Pkp.Year2.Day86
[*Pkp.Year2.Day86*]
“Lagi dari Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani Penulis: Sidi Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani: Jangan Banyak Bicara Tanpa Beramal (m/s 105)
Part 1
Sebarkan ilmu bermanfaat, semoga berpanjangan manfaatnya dan menjadi pahala yang terus kita peroleh walau selepas mati.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Di penjuru sebuah pagi yang serba hening ini, di doakan moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua menjadikan solat, amalan, hidup dan mati kerana Allah Ta'ala. Taqabbal ya Rab. Dari Allah kita diciptakan dan kepada Nya jua akan dikembalikan dan diperhitung kan segala amalan di dunia. Bantulah kami yang dhoif wahai Yang Berkuasa memberi petunjuk dan hidayah jalan kebenaran makrifahMu. Mengemis cinta Agung dari Allah demi menagih cinta Hakiki dari Nya..
Semalam pagi Jumaat, seusai solat subuh, terpilih oleh Allah akan kami sekeluarga untuk bersimpuh lagi di ruang tamu rumah, mendengar akan kuliah Tokku Padang Pasir syarah isi kitab Sheikh Abdul Qadir Al Jalani. Ia cukup berkesan selama 45 minit. Moga ramai lagi kalangan kita semua dipilih Allah untuk kekal dalam majlis ilmu biarpun secara online sepanjang PKP ini. Barakallahufikum...
Antara ayat ayat TokKu yang banyak memberi kesan pada saya adalah syaitan akan berusaha mengajak manusia untuk masuk neraka bersama nya, terutamanya golongan mereka yang beriman. Inilah hakikat sebuah kehidupan kita, yang mana kita ini semua berdepan nafsu, syaitan dan ujian Allah. Sama samalah kita pilih jalan terbaik untuk menghadapinya.
Surah Al-Baqarah ayat 208 : “Wahai orang orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”
Tak payah mana kita nak faham maksud ayat diatas tapi amatlah payah untuk kita lumatkannya ke dalam sebuah jiwa sehingga kita dapat bezakan suara bisikan iblis dengan suara hati kita. Inilah yang kekadang membataskan kita dari beramal dengan apa yang kita tahu.
Maka, untuk pagi ini, suka saya nak share catatan nota kuliah subuh semalam, semoga ada sedikit sesuatu yang mampu menjentik hati kita untuk beramal dengan apa yang kita ada.
“Jangan banyak bicara tanpa berimal. celaka baca al quran tapi tak beramal, celaka suruh orang lain tapi kita tak buat, sangat berat disisi Allah, mereka yang beriman tapi tidak percaya. Iman yang bermurah hati kerana wajah Allah. Nafsu bermurah hati kerana syaitan. Siapa yang sesat dari Allah akan duduk di depan manusia..”
“Ibrahim adham pernah di tanya, kami berdoa dan dalam allquran kami dimaklum mintaklah dengan Allah, Allah akan perkenankan tapi kenapa doa kami tidak diperkenankan. Jawab ibrahim, Ini adalah kerana: kamu kenal Allah tapi hak Allah kamu tak tunaikan, kamu baca Alquran tapi kamu tidak beramal dengannya, kamu mendakwa kamu cinta Nabi saw tapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya, kamu juga kata kamu laknat iblis tapi kamu ikut iblis, kamu suka bercakap tentang aib orang lain”
“Belajar hadis nabi, baca alquran dan suruh orang buat baik, larang orang buat mungkqr, tapi kamu melanggar seolah olah tidak ada ilmu dan tidak ada iman. Al imran ayat 187 - sifat yahudi yang dilaknat - buang ilmu ke belakang mereka. Sesat yahudi dan nasrani bukan tak berilmu tapi mereka membelakangkan ilmu. Ini juga akan berlaku kepada umat manusia malah orang islam sendiri yang setiap hari membaca ihdinasiro tolmustaqim, tapi tak buat apa yang patut dia buat”
Pesan Sheikh Abdul Qadir - “sesiapa yang kenal pintu Allah, dia akan duduk di pintu Allah. Allah akan datangkn apa yang kita kehendaki. Berbeza dengan manusia kalau kita berada didepan pintunya kita tidak akan dapat apa pun. Manusia berkawan semuanya ada syarat. Kalau berkawan tapi dia tak bawa ke jalan Allah kita tidak boleh berkawan dengannya”
“Kata ulamak - semua manusia mabuk (ikut nafsu - leka, ikut marah, mabuk marah, hingga hilang akal dari ingat Allah), melainkan ulamak, tapi ulamak semuanya kebingungan kecuali yang beramal umpama Orang yang ada kenderaan tapi tak nak naik”
“Hari akhirat kelak, ada sekelompok manusia di campak ke neraka dengan perutnya terburai, mereka di kelilingi isi perut. Masa itu ahli neraka akan kenal mereka ini sebagai orang yang sampai kan pesan dan ajaran tapi tak beramal dengan ilmu itu”
In shaa Allah, kita sambung lagi nota nota ini.
*Akhir kalam*
Jom sama sama teruskan mencari peluang peluang untuk bersama majlis illmu walaupun dalam pkp begini.
Duduklah dalam majlis ilmu walaupun online semoga kitaa akan tetap kekal dipayungi malaikat,
Sebarkan ilmu bermanfaat, semoga berpanjanganlah manfaatnya dan ada pahala yang terus kita peroleh walau selepas mati.
Barakallahufikum
Wallahu’alam
Wassalam.
Catatan Picisan,
*ncs@seriminang*
Comments
Post a Comment