Pkpyr2d55 - Semanga...
*Pkpyr2d55*
-USRAH KELUARGA NCS: Semangat Palestine makin memuncak. Tapi jangan hanya branding saja.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Yang di rahmati Allah Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...
Alhamdulillah. Terimakasih Allah memilih kami, tanpa mengira darjat kami disisiMu, untuk kami sekeluarga terus meneruskan kesinambungan majlis ilmu kami iaitu Usrah keluarga Ncs yang kali ini tertumpu pada Palestine. Anakda kami di Amsterdam pun sempat juga untuk menyertai kami melalui VC ketika Open Mic. Kalau ikut ceritanya, ada juga di Deen Hag, satu perhimpunan yang protes tindakan si Israel menggempur Palestine. Tapi yang jadi peliknya, sekarang, pihak Palestine pula di tuduh menyerang isreal selepas pihak Hamas “retaliate” tempohhari. Ini semua adalah kerja media seperti FaceBook. FB yang di miliki Isreal telah menyekat fakta yang benar tentang perang Israel Palestine ini. Tetapi dengan kudrat kepakaran para para Muslim Cyber, serangan balas melalui Cyber telah diadakan dengan siarkan fakta yang benar tentang apa yang sebenarnya telah berlaku. Ruang cyber ini bukannya memaki hamun Isreal yang memang tak berbekas dengan maki hanun. Tetapi Serangan cyber oleh bawang cyber Malaysia - Indonesia telah tinggalkan kesan besar. Sehinggakan ianya melahir rasa simpati, lahir dari rasa humanity di kalangan para masyarakat antarabangsa, selepas mengetahui cerita sebenarnya. Inilah kehendak Allah yang memacakkan rasa simpati melalui humanity ini, yang akhir nya menzahirkan solidarity Islam.
Jangan abaikan faktor utama dalam kita membantu Kisah Palestine, samaada Cyber Attack atau derma, ia adalah kerana Islam. Humanity factor adalah suatu rasa yang Allah wujudkan untuk menghadirkan rasa gentar kepada musuh islam. Inilah Allah nak adakan antara sebab dan assabab.
Allahuakbar !
Allahuakbar !
Allahurabbi !
Saya selalu membayangkan, agaknya bagaimana tentera Islam diketika hadirnya imam Mahadi dan Isa as ketika bebaskan Masjidil aqsa dan seterus nya membunuh para Yahudi yang ketika itu akan berlindung di balik pokok Gharqad. Sedang kan ada yang berada nun jauh di nusantara bukan di timur tengah. Mungkin cerita ini adalah sebahagian daripada bayangan cerita masa yang akan datang. Aaminn
Berkebetulan dalam Usrah kami yang ke 34 malam tadi, kami mentadabbur ayat 159 hingga 164 surah al Imran. Antara ayat ayat yang amat terkesan buat kami relatekan dengan situasi di Palestine:
Al imran :160
إِن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalah kan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendak nya orang2 yang beriman itu berserah diri”
Ayat ayat ini semuanya sesuatu yang bersangkut paut dengan cara orang Islam berperang di perang Badar dan Uhud. Banyak ibrah dari kedua dua perang ini yang kita orang islam dah abaikan. Tahu tapi tetap tidak mahu beramal dengan apa yang telah di lakukan tentera Badar. Sedangkan, kita pun tahu bila Allah tidak bantu, maka jadilah seperti Uhud, tidak kalah tetapi kena berundur.
Nakkan Allah masukkan rasa takut dan gentar dalam hati musuh Islam, kita kena lah pastikan majoriti dari kita benar benar beriman dan bertaqwa pada setiap janji Allah. Susah ke atau senang ke, itulah observation yang menjadi tanggungjawab kita semua. Sehingga itu, kita semua akan tetap berada di kedudukan yang seperti yang kita ada sekarang.
*Akhir kalam*
“Ketika Tuhanmu mewahyu kan kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah orang orang yang telah beriman.’ Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir.”
(al Anfal: 12).
Kini jumlah kita ramai, tetapi kita macam sampah sampah sarap dan buih dihanyut oleh air. Hilang rasa hebat, gerun musuh pada kita.
Kita umat yang telah diberi kemuliaan dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan lain daripada Islam, kita ditimpa kehinaan. Sekarang kita boleh lihat kehinaan mula muncul kerana kita mencari kemuliaan dengan mengiya kan perbuatan dan juga penghinaan orang kafir.
Tahniah ahli ahli NCS, dalam tekanan berada dalam PkP, masih ada ruang untuk berUsrah.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Perkongsian oleh:
*Ncs@seriminang*
Comments
Post a Comment