Pkpyr2d69 - Alhamdulillah...

 *Pkpyr2d69*

•ALHAMDULILLAH - LOCK DOWN. ala kulli haalin wa ni'matin


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...


Alhamdulillah. Dalam apa apa hall sekalipun kita di panjangkan umur dan masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. Hari kembali kita berada dalam sekali lagi “Lock Down”. Ala kulli ha, sama sama bersangka baik atas apa yang berlaku. Ok pun Alhamdulillah. Tak ok pun Alhamdulillah. 


Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang capai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini. Para assatizah sering bawa ayat ini: 


 “Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-Ku yang bersyukur.” (As-Saba’ : 13)


Walaupun ramai yang tahu, Allah SWT juga janjikan pada yang sentiasa bersyukur akan ditambah nikmat.


Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian Allah termasuk nikmat usia, sihat. harta benda, anak, keluarga, merasa kebahagiaan hidup. Begitu juga, bila diuji dengan kemiskinan, sakit, pendamic, masalah dan rintangan lain, hati tetap sabar bersyukur kerana yakin setiap sesuatu itu ada hikmahnya.


Dalam satu riwayat pernah saya terbaca, Rasulullah SAW menangis ketika tahajud, Aisyah bertanya: “Mengapa masih  menangis? Sebenarnya Allah sudah mengampun kan dosa mu yang terdahulu mahupun yang terkemudian. Nabi  SAW menyatakan: Adakah tidak patut aku dalam kalangan hamba yang banyak bersyukur?” 


Hence, syukur itu tidak terhenti hanya di dunia sebaliknya kena berkekalan hingga ke akhir hayat supaya terhindar daripada sifat kufur terhadap nikmat diberi.


Itu sebabnya, selaku mukmin kita selalu komit sambil ucap   al-hamdulillah 'ala kulli haalin wa ni'matin, segala pujian hanya milik Allah, atas segala keadaan dan segala nikmat...


Selamat ber “lock down”


Sedikit nota dari kuliah subuh Tokku: 


Dari Sheikh kadir Al jalani - semoga Allah merahmati beliau dan kita dalam barakah ilmu nya. 


Takdir Allah telah ditetapkan, wahai hambaku jangan meminta lebih. Qada’ nya sudah berlalu, tiada siapa boleh protes atas keputusan Nya - tidak boleh di tanya pada hal yang diputus kanNya, malah kita akan di tanya. Pada hakikatnya bukan taubat itu yang penting, istiqamah dalam taubat itu penting.


Takdir Allah di tetapkan? Sedangkan kita diajar berusaha. Dalam ilmu Allah, takdir dicipta sebelum makhluk di cipta. Tidak bermakna tidak perlu berusaha, malah Allah suruh kita keluarkan semua: usaha, doa, munajat dan akhirnya redha. Redha adalah kemuncak pada keimanan seseorang. 


Kita dah jaga Sop dan usaha macam2 ambik vaksin, tapi takdirnya kita nak kena juga. Tiada siapa boleh sekat takdir. Sptmana takdir umur dan mati nya kita, tiada siapa boleh nafi. Malam dan siang adalah takdir Allah. Ini realiti tak boleh ubah. Kalau kita buka lampu siang pun, kita tahu ianya siang. Walau hebat mana berusaha kita berjaya atau tidak itu adalah takdir Allah. Takdir Allah tidak melemahkn kita. Jika tidak salah faham konsep takdir. 


Jgn rasa hina jangan rasa sedih kerana kamu orang beriman kerana dapat menerima setiap ketetapan Allah.


In shaa Allah sambung esok.


*Akhir kalam*


Bukankah bagi seorang yang beriman, setiap keadaan, baik “menyenangkan” atau “menyusahkan” sejatinya terbuka peluang lebar mendapatkan pahala dari Allah?  Yakni dengan bersikap penuh syukur atas segala anugerah nikmat, serta bersikap penuh sabar atas setiap hal yang dipandang “memberatkan” dan “menyusahkan”.


Sama sama kita ber lock down demi untuk kebaikan ummah. Selamat sertai bacaan Yassin seluruh Malaysia pagi ini bermula jam 630 pagi ini.


Wallahu’alam

Barakallahufikum 

Wassalam 


Dari, *Hj NCS*

@seriminang.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S