PkpYr2D36...
*PkpYr2D36* •nota dicatat ketika kuliah subuh ustaz Abdul Mu’izz. (Final)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Mak ayah, ahli ahli, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Sekali lagi 20 rakaat di tambah 3 rakaat witir selepas nya berjaya di tamatkan malam tadi. Tidak tahu lah apa pengakhirannya nanti di hujung dunia, tapi selagi masih ada peluang selagi itu akan diusahakan. Almaklum lah saya ini orang awam yang setiap hari bertempek dosa, malah dalam Ramadhan pun bergelimpangan dgn dosa. Terimakasih Allah memberi kekuatan di Ramadhan kali ini.
Kekuatan untuk melakukan semua ibadah ini, bukan dari kita tapi dari kehendakNya. Tak terdaya dengan kerja ibadah ini, sebab itulah Allah anugerahkan bermacam dalam bulam Ramdhan ini untuk kita cari. Kalau nak harapkan solat saja, tak tahu kemana lah kita.
Lailatulqadr anugerah ALLAH paling Istimewa pada umat manusia. Allah ganti pada kita dibandingkan dengan umat terdahulu - lebih baik dari seribu bulan. Akan dapat kebaikan lebih dari umur hidup kita. Cukuplah mendapat lailatulQadr sekali sahaja, apatah lagi kalau dapat setiap kali ramadhan.
Umat terdahulu tiada tv, internet, dan macam macam keghairahan dunia yang selalu mempengaruhi kita. Maka, hadirnya Ramadan dan ada dalam nya lailatul qadr, menjadikan kita ini kena bertindak cerdik dalam menyusun aktiviti seharian kita. Apatah lagi AlQdr datang bukan pagi atau dinihari, tapi ianya seharian. Malam di Malaysia, siang di Saudi. Mana nya masa untuk al Qdr. Maka. Seharian lah masa untuk lailatul qadar melepasi kita semua.
Untuk itu bersiap sagalah untuk letak kan diri dalam kebaikan selalu. Maka, dengan itu walaupun dalam keadaan yang ada saja menjadikan kita ini insan berdosa, teruskan amal makruf. Terimalah bahagian akhir dari nota ustaz Abdul Muizz.
*Sambungan nota..*
“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Nabi bersabda:
“Lantas siapa lagi?” - Muslim (2669)
Orang islam tak rosak secara drastik tapi secara beransur ansur. Inilah yang kena dijaga jangan ambil hal ini dalam bentuk sambil lewa. Sebab itu perlu jadi warak dan elakkan dari perkara syubahah - bukan setakat makan minum saja tapi juga dalam bab bab pemikiran juga.
Ini pengajaran kita kena ambil dari generasi terdahulu yang terkait dengan puasa, barulah mudah untuk kita mencari taqwa yang disebut dalam ayat 183 surah al baqarah.
Shaum - jaga dan stabilkan emosi dan perasaan serta tingkah laku ketika berpuasa.
Telah disampaikan ya Allah saksikan lah apa yang telah disampaikan.
*AKHIR KALAM..*
Diawal tulisan ada hadis : Rasulullah SAW bersabda bahawa umatnya akan mengikuti perkara perkara baru yang mengikut hawa nafsu seperti mana yang berlaku kepada umat sebelum mereka.
Baginda SAW dah bagi amaran dalam banyak hadis mengenai keadaan akhir zaman yang buruk. Kiamat tidak akan berlaku kecuali kepada Manusia yang buruk. Ketika itu agama dipegang oleh orang orang tertentu.
Ibnu Hajar: Sesungguhnya sudah berlaku kebanyakan daripada apa yang Nabi SAW berikan amaran mengenai apa akan berlaku yang selebihnya.
Persoalan yang wajar ditanya adalah mengapa umat Islam pada hari ini begitu mudah untuk menyahut satu cabaran yang menggugat akidah tanpa merenung sebelum melakukan nya. Walaupun mungkin alasannya hanya cabaran untuk 'suka-suka' dan tidak berniat dengan perkara yang selainnya, adakah tindakan suka-suka itu mampu untuk memelihara akidah kita pada hari ini. Tepuk dada tanya iman.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Written & Edited by:
*ncs@seriminang*
Comments
Post a Comment