Pkpyr2d58 - Zikr Lisan...

 *Pkpyr2d58*

~ Zikir Lisan dan Zikir SOP. Solat berjemaah lah di rumah dulu. 


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Yang di rahmati Allah Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...


Makin parah situasi covid 19, masjid dan surau diarah mengurangkan lagi jumlah kariah yang boleh datang ke surau. Dah balik seperti dulu semula, semua kuliah hanya dibenarkan ada di alam maya saja. Saya terpaksa buat keputusan pada ahli ahli saya, demi menjaga dari sebarang kemungkinan dihinggap covid19, untuk solat lima waktu semuanya akan di adakan di rumah sahaja. Seperti biasa, solat nya hendaklah dilakukan berjemaah walau di rumah. Semoga setiap amalan ini ada perkiraan disisiNya seperti mana yang seringkali kami lazimi. Semoga kita semua dilindungi Allah dan kita semua di beri pahala kerana berusaha melindungi diri dari wabak.


Tidak keterlaluan kalau nak dikatakan yang hukum mencegah covid 19 kini adalah fardu ain dan bukan lagi fardu kifayah; hanya  membabitkan pihak yang tertentu saja. Kita tak rasa lagi sakit nya si Covid bila singgah pada kita dan kita tak tengok lagi si covid ada dalam ahli kita. Mana yang dah kena, mesti beg to differ. Wallahu’alam.


*Nota Tasauf Berkaitan Covid & Sop*


Usahakanlah segala amalan dekatkan diri dengannya, semoga kita berada dalam perlindunganNya. Antaranya amalan berzikir. Positifnya, kesan berzikir akan merasai,  Allah sentiasa bersama ada melindungi kita. Bagi saya, zikir amat sinonim dengan para abid. Namun, di hujung hujung telinga kedengaran juga mereka pun dijangkiti COVID 19 ini.


Bukan tujuan mencari silap. Namun adalah lebih molek, jika boleh diperbetulkan sedikit kefahaman kita mengenai zikir. Paling tidak, kita faham yang dengan berzikir mampu mencegah COVID 19 insyaAllah.


Dari satu nota lama, Zikrullah difahami berasaskan tiga ilmu Islam iaitu tauhid, syariah dan tasawuf, tidak ia difahami sebagai maksud zikir jika ia hanya di lidah dan hati saja. Malah lebih dari itu, zikir dalam ilmu tauhid: mengEsakan Allah SWT walau di mana pun berada. Dalam ilmu syariah pula, seseorang itu dianggap berzikir jika dia ikut syariah ketika beramal. Bagi ilmu tasawuf pula, zikrullah ialah ketika hati seseorang hamba putus harap pada makhluk, dan bergantung harap pula sepenuhnya dengan Allah swt. Gerak geri hamba tidak ada upaya melainkan upaya Allah SWT.


Dari nota itu lagi, “KetahDengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”. (Al Ra’du, :28)] adalah benar jika zikrullah difahami merangkumi dari  tiga ilmu tadi.


Penerapan zikir dalam kehidupan kita ketika zaman COVID 19 ini sepatutnya difahami dengan penyelarasan dalam pelaksanaan SOP. Dalam maksud yang lebih mudah, ingat Allah adalah bersamaan dengan menjaga SOP.


“Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.” (Riwayat Bukhari, No. Hadith: 5771; Riwayat Imam Muslim, No. Hadith: 2221).


Dalam nota tersebut, ada diceritakan Nabi pernah didatangi sekumpulan orang dari Bani Thaqif untuk berbai’ah. Salah seorang mereka terkena sakit  berjangkit. Nabi pergi pada nya tanpa bersentuhan, “Sesungguhnya kami telah menerima ba’iah kamu, maka pulanglah” (Hadis Riwayat Muslim, No. Hadith: 2231).


Nota itu menyimpulkan, dari kedua dua hadis ini. Rasulullah SAW menjadikan jaga diri dari dijangkiti wabak adalah satu keutamaan. Penjagaan diri yang dimaksudkan ketika ini lebih diertikan kepada SOP. Hence, menjaga SOP itu adalah suatu sunnah Rasulullah SAW kerana Baginda sangat menjaga diri daripada dijangkiti penyakit berjangkit.


*Akhir kalam*


Oleh itu, pendekkan cerita, setiap yang disarankan dalam Islam akan menjadi ibadah jika dibuat. Setiap ibadah jika dibuat akan menjadi zikir. Setiap zikir jika dibuat, mendekatkan diri dengan Allah. Oleh itu, jaga kesihatan melalui SOP jika difahami berasaskan ilmu dalam Islam ini, maka ia sepatutnya boleh mendekatkan diri kepada Allah.


Selagi kita menjaga SOP selagi itulah kita dalam lingkungan sunnah nabi SAW. Jika tidak, seolah olah kita tidak mengakui keimanan Rasulullah SAW. Sedangkan Baginda lebih dahulu jaga SOP dalam keadaan hatinya sangat tinggi tawakal kepada Allah SWT. 


Amalan zikir secara lisan seperti :


‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


jika disynchronisekan dengan zikir  berlindung secara fizikal, in shaa Allah akan berfungsi dengan baik lindungi kita dari covid 19 kerana ia berpijak di bumi syariat yang betul.


Jika difahami betul2 perkara ini, saya rasa kita tidak akan confuse dengan arahan penjagaan SOP oleh pihak kerajaan. Sehingga terpaksa bersolat berjemaah dirumah, malah menjadi  suatu yang dituntut dan jadi sunnah dan zikir yang terlebih afdhal ketika serangan wabak COVID 19 ini. Ketika kita menjaga SOP, ketika itulah ingatan paling kuat kepada Allah SWT kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Perkongsian dari,

*Ncs@seriminang*

#Thanks to 𝐃𝐫𝐌𝐨𝐡d𝐒𝐲𝐚𝐤𝐢r.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S