PkpYr2D32...

 *PkpYr2D32*

*Mati Mengejut!* & *Nota Ustaz Abdul Muizz: Puasa dari perspektif Dua ayat Alquran (part 1)*


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا


Apa khabar MakAyah, ahli ahli, adikberadik, iparduai, juga sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua, Semoga sihat selalu disamping rahmat Allah. Apa khabar iman hari ni? Semoga hati dan iman kita sentiasa dipelihara oleh Allah. Amin.


Pagi semalam, dalam pada menulis tentang pengalaman kawan saya yang di timpa sakit jantung, dikejutkan pula berita, sahabat perniagan saya di masukkan ke KPJ Damansara kerana ada komplikasi jantung. Takdir Allah menyebelahinya kerana petangnya, dia sendiri sudah menulis di ruang whatsapp group memaklumkan yang dia akan dikeluarkan dari ICU tak lama lagi. Alhamdulillah. Syafakallah. 


Apa yang saya cuba nak sampaikan dari cerita kawan saya semalam ada lah risiko mati mengejut, jika kita gagal bertindak awal, mengesan awal indikator serangan jantung. Dan dalam satu ruangan, saya ada baca, statistik menunjukkan kira kira 50 rakyat Malaysia maut akibat penyakit jantung setiap hari menjadi punca utama kematian mengejut di negara ini. Tapi Risiko mati  tiba2 bagaimanapun bukan hanya berpunca serangan sakit jantung semata mata. Situasi ‘jantung terhenti’ atau cardiac arrest juga boleh jadi asabab kematian tiba tiba. Takdir Allah itu pun tidak ada takwilnya tapi berpantang ajal sebelum maut. 


Dalam satu bacaan, Pakar Kardiologi dari Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Beni Isman Rusani, kematian mengejut sebab jantung ni, kebiasaannya ada simptom seperti sakit dada, sesak nafas, pening dan dada berdebar debar dalam tempoh kira kira sejam sebelum serangan. Bagaimanapun, katanya, lebih daripada separuh kes yang dilaporkan, kematian mengejut akibat jantung boleh berlaku secara mengejut tanpa tanda2 tadi. Langkah pertama jika kita sedar akan serangan jantung adalah segera menghentikan aktiviti yang sedang dilaku kan. 


Semoga Ramadhan kali ini, Allah panjangkan kita sehingga bertemu lailatul Qadar dan kita termasuk dalam golongan yang beruntung mendapat nya. 


Untuk perkongsian pagi hari ini, saya sertakan nota kuliah subuh ustaz Abdul Muizz berkenaan : Berpuasa dari perspektif dari dua ayat dalam al quran. 


•Puasa maksudnya alimsa’. Tidak lakukan perkara perkara yang batalkan puasa


Ada dua ayat tentang puasa dalam al Quran. Ayat 183 - surah al baqarah. Manakaa, Maqosid/tujuan puasa ada dalam surah maryam - aku berjanji pada Allah aku berpuasa dan tidak bercakap dgn sapa sapa


Siam dan saum - dalam alquran - maksud dalam melayu sama puasa. Tapi berbeza, siam itu adalah puasa, saum dalam surah maryam, maksudnya tentang tujuan puasa.


Di Dalam surah maryam, diberitakan ttg kisah maryam yang diuji hebat. Apa lagi kaum israel hanya akan menyanjung nabi yang hebat. Ketika itu mereka di jajah oleh Rom. Lalu mereka meminta nabi, dan Allah berikan pada mereka dalam keadaan yang hebat. Malang nya ketika saat maryam mengandungkan nabi isa, bani israel kecoh menunduh maryam berzina kerana mengandung tanpa bapa. Barangkali, kalau kita ada pada masa itu pun kita akan bertindak sama. Maka, syukur kita hidup, islam sudah terbina kerana umat yang hidup di zaman nabi di uji hebat. Ketika saat hampir, waktu maryam melahirkan, Allah ilhamkan maryam ke Bellaham untuk lahirkan Isa as disitu. Betapa tertekannya maryam ketika itu, hingga ada monologmya dgn Allah di dalam alquran yang menyatakan alangkah baiknya kalau dia tidak hidup. Ketika itu ujian makin memuncak, Allah dtg kan ilham melalui jibrail memerintah kan maryam berpuasa ( ada ulamak berkata nabi isa yang memaklumkan). Kata maryam: “ aku dah berjanji dgn Allah aku akan berpuasa mulai dari ini aku tidak bercakap dengan sesiapa pun”. 


Ayat ini merujuk kepada pengurusan emosi, maryam terganggu dan tidak stabil. Allah ajar kita bila kita difrnah dasyat (orang tak sedia nak dengar hujah kita, malah fitnah makin luas), baik diam terlebih dahulu. Yang perlu membela ketika itu adalah orang lain. Nabi isa as hadir membela maryam. Ketika ini lah, Allah suruh maryam berpuasa, tidak termakan dengan provokasi orang lain. Disini, puasa bukan saja tak makan dan minum tapi Puasa juga, akhlak dan emosi. Dari sini, puasa adalah dari sudut feqah adalah tidak makan dan minum juga digandingkan dengan jaga akhlak dan emosi. 


Sekadar muqaddimah pagi ini. Kia sambung pagi esok pula. 


*Akhir kalam*


Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang dari saya sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Setiap apa yang kurang mohon ampun dan maaf. 


Semoga bermanafaat! 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Dari penulis picisan, 

*Ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S