Pkp.Yr2.Day116
[*Pkp.Yr2.Day116*]
•JANGAN HILANGKAN KEMERIAHAN AIDIL ADHA HANYA KERANA SICOVID.
Bukan darah dan daging yang Allah pandang.....
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.
Alhamdulillah. Walaupun tanpa kelibat manusia berkumpul melakukan ibadah sembelihan seperti tahun tahun sebelumnya tapi roh aidil adha tidak kurang sedikitpun kerana kami masih berpagi pagi seawal sebelum subuh mengerjakan yang sunat seperti yang disebut dalam hadis nabi, walaupun kami bukanlah manusia sempurna dari segi tindak tanduk dunia dan akhirat tapi kami hendak ambil peluang tidak mahu terlepas apa lagi bila tahu umat akhir zaman hanya ada peluang sebegini saja untuk menutup segala fitnah, kalau harapkan beriman dan beribadah seperti para sahabat dan tabiin terdahulu memang jauhlah.
” Sesiapa yang menghidup kan dua malam hari raya (aidiladha dan aidilfitri) kerana mengharapkan ganjaran kerana Allah. Maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati hati (manusia).” Riwayat Ibnu Majah (1781)
.”Yang dimaksudkan dengan hari di mana matinya hati hati manusia adalah hari di mana manusia terlalu cintakan dunia sehingga melupakan tugasnya sebagai hamba Allah” (Irsyad al hadith siri 378)
Walaupun hadis hadis yang berkenaan menghidupkan malam hari hari raya pada kebanyakanya hadis lemah, tetapi islamic scholars melihat hadis hadis ini adalah fadhail amal - iaitu kelebihan beramal, bukannya berkaitan hukum hakam halal atau haram. Para ulama membenarkan beramal dengan hadis yang dhoif selagi ianya berkaitan dengan fadhail amal. Para Assatizah ada menyebut yang hal ini dikemukakan oleh Imam Al Nawawi.
Dalam satu bacaan, saya ada terbaca bahawa harus untuk menghidup kan malam hari raya dengan aktiviti ketaatan pada Allah swt seperti solat berjemaah, solat sunat, baca AlQuran, bertasbih, istighfar, bertakbir dan banyak lagi. Inilah cara yang paling terbaik untuk bertamu di malam hari raya. Dikatakan juga, doa mustajab ada pada lima malam - malam jumaat, malam hari raya aidilfitri dan aidiladha, malam bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban. Yang terbaik, jangan berhenti berdoa. Dan sudah tentu yang terbaiknya semua itu di lakukan di masjid. Tapi apakan daya, sekarang ni, rumah Allah hanya di buka pada kariah yang tertentu saja. Oleh itu, cukuplah buat di rumah saja, cuma jangan lah langsung pula tak buat..
Sebab kerana itu setiap kali hari raya tiba, baik aidilfitri atau aidil adha, tidak ada bezanya jika kita menghayati ihsan dan roh hari raya, hari hebat untuk umat islam. Apatah lagi, kalau hari raya aidiladha, ramai dari kita familiar dengan satu ayat yang selalu dirujuk setiap kali raya Aidil Adha tiba :
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali kali akan sampai pada Allah, tetapi yang sampai pada Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Surah alHajj, ayat 37)
Masyarakat kita sudah selalu synonym dengan perkataan “qurban” bila ianya dikaitkan dengan hari raya Aidiladha, dan ianya bermaksud ibadat sembelihan. Ada satu lagi makna di dalam bahasa Melayu untuk “berkorban”. Ia bawa maksud seseorang yang berhabisan untuk agama. Kata pakar bahasa Arab, kata asal qurban dalam bahasa Arab bermakna dekat. Dari sini, amalan zikir, solat, selawat, sedekah dan yang dilakukan semata mata untuk mendekatkan diri pada Allah adalah qurban.
Dengan pengertian umum itu, qurban tidak semestinya merujuk sembelihan kerana ia ada maksud yang luas. Solat dan sedekah pun dianggap qurban kerana termasuk dalam perkara yang mendekatkan diri kepada Allah.
Demi untuk tidak mahu merasakan bahawa hari raya aidiladha tahun ini tidak ada kemeriahanya, kita jangan ikut makna qurban dalam bahasa Melayu yang apabila disebut qurban sempena Aidiladha, ia bermaksud sembelihan binatang kerbau dan lembu. Ini dah jadi adat. Kerana para assatizah ada menyebut yang dalam kitab fiqh, ulama ulama terdahulu membicarakan bab sembelihan, mereka tidak guna perkataan qurban, tetapi udhiyyah.
Dalam Alquran pula, qurban merujuk kepada dua anak Nabi Adam yang diperintah kan mengemukakan qurban.
Jangan salah anggap, apa yang cuba nak disampaikan pagi ini, ibadah sembelihan pada hari haji tetap hukum nya sunat muakkad dan jika mampu, adalah Terbaik jika kita dapat lakukannya, tapi jangan biarkan kita hilang roh aidiadha hanya kerana kita tidak ber”kurban” spt kebiasaan, apatah dengan Sop yang ketat selama dua tahun ini kerana covid19, kerana banyak lagi “korban” lain yang kita boleh lakukan memeriahkan aidiladha kali ini. Hayatilah apa erti kurban yang sebenarnya
[Akhir kalam..]
Hayatilah pengorbanan itu sendiri. Pengorbanan bukan untuk kita meraih pujian manusia, tapi kita nakkan pengiktirafan di sisi Allah. Seorang itu dimuliakan bukan kerana apa yang dimilikinya, tapi pengorbanan memberi manfaat kepada orang lain. Bantulah pada yang memerlukan terutama nya dalam saat sukar berdepan covid ini. Ini adalah antara pemgisian khutbah yang dibaca semalam ketika
kami meriah menyambut aidil adha dengan bersolat dan berkhutbah di rumah, dengan segala pengorbanan.
Selamat berada dalam hari tasyrik sehingga 13 Zulhijjah, terus jangan berhenti bertakbir setiap kali selesai solat lima waktu hinggalah tiba ke solat asar 13 Zulhijjah.
Semoga Allah terima semua pergorbanan kita dalam memahami erti qurban sebenarnya.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Tulisan hari Tasyrik oleh,
*ncs@SeriMinang*
#kenangandiMina.
Comments
Post a Comment