Pkp.Year2.Day93 - Nota kuliah online bersama Ustaz ..
[*Pkp.Year2.Day93*]
#Sharing is caring.
#Nota kuliah online bersama Ustaz Najib Taha : Kelebihan Zikir/Zikir paling afdhol / Part 1.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sabtu, moga hari ini Allah swt permudahkan segala urusan kita. Selamat bercuti dari kerja dari rumah buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah dan rakan taulan..
Mubarak’alaikum pada yang telah selamat meninggalkan hari mulia Jumaat dengan macam macam kerja kerja soleh. Pada yang melalui hari semalam dengan negatif, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah.
Alhamdulillah. Pagi semalam seusai subuh, dapat sekali lagi bersama anak dan isteri bersimpuh didepan tv yang disambung ke youtube surau al amin untuk kuliah online bersama ustaz Najib Taha. Sudah agak lama juga tidak bertallaqi dengan ustaz Najib. Yang penting, ada juga input mendidik hati. Moga ianya menjadi ilmu untuk di amal dan dikira sebagai usaha untuk dekat padaNya.
So, pagi ini, sharing is caring.
[*Ustaz Najib Taha*]
•Kelebihan Zikir/Zikir paling afdhol / Part 1
Peluang beruzlah dan berkhalwah pada Allah bilamana pkp ini. Tanpa ada pkp, kita akan tersibuk. Kini kita mencari apa yang nak dibuat dalam pkp selain dari jaga solat kita.
Amalan orang soleh mereka akan jaga 40 rakaat setiap hari, fardhu ada 17 rakaat, solat rawatib muaakad ada 12 rakaat, 8 rakaat solat malam (tahajjud, hajat, taubat), 3 lagi adalah witir. Kalau hitung amalan lain, boleh buat lebih lagi kerana ada dhuha dan isyrak lagi. Dan sesungguhnya jika kita ada 50 waktu kita mampu sebenarnya. Tapi atas kasih sayang Allah kita cuma kena buat 5 waktu yang wajib.
Itu bab solat. Bab zikir pun tidak kurang juga. Jika ada zikir tertentu sekalipun, amalkanlah zikir zikir biasa yang kita selalu dengar. Selain dari itu baca quran. Mohonlah kita di mudah kan Allah untuk baca quran setiap masa siang malam seperti dalan doa khatam quran. Dan baca quran ini adalah rezeki dari Allah juga. Jaga lah pancaindera kita dan makan kita dari perkara maksiat semoga kita tidak diberatkan Allah utk amalan soleh ini.
Zikir paling afdhal adalah afzalul zikiri fa’lam annahu la ila haillallah. Sebaik baik zikir adalah kalimah lailahaillallah.
Diriwayatkan, diakhirat nanti akan dibawa buku amalannya, jika di ambil satu kalimah lailahaillalah dan diletak timbangan mizan, amalan zikir ini akan lebih berat dari amalan2 maksiat. Kalimah lailahaillallah membezakan orang musyrik dengan mukmin. Dengan kalimah ini akan memberi peluang untuk masuk ke syurga Allah selepas dihisab amalan soleh. In syaa Allah, moga ada taufik hidayah dari Allah untuk berkata dengan zikir ini di penghujung kehidupan kita dan akan beramal dengan zikir ini sebelum tidur.
Amalan lain pun ada juga, dihujung malam sebelum tidur, jika sesiapa beramal dengan bacaan allahumaini asslam tu nafsi... jika mati malam tu akan di matikan dalam keadaan fitrah putih bersih.
In shaa Allah sambung esok.
[*Akhir kalam*]
Apapun hari ini, dunia ini dah cukup luas dan menakjubkan direnungi dan diteleti kehebatan dan kebesaran Allah. Sesekali lihatlah keindahan alam. Zaman canggih ni, tak perlu keluar rumah, dalam internet seperti youtube pun boleh tengok video video kebesaran Allah dan ilmuNya. Allah tidak akan sesekali abaikan orang yang ingin mendekati Nya. Selangkah kita cuba mendekati Allah, seribu langkah Allah akan menghampiri kita. Namun rasa hampir itu hanya wujud dalam hati dan ia hanya dapat dirasai antara kita dengan Allah.
Moga bermanafaat
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Catatan,
[*ncs@SeriMinang*]
Comments
Post a Comment