PkpYr2D35
*PkpYr2D35*
•PEJABAT DAN TEMPAT IBADAT & Sambungan nota dicatat ketika kuliah subuh ustaz Abdul Mu’izz. ( Part 4)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Salam Sabtu Mak ayah, ahli ahli, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Menamatkan puasa ke 11, berbuka di Sakura Kristal bersama semua rakan staff dan kemudiannya bersolat terawikh di pejabat bersama sama semua. Walaupun tak ramai tapi cukup membawa harapan, moga pejabat akan menjadi tempat yang berkat. Walaupun ada musolla kecil di belakang pejabat tapi kami gunakan ruang utama ofis untuk berjemaah. Janggal kalau pejabat orang yang seagama tapi tidak ada bilik solat. Tidak wajar sebuah company yang owner nye Muslim tak sediakan ruang solat dalam ofis. Semoga alan dirahmati Allah setiap penjuru ofis kecil kami. Di tambah dengan ada nya program Usrah, kekadang majlis membaca al quran. Jomlah kita juga imarahkan pejabat pejabat kita dgn suasana begini. Sama sama lah kita pasang cita2 untuk jadi bussinessman yang berjaya didunia dan juga dirahmati di akhirat. Cukup lah dengan yang sedikit, bersyukurlah dengan yang banyak.
Untuk pagi, jom kita terus mengutip ilmu dari nota kuliah Ustaz Abdul Mu’izz iaitu berkenaan puasa dari perspektif ayat 184 Baqarah dan maryam ayat 26.
*Sambungan nota..*
“Sejarah menunjukkan, Sebahagian berpuasa, mereka menjadi sesat menyeleweng, asalnya islam tapi sebab tak perbaiki ilmu hingga membawa pada kekufuran. Masyarakt quraish sendiri, adalah keturunan nabi ismail, yang pernah beribadah di depan kaabah. Sehingga ada yang berpuasa 10 Muharram, kerana kisah kapal nabi nuh berhenti di bukit Juhdi, tapi pada masa yang sama mereka memuja berhala nabi Nuh. Sedangkan, nabi nuh sendiri menentang berhala itu. Ada seorang amru bin hui, bermimpi lokasi untuk bertemu berhala nabi nuh, yang terletak di jedah. Akhir nya, mereka bertemu dan teruja, sehingga memuja selain latta, uzza, mannan. Inilah keadaan yang sangat membingung kan. Tapi gejala ini sangat kuat untuk jadikan berlaku. Sptmana, kisah nabi musa yang banyak berbakti pada kita solat 50 waktu jadi 5 waktu, tapi pada masa yang sama ada yang memuja firaun. Kini berlaku di Mesir, perarakkan dan memuja mumia firaun. Ini tak pernah terfikir sedikit pun, tapi ini lah keadaanya, ada orang islam memuja nabi musa pada masa yang sama memuja firaun. Firaun ini adalah gelaran raja mesir. Kalangan mereka disebut dalam quran sebagai muslim dan orang islam. Tapi firaun yang telah diawet itu adalah kafir kerana ia di buat kerana ritual. Sejak nabi adam, hal awet ini tidak dibenarkan. Inilah hakikatnya keadaan sekarang.
Begitu juga, yahudi yang asal nya islam. Berpuasa juga 10 muharam, kerana meraikan tenggelamnya firaun di laut merah. Hingga nabi berkata aku lebih berhak atas nabi musa as, dan ada sahabat berkata pada berpuasa 10 muharam itu macam orang yahudi. Arahan nabi saw, tahun depan puasa lah juga pada 9 muharam, walaupun nabi tak sempat. Inilah ajaran islam, kita jangan berbuat sesuatu yang menyamai ugama lain. Ini juga dalam bab puasa, kena ada perbezaan. Beza antara puasa islam dgn yang lain, ianya adalah islam ada sahur. Begitu juga dalam bab memanggil untuk kerja kan solat, ada yang cadangkan tiup trompet, loceng dan nyalakan api, tp itu semua sama dengan agama lain. Akhirnya azan di syariatkan. Inilah sikap cermat nabi saw menyelamatkan islam dari fitnah agama lain. Inilah penting untuk kita fahami sejarah islam dalam menjaga islam.
Esok .. sikit lagi.
*akhir kalam..*
Saya mengambil peluang terbaik ini untuk terus berkongsi ilmu. Pada masa yang sama menyeru dan mengajak agar semua peniaga muslim dapat memperbaiki perniagaan kita supaya CEMERLANG DI DUNIA, DIRAHMATI PULA DI AKHIRAT.
"Wahai orang2 beriman, adakah kamu mahu Ku tunjukkan perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab api neraka? Iaitu kamu beriman pada Allah (segala pensyariatan yang telah ditentukan kepada kamu) dan Hari Kiamat......."
Semoga dengan secebis usaha ini kita dapat terus berdiri di jalan Islam walau pada masa yang sama banyak hal hal dunia yang mempengaruhi...
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Sedikit dari,
*Ncs@seriminang*
Comments
Post a Comment