PkpYr2D33...

 *PkpYr2D33* 

*Nota Ustaz Abdul Muizz: Puasa dari perspektif Dua ayat Alquran (part 2)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا


Yang dirahmati Allah Mak Ayah, ahli ahli, adikberadik, iparduai, juga sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan dan taulan semua. 


“Setiap amalan anak Adam akan digandakan, satu kebaikan diganda kan dengan sepuluh kali sehingga tujuh ratus kali ganda” - Riwayat Muslim (1151)


Semoga Allah membimbing kita semua mendekatkan diri kepadaNya. Jom, Ramadhan dengan tetap ceria bahagia meskipun sekarang ada corona. Tetap semangat dan produktif. Sebab itulah saya share hadis diatas sebagai ingatan akan apa yang kita buat di Ramadhan besar ganjaran. Terlalu rugi nak dilepaskan. Jangan  jadi rasa biasa kehadiran Ramadan. seolah olah  memenuhi kalendar hidup saja.


Semalam dapat barangan berupa sejadah yang ada tempat sandar. Dgn baiknya digunakan seusai witir duduk menyandar didepan ustaz Lutfi untuk sesi tazkirah pendek. Ustaz pesan lagi:


“Beruntungnya kita dapat beramal di bulan ramadhan, hidangan ibadahnya sangat istimewa - ada lailatul qadr, terawikh dan puasa. Walau pun zahir nya sangat berat - sebelas bulan kita mengisi perut kita tanpa berhenti. Dtg ramadhan kena berenti semuanya. Apatah lagi malamnya selepas siangnya berpuasa kena berterawikh 11 rakaat paling kurang, lagilah pulak nakkan lailatulqadar kena berjaga Diniharinya. Zahirnya berat sekali. TAPI batin banyak untung. Selepas  puasa selama 8 hari, pasti ramai yang rasa lebih selesa hidup dengan kurang makan tapi banyak ibadah ini. Dalam lapar ini, bermacam macam kebaikan yang kita dapat. “Orang yang lapar perutnya akan besar fikiranya dan juga cerdik hati” - Ustaz Lutfi Othman @ Surau AlAmin Tazkirah Pendek malam ke 9 Ramadhan 1442.


Untuk fikiran yang besar dan cerdik itu lah, sama sama kita tambah ilmu pagi ini dengan nota catatan ketika kuliah Ustaz Abdul mu’izz. Bahagian 2  puasa dari perspektif dari dua ayat dalam al quran. 


“Dengan sentuhan akhlak ketika kit berpuasa, banyak nabi suruh kita buat dari hadis nya. Dari sini, tahulah kita kenapa nabi saw sabda puasa itu adalah perisai emosi, perilaku diri. Ketika berpuasa tak bercakap perkataan keji dan buat perbuatan jahil”


“..bercakap perkataan keji dan buat perbuatan jahil tak batalkan puasa tapi nabi ajar kita ini adalah kerana disana ada tujuan yang besar. Bila ada orang rangsang untuk bergaduh, caci maki, jawablah : sesungguhnya, aku sedang berpuasa” Bila ada gangguan untuk kita terangsang atas provokasi, ingatlah sedang berpuasa. Disini, kita perlu stabilkan emosi. Ini apa yang dinyata kan disini”


"Malah, ada hadis yang sebut ada orang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga saja kerana dia tak laksanakan makosid puasa spt yng di sebut dalam surah maryam.  Kita ada sebulan untuk stabil kan emosi kita untuk ini”


"Sejarah islam dah tunjuk, kekalahan islam kerana berfikir bertindak ikut emosi bukan fikiran yang tenang. Maka, belajarlah wahai muslim untuk tidak mudah terprovoke, moga susah musuh islam nak perangkap kita. Ini juga fungsi kita berpuasa. Nak lihat puasa kita berfingsi atau tidak, lihatlah samaada baran kita akan berkurang atau tidak. Puasa menbentuk kita jadi rational dan tenang. Kena jadi emosi kita tidak mudah diprovok"


*Akhir kalam*


Ramadhan ibarat proses pembersihan hati dari noda hitam kerana dosa yang selama ini.


Hati yang bersih itulah hati bercahaya. Hati yang mudah menerima cahaya kebenaran dan mengamalkannya dlm hidup. Hati yang selamat qalbun salim senantiasa ingat kepada Allah. Maka jadilah ia manusia yang dekat dengan Allah (al muqarrabun). Jika sudah dekat dengan Allah maka seluruh perilakunya ada dalam redha Allah. Itulah takwa manusia yang mulia.


Moga Ramadhan yang mulia pada tahun ini membuat kita juga menjadi mulia.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Ikhlas dari, 

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S