Pkp.Year2.Day95 -Nota kuliah online bersama Ustaz Abdul Mu’izz

 [*Pkp.Year2.Day95*] #Nota kuliah online bersama Ustaz Abdul Mu’izz : Pengertian Fitnah dan bentuk nya di akhir zaman. BHGN 1. 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam pagi isnin buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan. Ini hanya lah sehari lagi untuk kita di jadikan tempat sebagai  assabab kita selamat di hari “agama” suatu hari nanti. 


Alhamdulillah. hari ke sehari berlalu menjejaki bulan demi bulan, memasuki tahun demi tahun, walaupun ada terpalit selut selut dosa dan nista sepanjang menelesuri masa itu tapi masih ada juga usaha membersih kotoran kotoran itu melalui segala amal yang wajib dan sunat. Syukur dan terima kasih Allah kerana tidak “membuta” kan kami tapi diberi kekuatan fikrah dan amal dari ilmu ilmu yang diceduk. Semoga tidak di tarik balik kelazatan dalam beribadah walaupun palitan dosa dan nista tidak pernah bersih dari kami. Apalagi dengan dunia yang sudah berada di penghujungnya ini, fitnah yang melata di mana mana.


Kerana itu kita kena kenal diri dengan 'sebenar sebenar kenal' hingga jadi  manusia sebenar benar manusia yang tahu fungsi diciptakan. Kita boleh mengetahuinya hanya dengan ilmu. Pesan cerdik pandai alim ulamak "sesuatu perkara bermula dengan ilmu, apabila memperolehi ilmu kita beramal dengan ilmu yang di perolehi, dengan ilmu juga adalah kunci untuk kita mengenal diri juga mengenal Allah yang menciptakan diri kita. Kerapa? Kerana barang siapa yang bertambah ilmunya namun tiada bertambah amal nya, tiada bertambah baginya dengan Allah kecuali bertambah jauh..."


Minggu lepas terlepas “Live” kuliah online Ustaz Abdul Mu’izz yang di susun oleh biro dakwah Surau Al Amin BTHO, pagi Sabtu baru baru ini, saya mengambil peluang untuk mendengar nya sambil menulis nota berkenaan hal “Pengertian Fitnah dan bentuk nya di zaman ini”. Untuk itu, saya sharekan notanya pagi ini. 


[*Ustaz Abdul Mu’izz*]

•Pengertian Fitnah dan bentuk nya di akhir zaman


“Jauhkan dori dari taghut”


Apa2 yang isitilah di bawa oleh wahyu mestilah di pegang oleh wahyu. Fitnah banyak difahami dengan syarak tapi definisi sendiri. Ada yang sama macam dari bahasa Arab. Istilah ftnah dalam bahasa Melayu adalah tuduhan palsu. Ada pun dalam wahyu, ianya lebih luas dari itu.


Ulamak mendefinasinya dari alquran, secara pastinya membawa maksud yang negatif. Baik bahasa BM atau arab, fitnah itu negatif. Dari azahari, fitnah itu ialah ibtilak (asal bala/ujian). Dari Imam al arabi pula fitnah itu al mehnah tribulasi krisis perbalahan dalam kalangan manusia, apa lagi dari segi nak terima atau tidak iman. Dari Alqurtubi pula, fitnah itu sekatan jalan dari lakukan kebaikan dan penolakan perkara baik. Ayat al quran ada sebut,

golongan kafir dan munafiq menyekat orang beriman dari buat baik. Qurtubi juga berkaya fitnah itu al azab. Al azab dalam kubur pun fitnah juga. Ulamak lain berkata, fitnah ini adalah syirik dan kufur. Fitnah itu lebih dasyhat daripada kufur. Fitnah kejahilan jauh lebih besar dari tuduhan palsu. Dari Attabari pula, fitnah adalah penyertaan dalam maksiat. Annifaq / hipokrasi/ munafik pun masuk juga dalam fitnah. Akhir zaman ni pun mudah nak jadi munafik. Juga fitnah itu ialah bila ada berlaku kesamaran antara bathil dan baik. Yang baik dianggap bathil dan yang bathil di anggap benar. Cara berfikir manusia jadi songsang. Abi hayyat pula berkata, fitnah itu adalah agenda penyesatan yang berleluasa. Elemen jahil, tipu, penjajahan fikiran termasuk dalam erti fitnah. Fitnah juga bila ada merasa obses dengan sesuatu. Spt obses dengan dunia hingga lupa halal haram. 


Kalau dihimpun semua maksud fitnah, ianya adalah perkara yang menguji iman. Dan usaha nak survive iman dan buat hidup rasa susah. Jadi, kalau zaman firnah maskudnya kita kena jaga jatidiri untuk beriman kerana hidup susah kerana dunia tidak berpihak pada yang nak buat kebaikan. Itulah zaman fitnah, kita kena sediakan mental dan rohani dari persiapannya. 


In shaa Allah, kita sambung nota tentang erti fitnah ini pagi esok pula. Menarik, esok ada hadis tentang Abu Huzaifah yang sentiasa kritikal dalam berfikir.


[*Akhir kalam*]


Apa apa pun, harapan paling besar buat masa sekarang ini, dalam keadaan covid masih berleluasa, hinggakan PKP di Tanah Melayu ini  di sambung lagi selama dua minggu selepas tamat yang ada sekarang, adalah kami semua diberikan kekuatan untuk terus beribadah pada Nya, juga kekuatan meneruskan kudrat tulang empat kerat mencari rezeki dan dilindungi dari di jangkiti corona virus ketika mencari rezeki. Sudah tentu, amat sangat berharap kekuatan kami untuk beribadah yang diberikan Allah itu akan menjadi suatu perkara “ghaib” dan rahsia Allah untuk memagari kami dari segala ancaman covid19. Solat kami, bacaan al quran kami, mubah jadi ibadah kami, amalan2 soleh kami diharap menjadi pendinding yang lebih hebat dari usaha fizikal yang telah kami akurkan yaiitu vaksin. Sekaligus, ini akan menyelamatkan kami dari fitnah fitnah dunia yang ada di zaman ini. 


Semoga bermanafaat 

Selamat bertugas..


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Pencatat, 

[*ncs@seriminang*]

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON