Pkpyr2d67 - Covid19
*Pkpyr2d67*
-COVD19: Yang seMakin mencengkam: Apa nak jadi bila dah 13,000 sehari. Self catious and lock down dan berSELAWAT PELINDUNG.
MALAYSIA BERSELAWAT.
NowSeeHeart : Selawat Pelindung Diri http://nasyidztube.blogspot.com/2011/07/nowseeheart-selawat-pelindung-diri.html#.YLKuZNj1hNY.whatsapp
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Yang di rahmati Allah selalu Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...
Semakin hebat dicengkam cobid19, tekanan makin hebat tapi tiadalah tempat berpaling selain dariNya. Maka, ingatlah, tiap diniihari Allah menunggu hamba Nya memohon pertolongan dan keampunan. Kepada yang bangun sujud melakukannya akan diberikan bantuan, kemaafan. Inilah perilaku hamba yang soleh, sehingga malaikat kagum. Jadilah insan mulia. Carilah siapakah kita disisiNya.
Setiap cubaan dan dugaan itu ada hikmahnya. Ucapkan syukur pada Allah yang maha Esa kerana masih menyayangi kita dengan dugaanNya. Allahuakbar...
tawassalna bi bismillah ,wa bil hadi rasulillah , wa kulli 'arifin billah ,wa ahlillahi ya allah, ya allah, ya Allah
syumusil huda, shuyukhil waraa , nujuu min nada, bihinn naslamu min kulli aza, bi qadrillahi ya allah
"Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah, Ya Allah. Ya Allah! Dgn perantaraan kaum yang mulia, cahaya hidayah, dgn perantaraan amalan kebaikan mereka, kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatan Mu, ya Allah"
Moga dengan membaca selawat ini akan menjadi assabab keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad buat yang mengamalkanya. In shaa Allah.
Ya Allah, aku hanya insan biasa yang mahu kebahagian dan kegembiran dunia dan akhirat bersama tersayang dan didoakan yang sama juga buat semua. Kasihanilah kami Ya Allah.
“Ya Allah, kepadaMulah kami berserah diri, kepadaMulah kami kembali, pada Mulah kami rindu, dan pada Engkau lah kami berhukum. Ampuni kesalahan yang telah kami lakukan dan yang sebelum nya, baik yang disembunyi kan mahupun yang dinyata kan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah. Pada Mu kami bertawakkal”
Aaaminn😭
*akhir kalam..*
Sebelum kita bersedih dengan kita atau ahli kita di hinggap si covid 19, marilah semua. Cukuplah dengan dengan penyaksian kita pada yang sudah terkena..
Carilah jalan untuk doa doa kita akan dimakbulkanNya. Inilah yang masih ada untuk kita selamat dari semua yang mendatangi kita. Dan jangan lupa berselawat pada nabi saw setiap kali berdoa, cukup cukuplah kita sama sesama bersengketa kata mengata.
Tutup buang ego kerana ini masa untuk bersatu...
Nabi Saw: “Doa seseorang itu akan terawang awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
Moga kita bukan orang yang paling kedekut hingga dijauhkan dari rahmat Allah membawa pada kehinaan yang memalukan, malah setiasa mengalami kerugian dan penyesalan yang selalu mendapat kesusahan. Dan yang paling lebih lagi, jadi kebingungan di hari kiamat, kesusahan di Mahsyar, yang akhirnya menjadikan kita ini ahli neraka. Hanya Kerana tidak pernah peduli hendak berselawat pada Nabi saw.
Malaysia berselawat, pergi lah juah jauh wahai sicovid 19, moga bahagia lah kita dan kembalilah kita semua pada Allah selepas di berikan semula saat saat dulu..
Rasulullah SAW: “Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafaku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.” (Riwayat Ibni Mas’ud)
Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dan begitu banyak manfaat daripada Allah Subhanahu Wataala disebabkan amalan bersalawat pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Wallahu A’alam Bissowab..
Barakallahufikum
Wassalam.
Dari Insan Lemah,
*ncs@seriminang*
#MALAYSIABERSELAWAT
Comments
Post a Comment