Pkp.Year2.Day87 - Part 2: Kurnia Rabbani...

 [*Pkp.Year2.Day87*]

•Part 2: Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani, Syeikh Abdul Qadir Jailani: Jangan Banyak Bicara Tanpa Beramal. 

•Jom, Kira usia maksima kita hidup di muka bumi. 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam Ahad yang hening ini, moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan sentiasa dahulukan Allah dan utamakan Nabi dalam susun juzuk2 kehidupan, moga bila tiba saat hujung nyawa kita sepertinya disediakan walau kita tidak bersedia. 


Semakin kita melepasi sebuah hari, beerti kita semakin dekat dengan mati. Logik akal sering di gunakan dalam menentukan corak kehidupan kita. Pagi ini, saya tiba tiba teringat kepada satu formula tidak rasmi yang pernah di kemukakan oleh Prof Kamil dalam salah satu  ceramahnya. Formula itu adalah cara mengira umur maksima yang boleh di capai dalam kehidupan seseorang berdasarkan pada usia ibu dan ayah kita. Katanya, ianya berdasarkan umur ayah dan ibu kita ketika saat mereka di jemput menemui Allah. Ianya di campur dan dibahagi dua. 


Syukur pada Allah, kerana menjadikan saya antara anak anak yang tidak pernah tidak mendoakan kepada kedua arwah ayah dan “mek” saya, juga mertua  yang sudah berada di barzakh. Arwah ayah neninggal di usianya 80an. “Mek” pula lebih awal diketika awal 70an. Jadi secara puratanya, saya mengambil kira, saya akan maksima hidup hingga 80an, kalau tidak pun, akan hanya setakat di pertengahan 70an sahaja. Tidak lah dapat di tolak, mati lebih awal lagi, itu semua ketetapan Allah. Yang ternampak sekarang, di usia yang ada sekarang, dah pun 50, kalaupun di ambil masa maksima yaitu 80an, saya hanya ada baki 30 tahun sahaja lagi untuk hidup. Kalau nak di kira dengan 50+ tahun yang saya dah lalui, dan ianya terasa singkat sangat, apatah lagi kalau 30 tahun. Ertinya, sudah tidak lama lagi saya di dunia ini. Apa yang tinggal hanyalah, amalan soleh yang hendak di himpun, belum tentu selamat kerana belum kira hari hari dan saat saat yang berdosa. Maka, sama sama lah kita berusaha untuk merealisasi kan apa yang kita ucap dan apa yang diamalkan. Moga  datanglah saat selamat untuk kita di matikan Allah assebab kita kotakan apa yang kita kata. Moga benarlah kita, menjadi pendosa yang akan syurga. 


*Part 2: Syarah Tokku Pasir Gudang*


“Kenapa kamu kata tahu tapi kamu langgar, TAK MALU KE? ilmu itu adalah iman (amal), iman jadi kuat kerana beramal. Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh tidak akan rugi”


“Bandingan ilmu tak di amal, umpama harta tak dibelanja ke jalan Allah”


“Bisikan ilmu adalah bisikan malaikat, setiap ilmu ada malaikat menjaga nya. Setiap kali kita beramal dengan ilmu itu, kita akan di tawarkan lagi oleh malaikat, sebaliknya kalau kita tinggalkan, tiada lagi bisikan itu...”


“Maka, kalau ada ilmu tak diamal, ingatlah pesan nabi saw saat nabi melihat golongan ini ketika isra mikraj, mereka menggunting bibir dengan gunting dari neraka. Allahuakbar”


“Pada yang ada ilmu, ilmu itu akan setiap hari berbisiik pada nya, buatlah, buatlah dan ini akan terus berlaku jika dia beramal, tapi kalau dia tak beramal bisikan ilmu itu akan hilang... “


“Orang beriman ambil dunia akan ambil dengan bersyarat.”


In Shaa Allah bertemu lagi untuk Part 3 esok. Dalam bab Jangan Banyak Bicara tanpa Amal syarahan Tokku. 


*Akhir kalam*


Walaupun mati itu pasti, hidup perlu diteruskan. Setiap kehidupan ada rintangan dan dugaan. Setiap dugaan ada hikmah disebaliknya. Sebagai hamba Allah kita perlu redha dengan ketentuan NYA. Terus sabar. Terus usaha dan teruskan hidup hingga hujung nyawa. Jangan lupa untuk selalu dahulukan Allah swt dan utamakan Nabi saw, moga detik tiba saat kematian kita sentiasa bersedia walaupun kita pendosa.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Ikhlas dari, 

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog