PkpYr2D40
*PkpYr2D40*
•RATIB KARIAH YANG CABUK dan juga Sebuah perkongsian nota ustaz Zul Pandan: nak dua dua hebat dunia dan akhirat.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Buat Mak ayah, ahli ahli, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Sabda Nabi saw: “ Sesiapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamal kannya maka dia beroleh pahala walaupun sudah tiada...."
Bersempena dengan setiap malam di bulan Ramadhan, selain pahala bersolat isya’ berjemaah, berterawikh, kita sama sama akan dapat juga pahala membelajari dan menyampaikan ilmu. Tapi ada kekhuatiran semua ini di ancaman di berhentikan, jika jumlah mangsa Covid tidak reda. Juga ada tanda yang tidak sihat, bilamana kita sudah pun berusaha secara macam samaada secara fizikal termasuk vaksin, pada masa yang sama secara batin juga tidak di lupa, solat hajat, berdoa. Namun, tiada tanda reda nya. Inilah yang amat merisaukan, apakah sudah terlalu banyak dosa dan maksiat yang berlaku diluar sana atau apakah tidak cukup kuat kita beramal makruf atau masih kurang kerja nahi mungkar, sehingga Allah mendatangkan ujian ini untuk kita? Renunganlah mana mana hamba yang taat sekalipun tidak akan terlepas dari bala, jika kita kira kita dah selamat hanya kerana kita kaki masjid atau surau tanpa pedulikan nak ajak orang lain ikut sama taat atau tidak ada rasa hendak menghalang kerja kerja maksiat diluar sana. Malah, kita pula sesama ahli masjid kononya selalu dengar majlis ilmu tapi tiada satu pun di amalkan. Yang sibuk di jaga hanyalah hubungan dengan Allah, tapi dalam hubungan dengan manusia, lintang pukang; malah, bermasam muka, tidak menegur berhari hari sesama ahli kariah, tidak ada usaha pun nak rapatkan jurang. Sudah solat, sudah lah itu saja, bermuamalat sesama jemaah memang ke laut dibuangnya.
Sedangkan assatizah selalu pesan: “Bukanlah orang yang kukuhkan silaturahim dengan ilmu kafiq, (kita buat baik kepada orang yang hanya buat baik kepada itu), sesungguhnya yang benar hendak silaturahim, bila silaturahim terputus, dia adalah orang yang mula mula buat gerakan untuk menyambung semula silaturahim..”
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ
Rapatkan saf, laung si iman setiap kali sebelum solat. Tapi jadi rutin sahaja tidak jadi amalan selepas solat. Kalau di ambil secara rohnya inllah seruan sepatutnya melahir kesatuan hati para mukmin.
Wallahu’alam. Maafkan saya teremosi pagi ini, kerana inilah gejala yang sudah banyak ada di masjid dan surau, dan dah ada sebelum gejala covid19 lagi.
Perkongsian pagi ini, jom kita terus teroka ajakan ustaz Zul Pandan yang mengajak kita mencari pahala untuk meraih kebaikan di dunia lagi bukan saja di akhirat nanti.
*[Ustaz Zul Pandan]*
•Dua perkara penting Ramadhan.
(Part 2)
•Islam ada dua : mendapat habuan pahala di akhirat dan juga kebaikan habuan dunia juga.
•Memberi adalah suatu kenikmatan. Apakah sifat memberi ini tidak ada pada orang bukan islam ? Mereka tak belajar hadis yang menyebut hal ini. Tapi rupa2nya, prof Patrik Stoke ada berkata - you can get something if you give something it can build well being life. Pada mereka ada purpose untuk hidup sebab nak beri pada orang. Ada buku kisah tahanan nazi, ahli keluarga semuanya mati tapi dia masih hidup walau di kem tahanan kena kerat telinga sekalipun, sebab dia bertekad untuk hidup nak sampaikan apa yang di lalui di kem. Banyak quote disini di ambil dari orang putih sebab kita nak tengok dari perspektif mereka yang tak nampak habuan akhirat tapi habuan keduniaan. Sedangkan, Islam nak kan habuan ke dua duanya.
“Human are very fragile creatures so we can live by giving and being generous”
Kita perlukan orang faham agama yang selalu move ke depan, bergerak kebaikan dunia dan akhirat.
Pemurah ada banyak kebaikan.
Wallahualam...
*Akhir kalam..*
Alhamdulillah bercuti bersempena hari Nuzul Quran semalam. Ada sedikit pengisian subuh oleh Ustaz Shukri Omar tentang al quran dari surah al waqiah. Semoga kita semua Kekal memelihara kemuliaan al quran.
Alwaqiah :77 - 79
إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ
Bahawa sesungguhnya (yang dibaca kan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
فِي كِتَابٍ مَّكْنُونٍ
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk makhluk yang diakui bersih suci.
Wallahu’alam
Barakallahufeekum
Wassalam
Dari kariah yang cabuk,
*Ncs@seriminang*
#HARISEBENARNYAD40
Comments
Post a Comment