Pkp.Year2.Day97

 [*Pkp.Year2.Day97*]

•SALAM DHUHA, SYUKUR Allah atas satu kerehatan panjang, nikmat yang lama hilang. Jangan salahkan EURO 2020. 


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam Khamis salam dhuha buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat dan sahabiah dan rakan taulan. Jom solat dhuha jangan tangguh lagi...


Sama sama kita mulakan sebuah lagi kehidupan di muka bumi Nya dengan ber’itikadkan segala apa yang ada adalah dalam kekuasaanNya. Buang rasa hebat dan ego. Malah, lembutkan hati untuk beribadah dan rasakan lah suatu kenikmatan dalam beribadah Sesungguhnya tidak ada pun satu pemberian Allah pada hambaNya di dunia yang paling berharga selain diizinkan Nya satu kekuatan untuk mendirikan solat walaupun hanya dua rakaat.  Inilah hikmah sebuah pagi untuk kita duduk bersama Allah. 


Alhamdulillah. Masih berusaha kekal kan momentum hidup demi kerana Allah. Cuma agak gusar bila peluang berada di rumah Allah masih lagi tidak di buka oleh pemerintah. Rindu kan suasana dulu makin memuncak. Moga segera di tamatkan keadaan ini. 


Alhamdulillah. Malam tadi diberi satu kerehatan yang panjang, selepas beberapa malam, tidur diganggu oleh EURO 2020. Tapi bersyukur juga, ada nya EURO 2020, rajinlah juga untuk baca al Quran dan solat malam di sepertiga malam terutama pada waktu rehat separuh masa. Semoga ada lah perkiraan disisi Allah selaku orang awan yang masih tertakluk dengan nikmat dunia tapi syukur kerana Allah tidak tanggalkan kecintaan pada amalan amalan soleh dari jiwa. Selamat berjaga untuk separuh akhir pula kepada para peminat bolasepak. Tak salah pun berjaga malam nonton bola, tapi banyak ruginya kalau hanya berjaga malam sekadar hanya untuk itu saja. Usahakanlah untuk mengisinya dengan ayat ayat Allah ( paling tidak pun 10 ayat surah al imran) dan setiap jaga wudhu supaya ready untuk solat malam pula. Allah lihat pada usaha.

Sekadar pendapat.. 


Untuk pagi ini suka nak petik beberapa kata hikmah untuk di kongsikan diawal pagi sebuah hari khamis ini. Semoga ada manafaat...


[MUTIARA KATA:]

... RENUNG & FIKIR FIKIRKAN


•Manusia Yang Sebenar Benar Buta Adalah  Mereka Yang Hidup Tanpa Dapat Melihat Adanya  Kematian Di Hadapan Mereka


•Allah Menguji HambaNya Dengan Musibah Dan Nikmat Untuk Melihat

 Siapa Yg Bersyukur  Dan Siapa Yg Kufur. Siapa Pula Yg Sabar Dan Siapa Yang Berputus Harap. 


•Ajal Tidaklah Menunggu Kita Untuk Bertaubat Tapi Kitalah Yg  Menunggu Ajal Dengan Bertaubat. 


•Sedikit Pengetahuan Yg DilaksanakanJauh Lebih Berharga Daripada Banyak Pengetahuan Tapi Tidak Digunakan.


•Lebih Baik Mengintai Kekurangan Diri Sendiri Dari Mengintai Kekurangan Orang Lain. 


•Mengapa Berkeluh Kesah Di Media Sosial, Sedangkan Allah Dapat  Kau Temui Di Setiap Sujud. 


•Belajar Jadi Pemaaf Berhenti Jadi Pembenci, Belajar Betulkan Diri sendiri, BerhentiSalahkan Orang. Hidup Kita Akan Jadi Lebih Tenang. 


•Dalam Hidup Ini Usia Akan Berakhir Tetapi Biarlah Pahala Terus Mengalir. 


Alhamdulillah. Semoga kita semua akan dimatikan Allah dalam keadaan dosa dosa kita di ampunkan lah. 


Aamin.


*Akhir kalam..*


Jazakallahukhoir pada Tuan Syed Cakna yang setiap pagi hantar whatsapp berkongsi kata kata hikmah. Disini Saya panjangkan lagi disini, moga ada kebaikan bersama. 


“Mencari  Kebahagiaan Ibarat Mengutip Serpihan KacanYg Pecah, Ada Yg Berjaya Mengutip Dgn Banyak Dan Ada Yang  Mengutip Paling Sedikit

Tapi Tiada Seorang PunYg Berjaya Mengutip Kesemua nya,  Kerana tika Mengutip nya Pasti Ada Yg Terluka*. 


RENUNG & FIKIR FIKIRKAN 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Secebis dari,

*Ncs@seriminang*

Comments

Popular posts from this blog