Pkpyr2d55 Syawal ke 4

 *Pkpyr2d55*

_Syawal ke 4/ Ingatlah kesusahan orang lain... 


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Yang di rahmati Allah Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...


Alhamdulillah. Masih diberi nyawa di pagi syawal ke Ahad, berkebetulan cuti di pantai sebelah sini. Walau pun tidak meriah seperti syawal yang sebelum sebelumnya, tqpi masing masing dari kita berbuat sesuatu untuk merasai syawal. Untung pada yang dah bermula dengan puasa kerana "biological clock" masih kuat bertahan seperti masih berpuasa. Semoga  sistem pencernaan terbela hasil dari puasa syawal ini. Aaamin.


Pada masa yang sama, pkp masih lagi membataskan pergerakan kita semua untuk berhari raya. Namun. apa yang pasti ianya juga memperlahankan pergerakan ekonomi keseluruhannya. Dalam pada ada yang bersenang lenang menyambut Aidilfitri, ada di kalangan saudara seagama berada dalam kedudukan keewangan yang meruncing. Kerana itu, perhatikanlah kiri kanan depan belakang yang dekat dan ada silaturahim dulu barulah lihat pada yang ada Ukhuwaf, untuk kita berusaha secara fizikal membantu mereka yang memerlukan. Tak perlu cari dalil lain albaqarah 261: Allah SWT berfirman: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia Nya, lagi meliputi pengetahuan Nya.”


Bersedekah lah sehingga rasa nikmat nya. Ini berkait dengan ilmu dan iman. Yakinkah kita dengan janji Allah.? Nak sampai level Uthman bin ‘Affan, Abdul Rahman bin ‘Auf atau sayyidina Abu Bakar AsSiddiq, tak tercapainya kita. Tapi berbuat lah sesuatu..


Sehari dua ini masih dalam mood raya dan pkp sop yang mana majls majlis ilmu masih sepi. Jangan lah pula kita sepikan diri kita dari ilmu. Demi satu bentuk kedamaian dan ketenaangan jiwa, carilah dan adakanlah taman taman syurga ini. 


Alhamdulillah. Jika terpilih lagi kita untuk duduk didalam majlis yang diturunkan sakinah, dilimpahi kurnia Nya dan juga dikerumuni malaikat Allah. Malah, dipuji oleh Allah dan para malaikat. Apa tah lagi selepas di bulan Al Quran Ramadhan.


*Akhir kalam..*


Pesan ustaz Aiman: dari surah Al jaasiyyah - semua manusia akan jatuh melutut di hari padang masyhar, nabi pun tak boleh kata selain ya Allah selamatkan kami. Itu nabi apatah kita. 

Nasihat nabi, “ selamatkan diri kamu dari api neraka itu dengan bersedekah walaupun secebis kurma” tak perlulah nak derna seluruh harta, samalah macam baca alquran, Allah lihat pada usahanya, yang penting ikhlas dan tak mengungkit. Sedekah akan menjadi salah satu  syafaat di hari akhirat nanti.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Ringkas dari, 

*ncs@seriminang*

#Sampaikan walau satu ayat

Comments

Popular posts from this blog