Pkp.Year2.Day84 - Abu Hanzalah dan...

 [*Pkp.Year2.Day84*]

•Abu Hanzalah dan Abu Bakar Telah Munafiq??? Hanya kerana seketika bersama Rasulullah mereka rasakan seolah olah syurga dan neraka sangat hampir. Tapi dirumah meraka ketawa riang bersama anak isteri.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam pagi khamis, moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua kekal dijalan Islam walau kekadang kita terleka. 


Sama sama kita beriltizam berusaha dan mencuba perkasakan kehidupan kita hayati Islam sepenuhnya. Moga berhasil kita umat islam suatu hari nanti jadi 'khalifah' yang rahmatan lil aalamin untuk dunia sejagat berpaksi kan AlQuran dan alsunnah.   


Apa apa pun kemantapan ekonomi amat penting untuk merealisasikan wawasan ini. Ingat pesan nabi saw : 


“Hampir hampir kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qada dan qadar.” 


Kita yang dah senja ini, diharapkan sangat ada sifat hendak perkasakan hidup dengan Alquran dan sunnah serta juga nak perkasakan ekonomi agar terjaga jati diri Islam. Seterusnya ini akan menjadikan perbuatan lebih berkata kata daripada kata kata. Ini diharapkan sangat dapat mengubah nasib, puak  'belia' yang semakin tersasar dari mencintai perjuangan dalam membentuk negara umat Islam berpaksikan alquran dan hadis. 


Apalagi dalam keadaan sekarang di dunia akhir zaman, kita akan banyak dan mudah di pengaruhi hal hal dunia, meskipun kita akan ingatkan hal akhirat bila berada di majlsi majlis ilmu. Bukanlah nak sedap kan hati tapi saya nak bawakan satu kisah hasil dari cetusan  kuliah TokKu tentang Abu Hanzalah dan Abu Bakar yang menghina diri mereka sendiri dengan mengatakan mereka adalah munafik hanya kerana bila tidak bersama Nabi saw, meraka akan lupa hal hal akhirat. Ini akhirnya, membawa Abu Hanzalah dan Abu Bakar datang bertemu Nabi saw. Dan inilah yang di pesan nabi saw: 


“Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah. para malaikat akan bersalam dengan mu dan memberi salam pada mu di pertengahan jalan” 

- Muslim (2750)


Dalam satu kuliah saya ada mendengar para asstizah menyebut Imam Nawawi menjelaskan dari hadis ini, kita tidak dituntut untuk beribadah sepanjang masa. Kerana itu Nabi menjelaskan bahawa ada masa kita untuk ibadah, ada masa juga perlu untuk kehidupan dunia dan juga berhibur bersama ahli keluarga.


Kita ni sebagai manusia, memang iman kita ada turun dan naik. Malaikat saja yang imannya mendatar. Yang penting, sekiranya kita ada berbuat dosa, bertaubatlah, dan berusaha bersungguh sungguh untuk tingkatkan iman, kalau tak setanding para sahabat sekalipun tapi ada tahap rasai kerisauan dengan iman kita. Dan bila berpeluang untuk beribadat, buatlah penuh ihsan bukan hanya main main. Akhir nya, sematkan dalam hati dengan iman yang ada untuk sama sama beriltizam berusaha dan mencuba perkasakan kehidupan hayati Islam sepenuhnya.


*Akhir kalam..*


يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ


“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”- Surah al Baqarah (185)


Kita diberikan berbagai kemudahan dan Islam memang mudah tapi jangan permudahkan islam. Hebat nya para sahabat, walaupun mempunyai tahap keimanan yang sangat tinggi, mereka masih risau tentang tahap keimanan mereka!


Kisah pagi ini memberi peringatan pada kita bahawa di zaman tanpa Rasulullah SAW, umat Islam telah bertuhan kepada banyak perkara selain daripada Allah. Apatah lagi kita yang dipenghujung zaman dan dunia. Astaghfirullah Al Azim.


Marilah kita muhasabah dan perbetulkan diri, tak salah nak berurusan dunia, tak salah jika kita nak berhibur dengan ahli dan kawan kawan tapi salah jika kita tidak ada niat dan usaha untuk berpaksikan pada Al Qur'an dan alsunnah dalam memelihara kesejahteraan hidup dan jati diri kita. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum

Wassalam.


Tulisan Picisan, 

*ncs@seriminang*

Comments

Popular posts from this blog