Pkpyr2d53 - Selamat meneruskan
*Pkpyr2d53*
Selamat meneruskan kesinambungan Ramadhan.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Salam jumaatt pemuh kemuliaan di pagi 2 Syawal...
Alhamdulillah. Berlalulah sudah 1 Syawal 1442. Norm berhari raya yang baru kita semua lalui, beraya melalui VC, datang ke rumah hanya sekadar jenguk sahaja dan berborak di depan pagar rumah. Tapi kemeriahan hakiki tetap kita rasai. Jangan kita nafikan yang itu. Kerana inilah kejayaan kita. Yang paling utama, kita keluar dari Kolej Ramadhan dengan berbagai amalan dan ilmu untuk kita terus beristiqamah dengan nya.
Di doakan semoga mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik saya, ipar duai saya, saudara mara saya dan sahabat serta sahabat rakan taulan terpilih oleh Allah sebagai manusia yang kekal dengan segala amalan soleh yang di buat sepanjang Ramadhan sehingga akhir hayat.
Pada masa yang sama, kita jangan lupa kepada nasib saudara seagama kita di Palestine yang hebat di gembur oleh Yahudi laknatulllah. Tak ada apa yang mampu kita buat selain dari doa, jangan kita lupa untuk berdoa untuk kemenangan mereka. Allahuakbar!
Semalam pagi raya, kami anak beranak menunaikan solat adilifitri dirumah dan tajuk khutbah saya semalam adalah taqwa melindungi ilmu, amal dan iman. Semoga ianya menjadi wasiat saya pada ahli ahli saya. Itu sajalah antara peninggalan saya untuk mereka nanti selepas saya di kebumikan. Sungguh saya berpesan pada mereka untuk mencari hakikat taqwa disebalik ilmu, amal dan iman kerana dengan bertakwa sajalah mampu membentuk insan rabbani yang mampu menjarakkkan diri dari virus yang boleh merosakkan ilmu, amal dan iman seorang muslim.
Takwa - kita redha dengan Allah sebagai Tuhan kita dan tinggal segala larangan Nya, takut pada balasanNya, dan berbuat yang terbaik semampu mungkin segala suruhan Nya hingga akhirnya Allah redha kita sebagai hambaNya pula. Carilah wahai anak anak ku. Semoga terpeliharalah dari api neraka, bertemu di syurga dengan penuh kenikmatan yang tidak ada batasnya lagi. Aaaminnn...
Sebaik tamat solat aidilfitri semalam, maka hakikatnya selesailah sudah perayaanNya tapi kebiasaanNya kita di Malaysia akan terus meraikannya hingga sebulan lamanya.
“Hari Raya Aidilfitri: waktunya Takbir Mursalnya bermula selepas terbenam nya matahari pada malam raya, yakni masuk waktu Maghrib 1 Syawal hingga lah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri” ( Sumber Website Mufti WP)
Inilah syiar dan simbol agama kita yang hendaklah kita sungguh sungguh meraikannya sebagai tanda komitmen dan kepatuhan kita kepada Tuhan yang Esa.
Wallahu’alam
*Akhir kalam*
Selamat berpuasa pada yang memulakan puasa enam hari ini, semoga kita semua mampu teruskan kesinambungan Ramadhan kali ini.
Berdoalah semoga Allah terus terusan memberi kekuatan kepada kita untuk dapat mendidik nafsu kita untuk taat dan patuh kepasa titah perintahNya dan tinggalkan segala laranganNya. Semoga darjat ketakwaan sentiasa kita raih sepanjang masa dalam kehidupan kita.
Waalaikumsalam
Barakallahufikum
Wassalam
Salam Jumaat pertama dalam Syawal dari, *ncs@seriminang *
*ncs
Comments
Post a Comment