Pk.pYear2.Day96 - sambungan...

 [*Pk.pYear2.Day96*]

#sambungan : Pengertian Fitnah dan bentuk nya di akhir zaman. BHGN 2. 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam pagi selasa. Seawal pagi begini, entah berapa ramai dari kita yang sanggup membebankan diri berfikir tentang nasib diri di akhir zaman. Apatah lagi dengan keperluan dunia yang hari ini semakin mendesak. Apa apa pun kita tidak boleh “syok sendiri” dengan sekadar ibadat khusus tanpa masuk ke dalam masyarakat zaman zaman begini. Teringat satu hadis: 


“Mukmin yang masuk dalam masyarakat, sabar tanggung kesusahannya, lebih besar pahala dari mukmin yang tak  bergaul dengan manusia, dan tak sabar menanggung kejahatan mereka” 


Walaupun begitu. Beringat lah di akhir zaman dengan media sosial, yang juga salah satu cara masuk ke dalam masyarakat, terutama dalam saat PkP, tika ruang bertemu amat terhad. Hanya media sosial untuk berbicara. 


Di zaman canggih ini, media sosial ni macam senjata. Ada di tangan yang negatif, jadi lah negatif. Begitulah juga sebaliknya. Pada Hakikatnya, media sosial tak salah. Yang jadi kan ia betul atau salah, yang menggunakannya. Sharing yang baik akan sekelip mata beredar jadi pahala kepada sipenulis. Sebaliknya, pereka cerita atau sharing negatif, akan dapat dosa. Tinggal lagi ia tidak dilihat dengan mata, dan Allah tidak pula segera membalasnya. Ini lah nasib manusia akhir zaman, ada yang peduli, ada yang tidak. 


Pesan untuk diri, dalam pada menghadapi fitnah media sosial di akhir zaman, jangan ingat tulisan, lukisan, grafik, komen, apa yang diforward kan, semua akan dipadam dengan mudah, tanpa ada kira kira disisi Nya. 


Untuk menyambung sebuah pagi menjadi pagi yang ada ilmu, sama sama lah kita cari ilmu. Di sini di sertakan untuk bacaan bersama, dari nota semalam...


[*Ustaz Abdul Mu’izz*] : Pengertian Fitnah dan bentuk nya di akhir zaman. 

Bahagian 2..


Dari Hadis nabi, fitnah di isyaratkan dari kewafatan omar al khattab. Jadi fitnah ini berlaku sejak dari zaman sahabat dan ianya akan berlarutan hingga akhir zaman. Inilah yang sangat dikhuaritiri. 


Satu hadis abu huzaifah / ketika duduk dengan Omar, ada sahabat bertanya omar, siapa ingat pesan nabi saw tentang fitnah. Abu Huzaifah ingat. Kata Omar, memang huzaifah menonjol dalam bab ini kerana dia memang jenis krititikal cara berfikir, jumpa nabi selalu tanya bab perkara buruk dan ancaman pada umat. Tak ramai yang macam huzaifah ni. Dia ada Kelebihan ini menjadi asebab nabi saw melantik dia jadi penyimpan senarai nama  munafik dan juga perisik dalam perang khandak. Ketika itu juga, Omar suruh  Abu huzaifah cerita pasal fitnah. Dari Abu Huzaifah nabi saw berkata : fitnah yang menimpa seseorang membabit kan diri, anak beranak, keluarga, jiran, harta dan setempat, ia boleh ditebus dengan amalan soleh (contoh puasa) dan ianya boleh berjangkit. Pada satu masa, orang tidak kisah harta datang dari mana. Dalam bab kesihatan pun ada fitnah juga seperti obesiti. Ini boleh diatasi dengan puasa.  Puasa hasilkan  simpati dan ampati pada orang2 yang susah.  Jauhnya hubungan manusia dengan Allah, boleh di tutup dengan solat dan puasa buat amalan amalan soleh. Kata omar pula, dia nak bukan yang itu, yang dia maksud kan apa akan jadi umat islam yang didatangi fitnah seperti mana ketika ombak datang menghempas. Sifat omar masa abu huzaifah jawab, walau dia dah tahu tapi dia tak tahan Abu huzaifah dari terangkan. Apa yang dia nak tahu, fitnah seperti ombak, yang tak boleh di tahan tapi boleh dielak. Kata huzaifah pada Omar, fitnah ini tidak kena pada engkau. Katanya lagi, Sesungguhnya, antara zaman dan fitnah itu, ada pintu yang menghalang. Apakah pintu itu akan dipecahkan? Ianya akan dpecah kan. Apakah tidak boleh tutup balik? Tidak. Selesai dialog ini, ada yang bertanya, apakah omar tahu siapa yang telah dimaksud kan sebagai pintu itu. Jawab Abu huzaifah, omar tahu dan jelas siapa pintu itu. Siapa kah pintu itu? Ya, Pintu itu adalah Omar. Jadi dari apa yang di kaitkan disini, fitnah itu bermula bila saat omar mengakhiri pemerintahan, omar sendiri yang di anggap pintu yang dipecahkan dengan mati syahid. Sekali pintu itu dipecahkan maka ia tak boleh ditutup lagi hingga kiamat. Maka fitnah bermula bilamana omar wafat dbunuh ditikam dari belakang. Sebab itu fitnah yang paling sangat dikhuatiri ialah perang orang islam sesama islam. Saat dia ditikam oleh orang yang bukan islam abu majusi, omar lega kerana ianya bukan orang islam. Krisis seterusnya adalah ketika zaman Othaman dan Ali. Tika zaman othman, dia tidak lawan para pemberontak kerana waktu itu yang menang adalah mereka yang salah dan kalah adalah yang benar. Dari sudut siasah politik, omar amat cermat, dia bukan jaga setakat yang halal haram tapi hal yang syubahah juga. Dia selesai kan perkara yang tidak jelas. Dia tinggalkan yang halal. Dia tak makan daging, tak hidup mewah, tidak biar ahlinya terlibat dalam perniagaan negara. Maka sebab itu fitnah tak berlaku zaman omar. Hanya selepas itu baru berlaku firnah. Inilah saatnya bermula nya fitnah. Hinggalah ianya akan datang dajjal. Gejala gejala zaman fitnah banyak diterangkan oleh nabi saw


Sahabat rujuk fitnah sebagai zaman yang penuh ujian. Kita pula rujuk fitnah itu akhir zaman. Ianya tidak begitu, ini kerana akhir zaman adalah saat lahir nya nabi saw. 


Sekian.


[*Akhir kalam*]


“Ya Allah aku dah sampai kan, saksikan lah apa aku dah sampaikan”


Semoga bermanafaat dan semoga mengusik fikiran untuk fikir nasib diri di zaman ini, zaman akhir zaman. Dan juga bertindak...


Wallahu’alam 

Barakallahufikum

Wassalam


Yang ikhlas,

[*ncs@SeriMinang*]

Comments

Popular posts from this blog