Pkp.Year2.Day91 - Sejarah Penciptaan...
[*Pkp.Year2.Day91*]
•Nota Sejarah Penciptaan.
•Jadikan Yang Mubah sebagai Ibadah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam khamis buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan..
Alhamdulillah. Yesterday was just another Remarkable day. Done for 2nd Dose of Pfizer at Hukm by “Drive through”. Moga ini juga akan diterima sebagai satu ibadat. Salute to HUKM atas kejayaan team menguruskan urusan vaksin secara “drive through”.
Puas hati bila setiap yang dilakukan di niatkan sebagai ibadah. Cuma yang risau bila ibadah yang wajib pula tidak membawa ketenangan. Tapi Untung jika menyedari awal keadaan itu. Inilah sebenar nya hikmah muhasabah diri agar kita selalu mencari jalan
memperbaiki hubungan kita dengan Allah swt.
Memang adakala perasaan jauh dari Allah ada mengusik jiwa. Eloknya, cari penawar bersungguh sungguh ketika berpeluang menunai kan perintah Allah. Paksa diri dengan penuh kesabaran ketika itu serta yakin dengan janji Allah kepada orang orang yang ikut perintah Allah. Biarlah tahap mana pun kita.
Awal pagi ini, untuk kita lebih sedar betapa sayang Allah pada kita dengan di sediakan segalanya untuk kita. Untuk itu, kita ikuti syarah Ustaz Aiman dalam tajuk “ Sejarah Penciptaan”.
*Sejarah penciptaan*
•Ustaz Aiman - kuliah subuh Online.
Penciptaan manusia, bumi dan langit. Ini berkaitan dengan ayat 1-20 ( tiga golongan manusia). Dalam al fatihah pun ada disebut tiga golongan manusia. Diikuti dalam albaqarah, perincian pasal tiga golongan dalam ayat 1-20. Apakah sebelum penciptaan manusia?
AlBaqarah:21
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai sekalian manusia! Beribadat lah kepada Tuhan kamu yang telah mencipta kan kamu dan orang orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu (menjadi orang orang yang) bertaqwa”
Seruan ini ditujukan kepada sekalian manusia termasuk Ketiga2 golongan manusia: Muttaqim, kafirin dan sesat.
Nikmat besar yang Allah beri kepada manusia adalah kita diciptakan.
Manusia akan terpecah dua selepas itu di sebut dalam Albaqrah ayat ke 26. Kufur ada dua - kafir dan munafiq. Semua manusia datang dari Adam as.
AlBaqarah:22
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu adakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)”
Allah sebut dua bentuk nikmat dalam ayat ini. Dalam ayat 21. Nikmat yang telah siap Allah letak pada batang diri manusia dan dalam ayat 22, disebut hal nikmat yang ada pada sekeliling manusia. Nikmat bumi di hamparkan, langit di binakan, Hujan juga diturunkan dan ditumbuhkan pokok untuk dijadikan rezeki makanan pada manusia. Nikmat bumi diberikan simbolik manusia ada diberikan tempat tinggal. Dan tempat tinggal adalah suatu keperluan asas manusia. Surah Toha ayat. 53 pun ada sebut tentang bumi sebagai hamparan atau buaian yang selesa bagi manusia. Allah tak letak kita di marikh ataupun matahari. Al Ghafir ayat 64 juga, bumi sediakan bumi tanpa ada gempa atau tsunami, hingga akhirnya manusia sendiri yang melakukan kerosakan. Surah ar rom sebut manusia. Al muilk ayat 15, bumi dijadi kan tempat mudah untuk diambil keperluan - minyak, emas, tumbuhan dan buahan serta lain lain. Surah Noh ayat 19, bumi dijadi kan pernaidani yang bersifat besar dan untuk ramai manusia, tapi ramai mana pun tapi boleh dimuatkan manusia. Semuanya pada asalnya Allah ciptakan bumi aman sentosa tapi kerakusan manusia merosakkan semua.
Langit dijadikan nikmat kedua manusia dengan diberikan binaan dan struktur yang tersendiri. Surah Alanbiya ayat 32, langit dijadikan atap bumbung yang terpelihara yang melindungi manusia. Bumi dan langit menjadi satu nikmat yang lengkap untuk manusia untuk tinggal dan dilindungi.
Nikmat seterusnya adalah air hujan turun dari langit yang menghidupkan tumbuhan yang menjadi nikmat makan minum.
Inilah hakikat kehidupan manusia yang bekerja siang malam untuk tempat tinggal, perlindungan dan makan minum. Tiga nikmat ini diberikan Allah telah sedia ada tapi jangan terlupa yang semua nya datang dari Allah, dan Allah menjaminkan kehidupan manusia bukan lah benda lain spt duit.
Dihujung ayat 22, Allah swt menyatakan supaya manusia tidak lupa Allah yang telah sediakan semua. Tugas kita tidak sekutukan pada Allah dan beribadat pada Nya.
Allah ciptakan manusia dan diberikan akal, tenaga dan macam macam pada manusia sendiri. Allah ciptakan pula semua tumbuhan dan Rezeki sekitar manusia. Manusia kena usaha untuk dapatkannya.
Seterusnya Allah memberi ancaman pada manusia yang tidak sedar akan nikmat nikmat yang ada adalah dari Allah.
Sama sama syukuri nikmat Allah dan jangan syirik pada Alllah.
*Akhir kalam..*
Segala apa yang dilakukan di dunia ini akan menjadi bekalan di dunia dan akhirat. Maka tiada satu pun yang dilakukan adalah sia sia melainkan semuanya memberi nilai. Maka tiada satu pun yang kita lakukan tidak akan menghasilkan sesuatu.
“Orang yang pandai, dia jadikan amalan mubahnya menjadi ibadah. Adapun orang yang lalai, ia jadikan amalan ibadahnya menjadi sebatas kebiasaan (‘adaat).”
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Dari,
[ncs@SeriMinang]
#Nota: Mubah atau harus adalah salah satu daripada hukum Islam. Mubah adalah perkara yang tiada dosa jika ditinggalkan dan tiada pahala jika dilakukan. Seperti: Makan, minum, bersiar siar dan sebagainya.
Comments
Post a Comment