Pkp.Yr2.Day115

 [*Pkp.Yr2.Day115*]

•Selamat HARI RAYA AIDIL ADHA. ”Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan”

#”TERBAKARNYA KAPAL HAJI PADA 1502 M”


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah. Perjalanan hari arafah semalam di bumi Malaya, dijadikan oleh Allah penuh dengan aktiviti yang produktif. Syukran terpilih olehNya kami sekeluarga untuk berpuasa dan pada masa yang sama juga menguruskan dana untuk pembelian Portable Oxygen Concentrated yang hendak  diserahkan kepada pihak HCTM sejak dari pagi hari. Syukur lah kepercayaan dari sahabat masih utuh untuk saya usaha kan usaha kecil membantu pihak HCTM melicinkan tugas sebagai frontliners berdepan kes covid19 yang semakin meruncing. Nak komen memang banyak, tapi tutup mulut jangan komen, bantu mereka lebih baik. Serahan kepada pihak HCTM bakal dibuat pada hari Jumaat ini, harap harap Pengarah nya dapat hadir bersama bagi membuktikan kerja saya ini bukan “Fake” tapi “genuine”.


Terimakasih zaujah kerana cetusan idea ini. Biiznillah.


Kemuncaknya, petang semalam selesai solat asar, bersiap sedia pula untuk deliver makanan kepada golongan B40 di flat seri labuan, atas permintaan senior sekolah menengah yang juga Ajk di sana. Alhamdulillah. Allah pilih kami lagi, keadaan covid 19 yang masih tidak stabil, saya meletakkan nilai korban saya untuk Aidil Adha kali ini pada 65 orang penginap Flat Sri Labuan. 


Terimakasih zaujah dan anak anak serta kumpulan usrah Engineering UIA yang membantu..


Semoga semua nya di terima Allah, samatelahan saat kami memulakan perjalanan ke seri labuan, waktu wukuf Arafah di bumi Arab, baru saja menjejak waktunya. Moga adalah doa yang kami doakan atau doa dari mana mana walaupun bukan di tanah Arafah tapi dalam waktu wukuf, akan ada perkiraan dari Allah untuk memakbulkannya. 


Aaaminn ....


Seawal pagi raya Aidil Adha

ini, saya ambil sedikit masa menggali kisah bagaimana kapal orang Islam yang hendak tunaikan haji pernah di serang oleh musuh Islam, dan kapal di tenggelam kan dan orang Islam di bunuh. Inilah juga PENGORBANAN yang kita nak kenangkan di hari raya serba mulia ini. Semoga hasil dari sejarah ini menjadikan kita termangkin untuk berusaha supaya Islam tidak lagi di ganggu gugat dan kita dapat menunaikan ibadah haji dan berhari Raya dengan meriah dan aman. 


Meminjam satu Artikel saya share disini: 


*[VASCO DA GAMA SI PEMBUNUH JEMAAH HAJI]*


Dalam perjalanan ke India pada 1502, dia menghenti kan dan menghalang sebuah kapal haji membawa 700 muslim dalam perjalanan ke Mekah di Teluk Oman dan membakal jemaah hidup hidup di atas kapal. 


Ketika Perang Salib menentang muslim di Afrika Timur, Vasco da Gama juga telah menghancurkan hampir 300 masjid. 


Ketika armadanya tiba di Mozambique, dia berkata : “ sekarang kami telah mengepung umat Islam dan hanya tinggal menarik benang”


Sewaktu dia bertemu dengan kapal jemaah haji yang baru balik dari Mekah, dia merampas semua barang jemaah haji dan seramai 380 penumpang kapal telah di bakar. Kapal ini mengambil masa empat hari untuk tenggelam ke laut bersama mangsa pembunuhannya yang terdiri dari semua lelaki, wanita dan kanak kanak.


Dalam kemasukan nya ke kota Kalkuta di India, kota ini di hancurkan nya dengan meriam. Di kota ini juga dia melakukan kekerasan dan penderaan secata fizikal terhadap tawanan perang nya seperti tangan dan telinga di potong, gigi dicabut. Selepas itu, mangsa diikat di atas kapal dan terus di bakar. 


Ini kejahatan dan penindasan yang dilakukan penjajah si Vasco da Gama yang cuba disembunyikan oleh sejarah kerana menumpahkan darah terhadap jemaah haji dan kaum muslimin. 


Sumber: Di bawah bayang bayang pedang, Ringkasan sejarah politik Teluk Arab Sejak Peradaban Tertua sehingga 1971.


*Akhir kalam*


Tiba semula di rumah jam 7 petang, bersiap sedia untuk berbuka. Terima kasih Allah. Seusai berbuka dan solat maghrib berjemaah, gema takbir raya di alunkan tanda meraikan kepada pengorbanan setiap umat islam dalam mentaati Allah. Meski tak ada korban seperi biasa, tapi tidak mengubah penghayatan kami pada segala perbuatan Ibrahim dan Ismail as, malah menambah subur lagi untuk berjuang dan taat pada Allah agar peristiwa ngeri 1502 tidak berulang lagi. 


Indah Langit Kerana Awan,

Indah Laut Kerana Kebiruan,

Indah Aidilfitri Kerana Kemaafan,

Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan


Jasa dan pengorbanan Ibrahim dan Ismail tidak terlawan, terkorbannya kapal 1502 H menjadi teladan. Sama sama kita terus berdoa demi bangkit nya Islam...


Selamat hari raya aidil adha kepada semua yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan. Mohon maafkan segala salah saya sepanjang menulis seawal setiap pagi.


Taqaballahuminnawaminkum.


Wallahu’alam

Barakallahufikum 

Wassalam.


Sentuhan Pagi Raya dari,

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S