Pkpyr2d57 - Dejavu Ramadhan...

 *Pkpyr2d57*

•Déjàvu RAMADHAN.


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Yang di rahmati Allah Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...


Masih terngigau ngigau dengan suasana siang hari Ramadhan, walau pun, hari ini, sudah genap seminggu Ramadhan meninggalkan kita. Ada beberapa occasion, terasa pelik melihat ada orang sedang makan di tengahari. Rindu suasana Ramadhan. Dan hari ini hari ke enam pada yang dah mula puasa Enam sebaik hari raya kedua. Esok adalah “hari raya” puasa enam. Pada yang masih belum memulakan nya, eloklah buat seawal mungkin, terutama di kala “feel of Ramadhan” dan “ biological clock” masih berada dalam “jet lag” Ramadhan. 


“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”
(Riwayat Imam Muslim)


Ini satu motivasi yang cukup kuat untuk orang yang banyak “lopong” puasanya seperti saya. Walaupun ada  perselisihan antara mazhab feqah mengenai puasa enam, kita ikut saja  Mazhab Syafie yang menghukumnya sunat sepanjang Syawal, sama ada berturut ataupun berpisah. 


Di dalam satu perbincangan mengenai  penggabungan niat puasa qadha dan puasa enam hari di Bulan Syawal, saya ada terbaca, ulamak menghuraikan:


“Menurut Imam Syarqawi adalah sah menggabungkan puasa sunat enam Syawal dengan puasa qada’ bulan Ramadan tetapi seseorang itu tidak akan mendapat pahala penuh seperti jika seseorang itu berpuasa sunat 6 Syawal berasingan dengan puasa qada’. Ini kerana penggabungan dua puasa ini tidak bertepatan dengan Hadis yg menyebut: “Kemudian dia mengikuti (selepas puasa Ramadan) dengan 6 hari di bulan Syawal.”


Iaitu puasa sunat dan Nabi S.A.W tidak menyebut puasa sunat dan qada’, Baginda hanya menyebut puasa sunat.


Kesimpulan daripada tulisan tulisan mereka mendapati bahawa puasa itu tetap sah, dibolehkan digabungkan niat. Cuma yang lebih afdhal adalah mengasingkannya. Iaitu mengasingkan puasa enam dan puasa qadha.


Wallahu’alam bi sowab. 


Apa apa pun rindu pada terawikh, rindu pada witir, rindu pada suasana sahur, rindu juga pada tahajjud syahdu pada 10 Ramadhan masih belum berakhir lagi. Mudah2an ianya kekal lah kita amalan ini semua kecuali terawikh. Mungkin sahur, boleh kita susun pada setiap isnin khamis pula. Ini semua nya bergantung kemampuan kita masing masing. 


Mulakan dengan niat, barulah kita akan boleh merealisasikannya pada perbuatan. Moga niat dahulu pun sudah ada pahala disisi Allah. Masih berbaki 23 hari untuk itu dan yang pasti, tiada “open house” hendak di rai, itulah kelebihan Syawal dalam MCO. 


*Akhir kalam..*


Nasib kita disana belum pasti, pada yang selalu bersama aktiviti yang bawa ada berada sejengkal dengan syurga, teruskan berdoa semoga Allah tidak membolak balik kan hati dan  tidak menarik balik hidayah. 


‎رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا


“Ya Tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami.” 


Kepada pendosa pula, jangan putus asa dengan rahmat Allah, macam macam Allah sediakan untuk kita kelebihan untuk kita recover, cuma kita nak buat atau tidak. Kalaulah sipelacur yang memberi minum seekor anjing yang kehausan di berikan nikmat syurga, apatah lagi kita yang masih utuh dengan Iman, cuma perlu tambah taqwa sahaja. Carilah hakikat ini. 


Yang pastinya, kita perlu tambah segala yang sunat untuk menjaga diri kita dari kebocoran yang wajib. Saya sudahi dengan satu hadis tersohor:


“Sesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di Hari Kiamat ialah solat. Sabda Baginda Saw, Allah berfirman kepada para malaikat Nya sedang Dia lebih mengetahui: Lihatlah pada solat hamba Ku ini adakah ia telah disempurna kan atau masih ada kurang? Sekiranya sudah sempurna, tulislah sempurna. Sekiranya masih ada kurang, Firman Nya: Lihatlah adakah ada pada hamba Ku itu amalan amalan sunat. Sekiranya ada, FirmanNya: Sempurnakanlah bagi hambaKu itu amalan fardhunya dengan amalan sunatnya, kemudian dikira amalan amalan dalam keadaan itu.” (Riwayat al Hakim)


Barakallahufikum 


Selamat meneruskan usaha untuk berpuasa enam. Semoga dengan puasa enam ini menjadikan diri kita sentiasa dilandasi dengan dasar takwa sehinggalah bertemu dengan Ramadhan pada tahun depan, insya Allah. 


Wallahu’alam 

Wassalam.


Secebis dari, 

*ncs@seriminang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S