibrilate”, dia tersedar semula atas izin Allah. Selepas itu, dia muntah kan semua apa yang di makan. Alhamdulillah. Ada sehingga hari ini. Ini hanya lah secebis kisah untuk pedoman orang orang yang seposisi saya dan kawan saya ini.
Baiklah, untuk nota kuliah, jom kita baca isi nota ustaz Nazri bahagian 2.
#Ustaz ahmad Nazri *•Amalan manafaat di akhirat* ( PART 2)
Sedekah bukan hanya wang ringgit tapi berbuat baik juga adalah sedekah. Nasihat yang baik dan betul juga adalah sedekah.
Dari kitab: kisah benar, ada ulamak bernama abu hassan di datangi orang ramai. Dan di tanya: kami rakyat dizalimi pemerintah apalah kira tuan pergi nasihat pemerintah untuk berhenti dari terus menerus lakukan zalim. Bayang kan ulamak diminta menasihati raja. Lalu, abu hassan Teringat satu hadis, apakah jihad paling afdal. kata nabi: sepatah perkataan benar dihadapan pemerintah yang zalim. Ini lebih afdal dari jihad di medan perang. Ini beri kesan kepada abu hasan. Lalu, dia bertemu pemerintah dan menyuruh raja takut pada Allah dalam urusan rakyat: engkau telah zalimi rakyat. Marah raja bila ditegur, ibarat mendidih besi yang cair. Raja perintahkan, ulamak abu hasan ditangkap dan diberi pada singa yang dah tak makan 3 hari. Lepas arahan itu, raja menunggu laporan dari memanda menterinya. Secara logiknya, habislah si ulamak Abu Hassan selepas tiga hari, itu lah sangkaan semua. Tapi apa yang berlaku, singa itu tidak berbuat apa pun ketika berdepan ulamak yang tidak berhenti zikir. Selepas tiga hari, sangkar di buka oleh pengawal, terkejut pengawal kerana abu hasan sedang sujud dengan singa duduk sebelahnya umpama kawan. Indeed, Singa tidak berupaya memusnahkan abu hassan. Ini satu kenyataan bahawa semuanya adalah milik Allah. Singa di arah Allah untuk tidak merosakkan daging manusia seperkasa abu hassan. Amalam abu hassan ketika sujud adalah :Subha naribbiya ala wa bihamdih, Ganjaran 1/3 dunia.
*akhir kalam*
Dari Ustaz Ahmad Nazri:
“Inilah nilai taqwa yang sebenarnya yang memberi manafaat kepada mereka yang benar banar taqwa. Sebab itu wasiat bertaqwa itu adalah rukun khutbah, tak sebut takqwa dalam khutbah tidak sah khutbah. Ini adalah kelebihan nilai taqwa. Sama sama lah kita teruskan usaha usaha memperkasakan ilmu sehingga menjadi taqwa. Jadilah orang orang yang sentiasa berusaha untuk melebar luaskan ilmu Allah.
Intan surullah..
Inilah nilai taqwa yang hendak dicari sepanjang Ramadhan dan nilai puasa hanya Allah yang akan berikan dan nilaikan.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Jotted, Edited & Written by:
*Ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment