PkpYr2D37

 *PkpYr2D37*

- Tunggu Al Qdr dan Nota Ustaz Adlan Mokhtarudin - Silaturrahim. 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Buat Mak ayah, ahli ahli, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. 


Jika suatu hari di bulan Ramadhan, dan ianya adalah dalam sepuluh hari terakhir, kita merasa “malas”dan “liat” untuk melakukan ibadah, berhati hati lah kerana khuatir hari itu akan ada nya peluang untuk kejadian lailatul Qadr, pesan sesetengah assatizah yang pernah saya dengar. Apatah lagi, malam Alqdr ini berlaku seharian bukan semalamam. Ianya bermula seawal berbuka puasa pada hari itu. Sempena dengan sudah rasminya kita berada di nisfu Ramadhan ini, marilah kita sama sama melatih diri untuk bersedia dengan 10 malam terakhir pula. Jangan tunggu 10 malam terakhir baru nak mulakan semua tapi mulakan hari ini. Bermula dengan solat maghrib berjemaah hari ini, tak kiralah kita solat di mana mana tapi pastikan kita solat berjemaah. Ini sebagai latihan selama lima hari sebelum malam tujuh likur tiba. Diikuti solat berjemaah isya dan seterusnya jangan tinggal terawikh juga jangan “skip” sahur. Inilah amalan soleh dalan bentuk ibadah yang boleh bantu kita dijemput bertemu al Qadr. Ini memang tahap orang awan tapi itu lah hakikatnya, kita ini orang awam. Dan ingatlah jangan sia sia kan peluang ini. Kerana tiada siapa yang berani mendabik dada dia akan bertemu dengan si Ramadan lagi di tahun depan. Untuk kita berada di Ramadhan kali ini pun cukup banyak syukur kena diucapkan. 


Maka, Jangan putus doa ini sepanjang Ramadhan:


‎اللَّهُمَّ بَارِكْ لنَا فِيْ شَهْرِ رَمَضَانَ وَ بَلِّغْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ وَعِبَدَةً فِيْهَا ‎


 ‎“Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan beribadah malamnya “


Untuk pagi ini, saya nak share apa yang sempat saya catat dari kuliah tazkirah pendek seusai terawikh di surau al amin malam sabtu lepas. Semoga kita tinjau balik kedudukan silaturrahim kita dengan adik beradik kita dan ukhuwah sesama kita.


*Ustaz Mohd Adlan*

*Surah Yusuf ayat 7-18*


Kisah nabi Yusuf as dalam al quran dijadikan ibrah sepanjang zaman. Ia nya bermula dengan perasaan hasad dengki adik beradik dan sangka buruk pada ayah sendiri. Ini kerana mereka merasa mereka lebih berguna dari Yusuf kepada ayah mereka. Nabi yusuf as dan bunyamin diberi lebih perhatian oleh Nabi Yaakob as kerana mereka masih kecil. 


Tajuk ini menekankan “silaturahim” yang mana kita kena jaga silaturahim dengan adik beradik sedarah yang nyata dan yang paling utama. 


Al wasil yang sebenar: Bukanlah orang yang kukuhkan silaturahim dgn ilmu kafiq, ( kita buat baik kepada orang yang hanya buat baik kepada itu), sesungguhnya yang benar hendak silaturahim, bila silaturahim terputus, dia mula mula buat gerakan untuk menyambung semula silaturahim..


Ibn abas - hubungkan silaturahim lebih hebat dari beriktikaf di atas masjid.


Dalam hal nabi yusuf, adik beradik merancang untuk bunuh nabi yusuf supaya ayah mereka lebih sayang pada mereka. Dengan niat selepas itu mereka akan bertaubat. Tidak dibenar kan merancang taubat kerana ianya seolah olah kita berhelah dengan Allah. Jadi dalam kisah yusuf ini, adik beradik bersumpah tiga kali untuk jaga nabi yusuf. Inilah kegemaran orang munafik,  mereka suka bersumpah. Kerana mereka tahu soft spot orang beriman adalah bersumpah. Sebab itu ketika di firnah hebat kena sabar. Sptmana yang berlaku kepada nabi yaakob dan aisyah


Lambat laun Allah akan dedahkan perkara perkara yang jahat.


 #Ayah tak boleh sayang sama pada anak tapi boleh berikan secara adil. 


Moga bermanafaat...


*akhir kalam...*


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, diisi dengan lebih banyak amal dan penghayatan. Dan semoga diberi kekuatan untuk bermujahadah dan istiqamah dalam beramal ibadah bukan sahaja di dalam bulan Ramadhan, malahan di dalam bulan bulan yang seterusnya sehingga bertemu kembali Ramadhan yang akan datang, jika diizinkan Allah.


Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua. Semoga kita juga direzekikan dengan bertemu malam seribu bulan iaitu malam lailatul qadar.


Insya Allah..


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Dari meja, 

*Ncs@seriminang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S