WQ121 - MUTIARA DARI AL QURAAN

 MUTIARA DARI AL QURAAN 

SURAH AL FURQAAN

AYAT 74 - 76

Mafhumnya :


74 - DAN ORANG YANG BERDOA, "YA TUHAN KAMI ANUGERAHKANLAH KEPADA KAMI PASANGAN KAMI DAN KETURUNAN KAMI SEBAGAI PENYEJUK HATI KAMI DAN JADIKANLAH KAMI PEMIMPIN BAGI ORANG YANG BERTAKWA".


75 - MEREKA ITU AKAN DIBERI BALASAN DENGAN TEMPAT YANG TINGGI DI DALAM SYURGA ATAS KESABARAN MEREKA DAN DI SANA MEREKA AKAN DISAMBUT DENGAN PENGHORMATAN DAN KESEJAHTERAAN. 


76 - MEREKA KEKAL DI DALAMNYA. SYURGA ITU SEBAIK-BAIK TEMPAT KEDIAMAN. 

****************************


SALAH satu sifat hamba Allah Yang Rahman, iaitu Yang Maha Pemurah, ialah mereka yang senantiasa berdoa kepada Allah dalam segala hal urusan hidup mereka. Di dalam hal urusan berumahtangga pun hendaklah menyerahkan diri kepada Allah dengan memohon untuk mendapatkan pasangan yang menyukakan hati  dan dikurniakan dengan zuriat yang menjadi penyejuk matahati. Apabila membesar menjadi orang yang bertakwa dan kelak menjadi pemimpin bagi orang yang bertakwa. 


Sungguh indah ajaran dan amalan Islam. Lengkap di dalam segala hal urusan perjalanan hidup. Oleh kerana segalanya datang dari Allah dan kepada Allah pula kita berharap dan berserah diri. Kita yang berusaha dengan segala gerak kerja kita mengikut apa yang digariskan di atas jalan yang diredhaiNya sudah pasti hasilnya adalah yang terbaik. 


Jangan jadi orang yang lupa kepada Allah, Allah akan lupakan kita. 


BERUSAHA, BERTAWAKKAL DAN BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH, IN SYA ALLAH HIDUP KITA SENTIASA DIBERKATI DAN DIRAHMATI.

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON