Pkpyr2d68 - Ciri2 ...

 *Pkpyr2d68*

•Ciri Ciri yang Mendapat RahmatNya

•Terimakasih Allah kerana bagi peluang bantu insan yang memerlukan. 


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...


Hidup yang dirahmati Allah dambaan bagi setiap insan. Dengan rahmat Allah lah, hidup terasa ringan seakan tanpa beban. Fikiran terang kerana Sang Pencipta akan menganugerahkan cahaya kepada akal kita. Teringat pula pada satu ayat dalam satu nota lama dari surah at tauba ayat 71: 


‎وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ


“Dan orang orang yang beriman, lelaki perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kejahatan; mereka mendirikan solat, memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”


Untuk itu sama samalah kita kekal menjadi orang yang suka menolong orang lain, suka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kepada yang mungkar, istiqamah mendirikan solat. tunaikan zakat dan taati Allah dan Rasul Nya. In shaa Allah, atas semua sifat-sifat seperti di atas, kita akan dibalas dengan syurga yang  dijanjikan. Aaaminn.


Alhamdulillah. Semalam, selesai fasa pertama, selepas sebulan lebih para para kedi di kelab Golf Impian tidak bekerja, saya dengan bantuan rakan rakan sekelab, memberi bantuan dalam bentuk makanan pada mereka. Terharu betul saya, sesampai di Apartment makmur mereka berkumpul semuanya, seramai 13 orang, menunggu  pengagihan makanan, walaupun apa yang saya berikan tidaklah seberapa. Lebih piliu lagi, ada yang berkata, mereka kalau ada “nescafe” pun dah cukup untuk makan. Sampai macam tu  sekali. 


Allahuakbar. 


Susah kita dicengkam perasaan resah tidak boeh bebas sepanjang Pkp, ada yang lebih resah kerana tiada makanan dan apa lagi di tambah tekanan tiada income kerana tidak dapat bekerja. In shaa Allah, saya sedang menyusun untuk bantuan fasa ke dua, dalam seminggu lagi. 


Apa yang saya paparkan diruan mg FB dan whatsapp ini, semoga tidak ada riya’, sum’ah atau takabur di hati, tapi hanya pemangkin untuk insan lain yang jauh lebih hebat dari saya samaada dari segi harta, kedudukan atau kerja kebajikan untuk sama sama bantu meraka yang kita ketahui susah diluar sana, nak nak dalam pkp begini. Itulah kelebihan yang Allah beri pada kita. Jangan lupa pada yang susah.


“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskan nya dari kesusahan kesusahan hari kiamat. Barang siapa yang memberi kemudahan bagi seseorang yang sedang dalam kesulitan, Allah pasti akan memberi kemudahan baginya di dunia dan akhirat. Dan barang siapa yang menutup (aib) seorang Muslim, Allah akan menutup (aib)nya di dunia dan akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hambaNya selama hamba Nya itu mahu menolong saudaranya.” (Muslim).


Terimakasih Allah kerana memberi peluang ini unruk saya, ahli ahli saya dan sahabat sahabat saya. 


Barakallahufikum. 


*Akhir kalam.*


Sepatutnya pagi ini, saya share nota kuliah subuh yang kami anak beranak duduk bersimpuh dilaman utama rumah mendengarnya melalui LiVe FB seusai solat subuh berjemaah semalam, tapi tak sempat nak edit sebab agak lewat terjaga hari ini, ada masaalah sakit tengkuk pula. Moga ada kesempatan lain untuk itu. 


Apa apa pun, al fatihah buat arwah bekas Mufti Perak yang selamat kembali ke rahmatullab semalam. 

Alfatihan dibaca. Semoga rohnya sebaris mereka yang beriman. 


Semoga Allah selalu membimbing kita untuk mendapatkan rahmatNya. Aamiin.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Catatan oleh,

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S