Pkpyr2d59 - Solat Jumaat

 *Pkpyr2d59*

*SOLAT JUMAAT KEMBALI DALAM KENANGAN. Tiada bulan dan hari yang khusus untuk ibadah, setiap hari adalah hari ibadah. 


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Salam Jumaat buat yang di rahmati Allah Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...


Allahuakbar. Tiba di jumaat kedua selepas Ramadhan, walaupun banyak terbantut amalan termasuklah solat berjemaah jumaat dek si covid19, tapi sudah pasti tidak menghalang kita bersyukur pada Allah atas nikmat yang telah di berikan pada kita. Lebih lebih lagi pada tiga nikmat utama: Islam, kesihatan, kecukupan. Indeed, tanpa tiga nikmat ini, susah kita nak beramal.


Sepatutnya solat jumaat hari ini, kita raikannya dengan meriah, berpakaian serba indah ketika solat demi untuk menandakan syukur pada nikmat yang kita dah dapat, apatah lagi dengan rasa raya yang tidak dapat dilepaskan kemana pun, sama seperti mereka yang di Palestine sana. Untuk hari jumaat kedua di bulan syawal ni, mimpi masih tinggal mimpi. 


Meskipun dalam PkPD, di tambah pula pergi sudah si Ramdhan, namun janganlah sampai semangat ibadah kita mengendur. Kerana itu, Jumaat syawal ini sepatut nya kita jadikan momentum kesinambungan Ramadhan, carilah tempat dapat solat zohor berjemaah, instead. Kalau di pejabat bersama rakan pejabat, kalau rumah bersama ahli keluarga, yang pasti kita raikan jumaat. 


Keutamaan hari Jumaat tidak perlu saya nak tuliskan disini. Banyak hadis menyebut hari ini adalah hari dimuliakan Allah dan dikabulkannya hajat dan doa. Tinggal kita hendak buat atau tidak. 


Semoga kita tak melepaskan jumaat berlalu begitu tanpa kesan pada kita untuk di raih di dunia dan akhirat. Jangan lalaikan jumaat meskipun dalam PKP. Semoga syawal benar2 menjadi pengukur impak Ramadhan pada kita, tolak ke tepi Isu Covid 19.


Pada masa yang sama, sama sama kita perhatikan dalam pada kita utamakan jumaat, terutama dalam bab ibadah puasa. Dalam pengajian lama yang terdahulu, ada tercatat dalam nota saya: 


“Janganlah khususkan malam Jumat dengan solah malam tertentu yang tidak dilakukan pada malam lainnya. Janganlah pula khususkan hari Jumat dengan puasa tertentu yang tidak dilakukan pada hari  lainnya kecuali jika ada puasa yang dilakukan kerana sebab ketika itu.” (Muslim no. 1144)


Kita yang memahami akan keutamaan Jumat akan mengistimewakan hari ini dengan perbanyakan ibadah. Cuma janganlah sampai, kita hanya akan tahajud di malam Jumat dan puasa sunat di siang hari Jumat. Ini kerana Nabi saw tidak pernah mengajurkan demikian.


“Janganlah salah seorang di antara kamu berpuasa pada hari Jumat kecuali jika ia berpuasa pula pada hari sebelum atau sesudahnya.” (Bukhari no. 1849 dan Muslim no. 1929).


Dalam satu perbahasan, saya juga nak rakamkan disini berkenaan larangan ini: 


[Rasulullah saw melarang umatnya mengkhususkan malam Jumat untuk tahajud dan mengkhususkan siang hari Jumat untuk puasa. Oleh itu, selama orang yang puasa sunat Jumat tak ada unsur mengkhususkan hari itu untuk puasa, diperboleh kan. Itulah kesimpulan yang ditunjukkan dari pernyataan Nabi Saw di akhir ayat, 

“kecuali jika ada puasa yang dilakukan kerana sebab ketika itu”  dan “kecuali jika bertepatan dengan puasa yang hendak kamu kerjakan ketika itu.” Jika ada orang berpuasa di hari Jumat saja, bukan mengkhususkan hari jumaat, namun jumaat hari itu paling longgar baginya untuk berpuasa, insya Allah ianya tak makruh, dan boleh dilakukan."]


Dari keterangan di atas, tidak ada masalah kalau berpuasa Syawal hari jumaat, kerana ia bukan mengkhususkan hari Jumaat. Tapi hanya saatnya kena bertepatan dengan hari Jumaat.


*Akhir kalam..*


Sesungguhnya, tiada bulan dan hari yang dikatakan sebagai bulan atau hari ibadah, cuma yang ada hanyalah kelebihan bulan dan hari untuk kita dapat pahala berganda menutup segala dosa sedia ada. Hakikatnya, setiap hari adalah ibadah dan kita kena letakkan istiqamah dalam diri kita beribadah, walaupun sedikit. 


Apa apapun rasailah sedikit apa yang sedang di rasai  saudara seagama kita di Palestine, kalau kita disini tidak boleh berjemaah di masjid kerana si covid19, mereka disana pula angkara si laknatullah Yahudi. Jangan henti dari berdoa. Itu salah satu senjata kita. Cari saat saat makbul, walau siapa pun kita, yang selebihnya tinggallah pada Allah tentukan.


Selamat solat berjemaah zohor di mana mana sahaja. 

Jangan solat sendirian...


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Penulis:*ncs@seriminang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S