PkpYr2D38
*PkpYr2D38*
*BERMANAFAAT UNTUK ORANG LAIN & NOTA KULIAH USTAZ ZUL PANDAN: Dua Perkara Penting di Ramadhan.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Buat Mak ayah, ahli ahli, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Hidup akan bahagia bila kita produktif. Dalam Ramadhan ini sepatutnya kita akan lebih produktif, alasan lapar dan tidak boleh makan, boleh tolak ke tepi. Walaupun semalam tidak sempat ke pejabat, tapi dengan adanya teknologi terkini, banyak urusan pejabat dapat juga akhirnya diselesaikan.
Bertugas selaku perunding, kena berada diantara klien dan kontraktor. Kena apply, Padangan batin kena lebih dari pandangan zahir.
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sebaik baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain”.
Yang dimuliakan Allah ialah manusia yang sentiasa berbuat kebaikan yang memberi manfaat kepada orang yang di sekelilingnya. Semakin banyak manfaatan kita berikan, makin baik pula kedudukan kita di sisi Allah dan juga di sisi manusia.
Sebab itu tak kira berapa usia, berapa banyak wang di bank, apa status saat ini atau apa pekerjaan, yang kita nak kan sangat adalah bahagia dalam menjalani kehidupan. Nakkan bahagia, kita kena bahagia melihat orang lain bahagia. Tetapi jangan cuba samakan cara bahagia kita dengan cara bahagia orang lain.
Cukup dulu celoteh saya yang sebenar untuk saya diri sendiri meresapi semua nya. Ada yang baik nak dan boleh digunakan, sila lah..
Untuk pagi ini, saya sharekan nota dari Ustaz Zul Pandan dalam kuliah subuh pagi Ahad lepas. Moga dalam pada kita fokus ibadah puasa, kita tetap sedar setiap kebaikan yang kita buat kita tetap nakkan hasilnya di dunia dan akhirat. Bukan akhirat semata mata.
*Ustaz zul Pandan*
•*Dua perkara penting Ramadhan* (Part 1)
Islam ada dua : Bila kita beribadat dan berbuat kebaikan, kita harapakan mendapat habuan pahala di akhirat dan juga kebaikan habuan dunia juga.
#Kisah Atomi, barang korea yang dibawa oleh T. ismadi. Bila korea tahu nak jual barang di Msia kena ada cop halal. Hal ini usahakan oleh para para peniaga cina yang mohon persatuan muslim korea untuk mengeluarkan cop halal. Nak bagi pensijilan halal, persatuan dapat kutip
500k. Dari situ mereka boleh buat macam2 untuk aktiviti2 islam. Inilah maksudnya, bila berbuat kebaikan - dalam kes ini, pastikan makanan halal, dapat pahala di akhirat. Pada masa yang sama juga mendapat kebaikan dunia dengan bayaran setimpal.
Begitu juga kita puasa, kena ada dua dua kebaikan yang di raih natijah dari puasa: baik dunia dan juga baik untuk akhirat. Puasa ajar manusia supaya lapar, antara benda yang susah nak jaga adalah lapar. Ini juga ajar kita rasa akan kesusahan orang lain. Try to be in others’ shoe, mengakibatkan kita tak akan tindas orang lain malah kita nak bantu orang lain.
Dalam dunia, ada banyak bencana mengakibatkan manusia mati kelaparan. Di china pernah berlaku tahun 58, kelaparan sebab kan 43 juta mati disebab kerajaan hentikan rakyat menanam sebab tumpukan pada perlombongan. Hinggakan bahan makanan menyusut. Kerajaan tidak pernah rasa susah tiada ada makanan, sebab tu tiada tindakan dari kerjaaan hingga 43 juta orang mati. Manakala, di Bangladesh juga pernah berlaku kematian yang tinggi, Di Soviet dizaman Staling rampas tanah dari rakyat pada 1932. Sehingga tak de yang bercucuk tanam. Inilah akibat bila tidak ada feeling susahnya orang lain. Itu lah sebab nabi Yusuf as sentiasa puasa demi untuk pastikan rasa kesusahan orang susah.
... see you tomorrow, sambungan nota ustaz Zul Pansan.
*Akhir kalam..*
Walaupun saya tahu ramai yang tak baca apa yang saya postkan setiap pagi, tapi saya yakin dengan melihat secara batin, ini akan di jadikan suatu yang baik untuk saya raih di dunia dan akhirat. In shaa Allah, kalau tak ada rasa takabbur, riya’ dan ‘ujub dalam saya cuba menyampaikan, adalah kira kira disisi Allah disana nanti. Apa yang penting adalah dalam mencari bahan tulisan ini, saya kena mendengar kuliah, ianya membantu perbetulkan fikrah saya tentang Islam, Allah dan Rasul setiap hari. Doakan semoga saya istiqamah dan ikhlas. Selepas lapan tahun, tulisan pagi indeed banyak membentuk peribadi saya. Terimakasih Allah.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Ikhlas dari,
*ncs@seriminang*
Comments
Post a Comment