Pkp.Year2.Day97 - BERBUAT BAIKLAH...
[*Pkp.Year2.Day97*]
•BERBUAT BAIKLAH PADA ORANG YG RAPAT DENGAN IBUBAPA KITA
#REFLECTION SELESAINYA PERMIT IBU TIRI @JABATAN IMIGRESEN WISMA PKNS SHAH ALAM.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam RABU. buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.
Tiada lah rasa yang antara rasa yang seronok yang suka sangat adalah bila dapat memberi manafaat kepada orang lain. Apatah lagi yang menerima manafaat itu pula adalah orang yang pernah menjaga arwah ayah semasa hayat ayah di hujung usia. Terasa seolah olah seperti masih berbakti pada ayah kerana dia pasti gembira bila mengetahui permit isteri nya yang tergantung kelulusan hampir lapan bulan akibat PKP dek covid19. Semalam berkat doa tidak putus dan usaha bantuan dari semua ahli saya, permit ibu tiri saya selamat di tampal dilebaran passportnya. Alhamdulillah, semua urusan di Imigresen Selangor @ wisma PKNS di Shah Alam dipermudah kan dengan layanan mesra para pegawai disana, walau ada tampak tegang diwajah yang bertugas. Syukur lah kerana dapat memberi manafaat kepada orang yang rapat dengan arwah ayah. Kata ulamak, cara kita beramal untuk arwah arwah mak ayah adalah dengan meneruskan amalan amalan baik kepada orang yang masih hidup dan yang rapat dengan arwah semasa arwah hidup. Terima kasih Allah memberi peluang jarang jarang ini pada saya. Dan sistem renewal permit through online oleh Jabatan Imigresen lagi memudahkan semua.
Tidak lupa juga Al Fatihah untuk arwah ibu saya yang saya panggil “MEK”. Semoga damailah kedua duanya di alam barzakh sana, begitu juga ibu bapa mertua saya. Moga mereka pula, atas kesenangan mereka yang di alam barzkah, mendoakan keselamatan kita di dunia ini. Tetap saling berkait dan juga memerlukan antara ayahibu dan anak samaada ketika didunia ataupun di barzakh.
Antara perkara yang dapat membantu kita menjaga dan menghormati ibubapa yang telah meninggal dunia ialah dengan menyambungkan silaturahim..
Di petik dari satu artikel:
“Apabila timbul persoalan bagaimana ingin melakukan kebaikan pada yang telah meninggal dunia terutama nya ibu bapa, suami atau isteri, anak serta keluarga terdekat kita, dari Abu Usaid alSaidi: Ada seorang datang berjumpa dengan Rasulullah saw dan berkata: "Ya Nabi, apakah masih mungkin saya berbuat baik kepada kedua orang tua saya yang telah meninggal dunia, kerana saya tidak tahu bagaimana keadaan yang dilalui mereka setiap hari. Nabi saw: "Ya, ada empat cara yang boleh kamu lakukan walaupun mereka telah meninggal dunia. Pertama, jangan tinggalkan di dalam doa kamu supaya sentiasa menyebut mengenai mereka.
Kedua, tunaikanlah janji yang ingin dipenuhi oleh mereka ketika hidup dahulu, tetapi tidak berkesempatan untuk melakukannya. Pahala dari amalan perbuatan baik yang dilakukan akan sampai pada mereka yang meninggal dunia. Ketiga, muliakanlah sahabat dan teman yang baik pada arwah sewaktu dia hidup dahulu, kerana dengan berbuat demikian, Allah akan tunjukkan amalan itu kepada arwah. Keempat, sambung silaturahim yang menjadikan kamu dan dia tak dapat kasih sayang, melainkan daripada kedua duanya."
#Hadir riwayat Abu Daud no. 5142 dan Ibnu Majah no. 3664.
Jika anda juga senasib saya yang sudah tiada ibubapa, teruskanlah berbakti pada mereka dengan berdoa dan penuhi janji mereka dan juga jalinkan hubungan keluarga, ibubapa serta rakan taulan mereka.
Jangan sesekali kematian ibubapa menjadi punca pada putusnya kekeluargaan dan sahabat sebelah ibubapa kita kerana ianya sepertinya memutuskan satu peluang berbakti kepada ibubapa.
Moga assebab kita jaga hubungan baik dengan orang yang rapat dengan arwah ibubapa kita, anak anak kita juga akan jaga hubungan yang sama setelah kematian kita.
[*Akhir kalam.*]
Berkhidmat kepada ibubapa setelah kematian mereka tidak terbatas pada hanya berdoa, kenduri sekali sekala saja tetapi rebutlah peluang berbuat baik dan sambung keakraban dengan orang yang rapat dengan arwah.
Indeed, ini dianjurkan oleh nabi. Pesan Nabi, bukanlah solat kita yang membawa ke syurga, tetapi rahmat dan kasih sayang Allah, maka berkasih sayang lah kita dan jagalah keakraban, semoga Allah mengurniakan kasih sayang dan rahmatnya.
Wallahua'lam
Barakallahufikum
Wassalam.
Catatan kerinduan mek ayoh, dari [*ncs@seriminang*]
Comments
Post a Comment