WA100 - Tafsir Al Kahi Ayat7
MUTIARA DARI AL QURAAN
SURAH AL KAHFI
AYAT 7
Mafhumnya :
SESUNGGUHNYA TELAH KAMI JADIKAN APA YANG ADA DI BUMI SEBAGAI PERHIASAN, UNTUK KAMI MENGUJI MEREKA, SIAPAKAH YANG LEBIH BAIK AMALANNYA.
**********************************
Subhanallah, Ma Sya Allah, Allhu Akbar.
Segalanya yang ada di alam maya ini samada di langit, di bumi atau di dalam lautan, Allah jadikan sebagai perhiasan untuk manusia. Apabila dinamakan perhiasan sudah tentulah ia sesuatu yang cantik, yang mempesonakan dan tidak puas mata memandangnya.
Oleh kerana mata tidak puas memandangnya, kita akan jadi asyik dan leka. Ada orang yang menghabiskan masa berjam-jam lamanya dengan ayam, burung, kucing, ikan dan pelbagai lagi jenis binatang peliharaan kerana asyik dengan kecantikan binatang peliharaan mereka. Ada juga yang asyik dengan tanaman orkidnya, ati-atinya atau keladinya sehingga melewat-lewatkan solatnya.
Allah ciptakan semua yang cantik itu sebagai perhiasan supaya jiwa kita menjadi tenang, fikiran kita tidak kusut dan hati kita sentiasa ingat kepada Allah yang Maha Pencipta. Semuanya itu Allah tidak ciptakan dengan sia-sia. Begitu juga dengan diri kita, Allah ciptakan kita untuk beribadah kepadaNya.
Allah akan menilai siapakah yang lebih baik amalanya.
Comments
Post a Comment