Pkp.Year2.Day88 - Part 3 (Akhir): Pesan
[*Pkp.Year2.Day88*]
•Part 3 (Akhir): Pesan Syeikh Abdul Qadir Jalani: Jangan Banyak Bicara Tanpa Beramal. Syarahan Tokku PG. Jom ceriakan pagi Isnin.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Di doakan moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua berada dalam lindungan Allah. Selamat pagi Isnin.
Biasanya, sebelum adanya si covid 19 ni, bila tiba hari Isnin di negeri yang baru bermula kerja, ramai yang rasa bosan nak mulakan hari bekerja ini. Begitu juga pelajar. Maklum lah, dua hari sakan berehat tambah tambah lagi dalam Pkp begini. Inilah kesan bila seronok berehat di rumah.
Sama sama kita jadikan hari Isnin tidaklah memboringkan sangat. Kita perlu bersedia secara mental dengan bangun seawal pagi hari isnin ini, dan dirikanlah solat subuh berjamaah bersama ahli di rumah kerana Masjid masih tutup untuk kita tunai kan berjemaah di rumah Nya. Cuba elak dari sesuatu yang boleh membangkit kan rasa marah di pagi hari walaupun ada kerenah2 ahli dan hati sendiri di pagi hari tapi sabar dan anggaplah ini amanah dan ujian Allah. Dalam hati selalulah berbisik "Aku bersemangat dan ceria hari ini!” Mulakan hari dengan
mengalunkan al Quran atau dengar alunannya. Ukirkan senyuman kepada ahli ahli dirumah pada yang WFH dan pada yang bekerja di pejabat cubalah senyum ketika di tempat kerja. Pada masa yang sama berdoalah agar Allah kurniakan semangat sepanjang hari.
Mudah mudahan usaha usaha kita awal pagi ini membantu kita untuk sentiasa bersemangat di awal pagi isnin.
Selebihnya sentiasalah dahulukan tugas wajib kita kepada Allah swt dan dalam menelusuri hidup sematkan amalan amalan sunnah yang diajar nabi saw. Janganlah bertangguh dalam urusan dengan Allah dan beramal dengan sunnah Nabi saw. Harapannya, andai tiba saat kita di jemput secara tiba tiba bertemuNya, kita sudah tunaikan tanggungjawab kita padaNya dan juga telah ada amalan sunah Nabi yang di tunaikan yang jadikan kita orang berilmu dan beramal dengannya. Sekali gus ianya juga akan merealisasikan apa yang kita bicarakan kata kata kita cinta pada Allah dan RasulNya. Siapapun kita...
*Part 3 (Akhir): Jangan Banyak Bicara Tanpa Beramal. Syarah TokKu PG*
Orang beriman ambil dunia akan ambil dengan bersyarat
“Ada ilmu ini satu nikmat dan lazat, ada yang di tanya kita mampu jawab, dan ilmu yang kita amal akan jadi nikmat di akhirat, kalau tak beramal maka akan tinggallah lazat itu didunia saja”
“Kata ulamak - antara tanda ilmu diangkat adalah ianya tak diamalkan”
“Hadis nabi saw - bandingan orang yang mengajar orang lain tapi dia sendiri pun tidak beramal dengannya, ianya umpama lilin membakar diri sendiri tiada manafaat”
“Duduklah dalam majlis ilmu walaupun online, in shaa Allah kita akan tetap dipayungi malaikat”
“Pesan sheikh Abdul Qadir - Celaka engkau menganggur kat rumah, tak mahu buat ibadah. Jangan tunggu datang musibah baru nak ingat Allah. Hampirilah Allah sewaktu senang kamu, Allah akan ada pada waktu susah kamu. Hampiri Allah Kenal Allah, Bermesra dengan Allah, nescaya kamu tidak akan ditinggalkan Allah saat susah kamu”
*Akhir kalam*
Syukur alhamdulillah dapat kongsi kupasan ilmu pagi ini, terkait dengan kehidupan kerana Allah SWT secara holistik. Beautiful but sad dengan persoalan sejauh mana pula kesungguhan kita melaksanakannya. Jangan kita tinggalkan persoalan ini tanpa menjawabnya.
Jangan sesekali tinggal Allah kerana bila dalam kesusahan tidak malu untuk meminta pertolongan Nya. Semoga Allah memberi pertolongan apabila dalam kesusahan. Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Dari,
*Ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment