PkpYr2D39
*PkpYr2D40* -KISAH SOLAT TERAWIKH & BERSOLAT TERAWIKH @ DE PALMA HOTEL. Bersabarlah untuk beribadah, sebulan saja dalam setahun.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Buat Mak ayah, ahli ahli, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Bila di ajak berbuka bersama sama sahabat atau kawan atau teman walaupun tanpa keluarga, janganlah pandang sepi ajakan itu kerana ianya banyak mengubah aura hidup kita dek kerana kita menggembirakan sahabat yang menjemput. Kecualilah kalau ada hal yang tak dapat dielakkan. Pada masa yang sama, ketika hendak mula kan perjalanan ke majlis berbuka, betulkan niat. HANYA KERANA ALLAH. Lazimi lah dengan niat ini.
Abdullah bin Umar berkata; Rasulullah saw bersabda: "Penuhilah undangan ini, jika kamu diundang untuknya”
Biiznillah, menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, sabda Nabi saw: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya”
(Muslim)
Alhamdulillah. Lewat Sore semalam, selesai sedikit tugasan di Bangi, terus pandu merentas daerah ke daerah menuju ke De Palma Hotel Seksyen 19 Shah Alam kerana “keen” memenuhi jemputan sahabat mengajak berbuka di situ. Berusaha untuk tiba sebelum berbuka, agak lama tak pecut ketika memandu sejak peritiwa 19 Feb, terpaksalah pula memandu sedikit laju dari biasa tapi lesson learnt already, tak perlu gopoh gapah, laju tapi relax. Maka, Jantung terkawal, di kawal zikrullah ketika memandu. Tak banyak tapi ada buat. 630 pm dari Bangi, 715 pm dah tiba di depan hotel. Akhirnya. Alhamdulillah. Moga Allah melihat usaha ini sebagai satu amalan yang di tulis rakib untuk ditunaikan hajat saya pula. Buat baik, nakkan balasan dunia dan pasti biar di kira akhirat juga.
Semoga tautan ukhuwah ini adalah kerana Allah, berbuka beramah bersama. Syukur. Alhamdulillah juga. Seusai nya, terus terjah ke surau Hotel yang di sebut sebut memang menyediakan imam solat terawikh. Walaupun saya tiba ketika solat isya’ berjemaah sudah tamat, dan terawikh sudah bermula tapi saya “susun” semula untuk jadikan saya dapat juga solat isya’ berjemaah dan solat terawikh lapan rakaat tapi satu rakaat saja witir. Yang penting, saya tidak terkilan tinggalkan solat terawikh.
Benar, solat tarawih hanya solat sunat sahaja tapi biar lah kita lazimi perasaan rasa sangat rugi jika kita tidak mengendahkannya begitu sahaja. Bukannya setiap hari solat tarawih ada, sebulan sekali sahaja. Tambahan pula, banyak pula kelebihan jika kita menunaikan solat tarawih ini. Nak nak orang banyak dosa macam saya ini.
Waktu tarawih sebenarnya bermula dari solat Isyak hinggalah sebelum Subuh. Tapi saya khuatir kalau kalau di tangguhkan saya terus tertinggal. Seperkara kena tahu, tarawih tidak boleh ditunai kan selagi seseorang itu tidak solat Isyak dahulu.
“Barangsiapa yang mendiri kan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu." (al Bukhari)
Dalam satu tulisan, hadis diatas dikatakan cuba untuk menggalakkan umat Islam beribadah di bulan Ramadan termasuklah solat tarawih pada waktu malam. Satu yg
Istimewanya, mereka yang bersolat tarawih secara berjemaah mengikut imam sehingga selesai solat akan di ganjarkan seumpama seseorang itu menunaikan ibadah sepanjang malam!
Pernahkah kita jumpa orang yang beribadah sepanjang malam? Mungkin tak ada. Kebanyakan kita akan tidur penat selepas bekerja siang nya, lagi lagi di bulan puasa ini. Kepada yang memang solat Isyak di masjid surau, teruslah ikut imam solat tarawih. In syaa Allah, akan diberi ganjaran beribadah sepanjang malam, jika kita mengikut imam sehingga selesai solat. Katakan kita ikut imam solat tarawih lapan rakaat, kemudiannya, imam bangun sambung tiga rakaat solat witir tetapi kita tidak ikut, maka, kita tidak akan peroleh kelebihan tersebut. Satu pencarian menemukan saya dengan satu hadis dari Rasulullah SAW,: "Sesiapa yg berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang qiam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)." (Riwayat alTirmizi)
Semoga kita tidak termasuk dalam segelintir jemaah yang kadangkala meninggalkan solat witir bersama imam. Kebanyakannya, beralasan akan bangun malam sekitar pukul 3 pagi dan kembali melakukan solat sunat. Ya, memang benar witir penutup solat sunat. Dalam hal ini, sekiranya kita mengikut imam sehingga selesai solat witir, tiada masalah untuk kita bangun solat malam di rumah tetapi tidak perlu mengulang semula witir.
Satu lagi cara, kita boleh ikut imam sepenuhnya ketika tarawih. Namun, ketika imam niat melakukan solat witir, kita kena ikut juga tetapi niatkan kita solat sunat dua rakaat. Bila imam beri salam pada solat witir satu rakaat, kita bangun tambah lagi satu rakaat bagi cukupkan dua rakaat dan satu salam.
Cukuplah dulu saya berleter pada diri sendiri. Cuma pesan pada diri, jangan jadi orang rugi ketika ada di Ramadan.
*Akhir kalam..*
Jam 11, sampai rumah, rehatlah pula. Untuk bangkit buat satu lagi amalan soleh, iaitu sahur. Dapat tak dapat malam al Qdar bukan kerja kita tapi kerja kita adalah berusaha mendapat kanya. Untung untung terpilih menjadi ahli beribadat lebih dari usia bila di pilih jadi ahli al qadr, merubah nasib di seketika saat hanya tinggal amalan yang menjadi penentu.
Maaf pagi ini saya skip nota ustaz Zul Pandan. Teruja dengan kisah terawikh yang datang sebulan saja ini. Semoga kita tidak rugi di dunia dan akhirat tapi untung di dunia dan di akhirat.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Di Cuit oleh,
*Ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment