Pkp.Year2.Day90 - Kiriman Untuk Ibu Ayah ...

 [*Pkp.Year2.Day90*]

•”Kiriman Untuk Ibu Ayah Di Alam Barzakh”, Sandarkan pada hadis yang sahih. 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat serta sahabiah dan rakan taulan..


“Ayah dan Ibu, ayah dan ibu, itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari”, ini antara bait bait lirik lagu dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang jelas mengingatkan kita  permulaan hidup setiap dari kita.


Alhamdulillah. Lebih terasa damai bila malam tadi usai berjemaah maghrib, bukan bersandar mana mana hadis tapi yakin dengan janji satu sabda nabi saw, : “Sesiapa membaca satu huruf dari 

alQuran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu  kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”, kami sekeluarga bersatu dengan ahli keluarga di JB, kluang, Puching dan Perth, bertemu secara online, membaca surah yassin dan berzikir tahlil dengan niat kami sedekahkan semua hasil bacaan kami kepada arwah ayah kluang yang cukup 10 tahun semalam 22 June berada di alam barzakh. 


Hadis tersohor : “Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala gala nya kecuali tiga perkara: anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat”


Pada masa yang sama juga, setiap kebajikan hasil bacaan yassin dan zikir tahlil malam tadi juga kami sedekahkan pada mak ayah setiap dari kami yang ada bersama semalam, semoga ianya menjadi kiriman kepada mak ayah kami yang meninggal dunia dan yang menunggu nunggu “kiriman” daripada anak anak setiap hari. 


Saya pernah mendengar dalam satu ceramah, ada Ustaz bersetuju dengan pandangan yang pahala bacaan boleh sampai pada si mati dengan izin Allah swt seperti pandangan jumhur Mazhab Shafi'e dan juga  kebanyakan Mazhab Maliki. Ulama kontemporari yang juga turut membenarkan perbuatan ini ialah Prof Dr Muhammad Said Ramadan al Booty dalam bukunya Ma'a al Nas, kata ustaz. Hujah akal yang diketengah kan ialah kedudukan pahala adalah hak milik mutlak sisi Allah. Tiada sesiapapun di dunia ini boleh menentukan sama ada pahala seseorang itu diterima atau tidak.


Semoga hadiah kami sampai kepada mak ayah kami.. 


Namun, kita orang Islam khususnya di Malaysia, jangan sesekali menetapkan hari tertentu membacakan ayat suci al Quran seperti hari ketujuh, 40, 100 kerana ia termasuk dalam amalan bidaah yang terlarang. Apa yang telah kami lakukan semalam, beriktikad kan pada hadis “ satu huruf daripada alQuran satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali..” dan semua kebajikan itu kami sedekah kan pada arwah arwah kami. 


Untuk pagi ini, saya sepatut nya share satu nota yang di syarah oleh Ustaz Aiman, berkenaan nikmat yang Allah telah sediakan pada manusia  semua tapi kita sering lupa, tanpa nikmat nikmat ini, kita tak mampu hidup pun di dunia ini. Inilah asas pada segala nikmat lain. Tapi selepas tulisan pagi sudah pun menjangkau sepanjang ini, maka saya tangguhkan nya keesok hari. Jumpa esok untuk nota SEJARAH PENCIPTAAN...


*Akhir kalam..*


Jangan ambil mudah dengan istilah anak derhaka. Sangka kita ia hanya berlaku semasa makayah masih hidup. Tapi ada dalam satu nota, saya diingat kan bahawa, kita tetap boleh dianggap anak derhaka walaupun ibu bapa kita dah meninggal dunia. Nauzubillahimin zalik.


Mak ayah yang telah meninggal dunia ini menunggu nunggu “sesuatu” dari anak anak mereka setiap hari. Namun, malang seribu kali malang, apa yang ditunggu tidak kunjung tiba malah seksaan demi seksaan diterima dek kerana perbuatan anak anak derhaka. Anak anak yang meninggalkan segala suruhan Allah yang diajar oleh mak ayah sewaktu hayat mereka dan Harta pusaka yang tidak diurus ikut syariat menjadi penyebab anak dianggap derhaka.


Sesungguhnya,  amat sedikit hamba Nya yang bersyukur. Terutama pada mak ayah sendiri, pun belum cukup dihargai dan disyukuri. 


Ingatlah! Kejayaan kita hari ini adalah kerana kasih sayang Allah menjaga kita melalui penjagaan dan cinta dua insan berjiwa besar yang dipanggil : “ibu, ayah, mummy, daddy, ummi, baba, walid, mama, papa, abi”


Allahuakbar! 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Ikhlas dari, 

*Ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog